• 3.0
  • Alhamdulillah. Mudin001.com kembali, kini 3.0!

    Kenapa 3.0?

    Blog ini boleh dikatakan adalah blog ke-3 aku. Aku mula berkenalan dengan alam blog pada Jun 2003, menggunakan Blogger, blognya al faqir Mudin.

    Kemudian aku jatuh cinta dengan Wordpress pada Jun 2006, lalu aku buat Kecek-kecek Tok Mudin.  Dengan kemudahan yang disediakan oleh WP, aku boleh menggunakan domain mudin001.com dan dihostkan oleh Wordpress.com.  Tetapi, menggunakan WP.com, features adalah terhad. Banyak yang tidak boleh. Dah lama aku bercadang untuk berpindah menggunakan hosting sendiri.  Sehinggalah 2 hari lepas, aku tidak dapat login ke akaun wordpress.com aku.  Blog aku ada, tapi aku tidak boleh buat apa-apa. Error ini diberikan:

    suspended

    Yang peliknya, error yang sama diberikan apabila aku menggunakan username mahupun password yang berbeza. Jadi ia bukan masalah akaun aku. Tidak ada balasan dari support setelah hampir 2 hari.

    Oleh itu, aku buat keputusan nekad, aku ceraikan WP.com. Kini aku telah hostkan sendiri blog ini.

    Selamat datang ke Kecek-kecek Tok Mudin 3.0, entri-entri lama masih boleh diakses di sini.

    Dapatkan feed di sini, jumpa lagi. Wassalam.

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 9% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Kecek-kecek 2009

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 7 Category: Blog

7 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin