• September, buku dan aku
  • Seperti juga bulan Ogos lalu, jumlah buku yang aku habiskan pada bulan September ialah 4 buah, mengekalkan kadar sebuah buku seminggu. Realitinya tidaklah begitu. Tiga buku yang pertama aku habiskan dalam masa seminggu. Manakala 3 minggu diperlukan untuk menghabiskan buku yang keempat. Buku-buku tersebut ialah:

    • mujahidPermata dari Pulau Mutiara oleh Mujahid Hj Yusof Rawa. Buku yang diterbitkan pada tahun 2001 ini menceritakan perihal hidup Hj Yusof Rawa, mantan Yang Dipertua PAS yang juga merupakan Mursyidul Am PAS yang pertama, dari kacamata anak bongsunya sendiri. Ustaz Mujahid adalah ahli MT Pas Pusat.
    • Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden ditulis oleh pemimpin muda PAS yang prolifik, Ustaz Riduan Mohammad Nor. Buku ini menyentuh sejarah dan perkembangan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia yang muncul untuk memperjuangkan Islam, terutamanya setelah kejatuhan khilafah Turki Uthmaniah pada tahun 1924. Gerakan-gerakan Islam tersebut antaranya ialah Ikhwanul Muslimin di Mesir, PKS di Indonesia, Jamiat Islami di Pakistan, FIS di Algeria, dan tentunya PAS di Malaysia.
    • The Blue Nowhere oleh Jeffery Deaver. Cerita tentang seorang banduan, hacker yang digunakan oleh pihak polis untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang disyaki dilakukan juga oleh seorang hacker. Hacker memburu hacker. Internet bukanlah tempat yang selamat. Hati-hati.
    • The Glass Palace oleh Amitav Ghosh. Buku setebal 552 mukasurat ini mengambil masa kurang lebih 3 minggu untuk aku habiskan. Lama. Tambahan pula dengan kesibukan yang mencengkam sejak 2 minggu lalu. Novel ini berkisar tentang kehidupan keluarga yang melangkaui 3 generasi. Bermula di Mandalay, Burma, pada tahun 1885 ketika tercetusnya perang antara kolonial British dan raja Burma yang terakhir, Raja Thebaw. Seterusnya novel ini membawa aku ke India dan juga Malaya. Cerita ini lengkap. Cinta, pengorbanan, kesusahan hidup dalam perang, politik, penindasan, setiakawan. Semuanya ada. Sebab itulah aku suka membaca. Hanya dengan membaca kita boleh mengembara ke tahun 1885. Hanya dengan membaca aku boleh berada di Burma err… Myanmar, India dan tiba-tiba kembali di Shah Alam.

    Oit…oit… kerjalah!

    Wassalam.

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 9% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Bacaan September
    2. Beli buku, baca buku, makan buku
    3. Buku: 29 untuk 2009
    4. PBAKL 2010
    5. Bacaan Jun

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 4 Category: Buku

4 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin