Hijau

Posted on October 3, 2007

traffic_light_green

 

Dalam perjalanan balik dari berbuka puasa di Sheraton Subang tadi, aku terperasan satu perkara. Lampu isyarat mesra dengan aku kali ini. Dari Sheraton sehingga ke Federal Highway, kalau tidak silap, aku perlu melalui tiga atau empat lampu isyarat. Dan setiap kali aku sampai ke lampu isyarat di sepanjang laluan itu, ia hijau. Dari Federal Highway ke rumahku, aku perlu melalui tiga lagi lampu isyarat. Kali ini semuanya hijau.

Alhamdulillah, aku suka. Lancar sahaja perjalanan. Begitulah kita manusia, apabila semuanya baik, hidup senang dan tiada masalah, kita gembira. Kadang-kadang kita lupa diri, laju sahaja. Kadang-kadang, kita perlukan juga lampu merah. Dalam hidup, kita perlukan saat untuk berhenti sejenak, muhasabah diri.

Banyakkan muhasabah di bulan Ramadhan ini.
Wassalam.

Entri-entri berkaitan:

  1. Lencongan
  2. The Pursuit of Happyness
  3. Tahun baru 2008, tema baru
  4. Jangan tunjukkan kebodohan!

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

6 Responses

  1. acciaccatura

    salam tok,
    bagus sekali kalau hal-hal seharian ni kita kaitkan dengan hidup kita. InshaAllah, kita sama-sama beringat.


  2. Salam tokmudin

    Kat Lembah Klang ni kalau dapat jalan yang macam tu , memang macam menang loteri..tak ingat dunia..kala kena sangkut, menyumpah berbaku-bakul….radhan memang menguji kesabaran…


  3. Woah! Aku suka hijau, termasuklah lampu traffic light kaler hijau. Hijau adalah ketenangan, hijau adalah keindahan, hijau adalah kebahagiaan. Hijau adalah padi, yg membuah rezki. Hijau adalah kuih lopez yg enak sewaktu berbuka. Hijau adalah cendol yg menyegarkan tekak sewaktu berbuka. Hijau adalah ..adalah…

  4. el

    kalau yang lima taun sekali tu.. tak nak pulak ijau…


  5. Accia, ya… sama-samalah beringat :)

    Dekerinchi, selamat bersabar… aku tahu emosi kamu tidak stabil sekarang, hehheh!

    Adikyah, ada juga yang tak suka hijau, tak caya tanya Pakchik, kan kan kan?


  6. Setiap sesuatu yang ada di dunia ini tidak akan kekal selamanya. Ada pasang surutnya, ada tinggi dan rendahnya, ada kalanya tinggi melangit dan yang pastinya kembali jejaknya kebumi.

2 Trackback(s)

  1. Oct 25, 2007 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 » Gambar-gambar raya
  2. Dec 30, 2007 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Tahun baru 2008, tema baru

Leave a Reply