1. Aku tukar tema blog aku hari ini.  Aku rasa lebih selesa dengan tema ini berbanding sebelum ini. Tema ini juga lebih cepat loading time berbanding yang lalu. Apa pendapat kalian? Kalian lebih suka tema ini atau yang sebelum ini? Sila tinggalkan komen kalian, ia sangat dihargai.

2. Dopod 818pro aku jatuh dalam mangkuk tandas. Segera kuambil, tapi sudah basah kuyup, sekarang masih belum dapat berfungsi. Doakan ia dapat pulih, atau duitku akan melayang lagi…. huhuhu!

3. Aku akan mula bercuti esok, 6 Oktober hingga 21 Oktober. Lama kan? Hahaha!  Insya Allah kami akan balik kampung esok atau lusa. Di kampung, aku belum pasti boleh online atau tidak, walau bagaimanapun, aku telah sediakan beberapa entri blog ini untuk minggu hadapan. Teruskan mengunjungi blog ini. Komen kalian akan aku layan bila aku dapat online, Insya Allah.

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf, zahir dan batin.

p/s: Maaf diatas tidak termasuk terhadap Pak Lah, Samy Vellu dan mereka yang sewaktu dengannya. Kesengsaraan kerana kezaliman kalian akan kutuntut di akhirat!

Popularity: 8% [?]

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: