Tema blog/Dopodku/Cuti Raya

Posted on October 5, 2007

1. Aku tukar tema blog aku hari ini.  Aku rasa lebih selesa dengan tema ini berbanding sebelum ini. Tema ini juga lebih cepat loading time berbanding yang lalu. Apa pendapat kalian? Kalian lebih suka tema ini atau yang sebelum ini? Sila tinggalkan komen kalian, ia sangat dihargai.

2. Dopod 818pro aku jatuh dalam mangkuk tandas. Segera kuambil, tapi sudah basah kuyup, sekarang masih belum dapat berfungsi. Doakan ia dapat pulih, atau duitku akan melayang lagi…. huhuhu!

3. Aku akan mula bercuti esok, 6 Oktober hingga 21 Oktober. Lama kan? Hahaha!  Insya Allah kami akan balik kampung esok atau lusa. Di kampung, aku belum pasti boleh online atau tidak, walau bagaimanapun, aku telah sediakan beberapa entri blog ini untuk minggu hadapan. Teruskan mengunjungi blog ini. Komen kalian akan aku layan bila aku dapat online, Insya Allah.

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf, zahir dan batin.

p/s: Maaf diatas tidak termasuk terhadap Pak Lah, Samy Vellu dan mereka yang sewaktu dengannya. Kesengsaraan kerana kezaliman kalian akan kutuntut di akhirat!

Entri-entri berkaitan:

  1. Tahun baru 2008, tema baru
  2. Blog, tema, musang api dan statistik
  3. Wordpress 2.6.2 dan mencari tema baru blog
  4. Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut
  5. Mudin001.com berwajah baru!

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

10 Responses

  1. sis_aflah

    salam tok…

    selamat hari raya… selamat balik kampung dan semoga sampai dengan selamat… maaf zahir batin buat tok, ummu adam dan adam cute… sy balik kampung malam raya tok.. huhuhu…


  2. okeh…bawak kereta elok2. tahun ni tak lekat jem kot ek. ;)

  3. kamal

    Theme yang ni lagi easy on eye …

    Nak balik kampung jugak tapi rasa malas betul nak drive. 12 jam tu, huhu …

  4. achik

    wah2 lamanya cuti.. bestnya…
    selamat bercuti…
    selamat hari raya maaf zahir batin..

    ps: tok kata nak SMS raya.. hahaha.. ;)


  5. 1) Nampak biasa, tapi sempoi. Aku tak kisah kalernya mahupun rupanya, janji isinya tidak berubah [cth: entri memuji si sami.. ataupun entri marahkan org yg keji si KERA itu huk huk]

    2) Oh! Begitu hebat sekali sehingga sanggup menjatuhkan diri ke dalam mangkuk tandas. Isk..isk.. sib baik tak sempat flush tok kan..? ;)

    3) Woah! Buleh dikatakan panjang sket cuti tok dari aku. Apapun, Selamat berhari raya, Mohon ampun segala kekhilafan emosi dan fizikal. Pandu cermat, ingat org yg tersayang.

    p/s: ucapan maaf aku tak kan sesekali ditujukan kepada orang2 itu. buat rugi jek! :)


  6. lamanyer cuti raya….best giler…

    SELAMAT HARI RAYA…..

  7. el

    weh.. ko wat mende lam tandas sampai buleh jatuh menatang dopod tuh? makan nasik ke? kekekeke…

  8. acciaccatura

    salam tok,
    dulu saya ada telefon siemen yang termasuk dapat longkang yang airnya hitam. bawak balik, basuh ngan sabun, bukak sampai nampak bahgian dalamnya dan kering dengan hairdryer. alhamdulillah. tok boleh cuba, inshaAllah.


  9. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin


  10. Terima kasih semua, kami telah pun selamat sampai di negeri serambi Mekah 2 hari lalu. Hari ini baru berpeluang untuk online sekejap.

    Oh ya… Dopodku telah pun pulih, setelah mengorbankan poketku sebanyak RM 170.. huhuhu!

Leave a Reply