Rakyat Malaysia perlu tiru Czechs

Posted on October 8, 2007

Rakyat Republik Czech rupanya antara yang paling kuat membaca di Eropah.  Secara purata mereka meluangkan masa sebanyak 41 minit sehari untuk membaca, dan menghabiskan sebanyak 60 buah buku setahun.  Wanita Czech lebih kuat membaca berbanding lelaki, iaitu 88 peratus wanita adalah pembaca berbanding 77 peratus lelaki.

Baca di sini.

Jadi, berapa banyak masa yang kalian luangkan sehari untuk membaca, dan berapa banyak buku kalian baca setahun?  Aku tidak pasti berapa lama aku membaca buku sehari, tidak pernah ambil peduli, ikut moodlah.  Setakat ini, aku telah menghabiskan sebanyak 27 buah buku untuk tahun 2007. 60 buah? Tak dapat la… :)

Entri-entri berkaitan:

  1. Siapa kata rakyat Malaysia tidak membaca?
  2. Julai dan apa yang aku baca
  3. Mac dan apa yang aku baca
  4. Oktober, buku dan aku
  5. Mac dan apa yang aku TAK baca

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

4 Responses


  1. betul betul. Aku pernah ke Praha (Prague) dan tengok diorang memang suka membaca tak kira di mana. Book cafe memang berlambak. Rata-rata orang Eropah memang suka membaca kecuali org UK yg sukanya baca majalah gosip memanjang.

  2. pakdosaid

    Pakdosaid nok mitok owner this blog tolong iklan:-

    YAB Tuan Giri Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan

    ANAK-ANAK KELANTAN DIPERANTAUAN Ke Majlis Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri dengan Anak-Anak Kelantan di Perantauan pada 2 syawal 1428H (Hari Raya ke 2), Jam 8:00 malam, bertempat di Plaza, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu Kelantan.

    Maklumat lanjut, boleh hubungi Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN), Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim. Tel 09 - 748 3529 (Lenny Kurniasih). Sebarkan….


  3. Orang Malaysia sebenarnya suka juga membaca.

    Baca Mangga, URTV, gossip, bla..bla..bla……


  4. Khairyn, nampak gayanya… orang Malaysia tiru orang UK lah gamaknya ya?

    Pakdo, terima kasih dan Insya Allah.

    Jowopinter, ya… tapi aku tidak kategorikan itu sebagai membaca :)

1 Trackback(s)

  1. Oct 10, 2007 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 » [Hebahan] Majlis Aidilfitri untuk anak Kelantan di perantauan

Leave a Reply