Pusat Internet Desa
Di sinilah tempatnya aku mendapat akses ke Internet ketika bercuti di kampungku. Pada pendapat aku, program kemudahan sebegini sememangnya program yang baik dan wajar mendapat pujian. Ia juga perlu dikembangkan ke lebih banyak tempat supaya lebih ramai penduduk luar bandar mendapat peluang untuk mengenali dan mempelajari IT.
Aku tidak pasti sejauh mana kemudahan ini dimanfaatkan oleh masyarakat luar bandar khususnya di kampungku. Setakat yang aku tahu, pusat ini sentiasa penuh dan jumlah komputer tidak mencukupi untuk menampung pengguna yang ada. Kadang-kadang terpaksa menunggu lama untuk mendapat giliran menggunakannya. Kemudahan sebegini wajar ditingkatkan lagi. Aku menyokong usaha kerajaan menggunakan duit rakyat untuk menyediakan kemudahan yang bermanfaat sebegini, berbanding menghantar seorang angkasawan (?) untuk bermegah-megah, tapi belum tentu manfaatnya.
Entri-entri berkaitan:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
hei human this kecek opinion should go to dewan rakyat not on your rubbish blog.
November 3rd, 2007 at 1:56 pmsalam saudara tok mudim,
November 16th, 2008 at 4:07 amterima kasih krn menggunakan PID dengan sebaik mungkin. Ini lah tujuan kerajaan,bg membolehkan komuniti diluar bandar mendapat kemudahan ICT seperti di bandar.
Tidak dinafikan kemudahan2 ini perlu ditingkatkan lagi. Tetapi ia perlulah dengan sokongan komuniti itu sendiri.
Juga sekarang ini PID seluruh Malaysia telah menubuhkan satu kelab yakni Kelab Usahawan Sosial (KUS), dimana ia cuba melahirkan usahawan2 baru.Jika mahu info lagi, bolehlah saudara ke PID yg berdekatan..
-peace-