Kecek-kecek Buku: Memeluk Gerhana

Posted on October 22, 2007

Memeluk Gerhana oleh Isa Kamari adalah buku yang menemani aku sepanjang dua minggu percutian di Kelantan. Masa untuk membaca adalah terhad sepanjang dua minggu tersebut, yalah… raya sana raya sini, kenduri sana kenduri sini, jalan sana jalan sini. Alhamdulillah, dapat juga aku habiskan membaca buku ini.

Ia berkisar tentang kisah hidup seorang pemuda bernama Ilham, sejak dari kecil hingga menjadi tahanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri di Singapura, atau mudahnya ISA.

Pada mulanya aku agak perlahan membaca buku ini. Aku tidak faham apa motifnya penulis bercerita panjang tentang zaman kanak-kanak Ilham. Dari menangkap spider, bermain perang, berlumba kereta kayu hingga mengendap jirannya yang seksi, semua diceritakan oleh penulis. Dengan ayat-ayatnya yang pendek-pendek, aku rasa cerita ini meleret-leret. Bab-babnya yang pendek dengan satu perkataan menjadi tajuk setiap bab, terasa seperti membaca entri blog pula. Sama seperti blog Pakchik. Hehe!

Walau bagaimanapun, cerita ini tetap mampu mengembalikan memori kanak-kanak aku. Contohnya cerita bermain perang-perang dengan senapang kayu, sumpit dan ‘peletup-peletup’ yang dibuat dari batang buluh muda. Apa kita panggil di Kelantan? Bedil buluh ya? Aku lupa, tapi itu antara senjata favourite aku juga masa kecil dulu.

Perlahan-lahan, aku mula melihat diri aku dalam diri Ilham. Pelajar yang pintar dalam kelas di sekolah rendah dan menengah, tetapi agak inferior dengan pelajar perempuan. Mula berkenalan dengan kelas agama, usrah, perkhemahan kepimpinan dan baiah. Secara tidak sengaja dia menyertai kumpulan rahsia ‘Ikhwan’. Pergerakannya diintip mata-mata.

Ilham akhirnya menjadi tahanan ISA dalam keadaan buta akibat deraan yang diterima ketika disoal siasat oleh anjing pemerintah yang fobia dengan agama.

Oh ya, aku lupa untuk menyebut Riyana, Nazira dan Syakila. Siapa mereka dalam cerita ini dan apa kaitannya dengan Ilham?

Bacalah sendiri!

Related Articles:

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Telah berkahwin, punya seorang anak, dan sedang menanti kelahiran anak kedua. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

7 Responses

  1. sis_aflah

    salam tok… dah lama saya tengok2 buku ni kat kedai buku… tapi setakat tengok2 je… nak beli tapi asyik tertangguh sbb beli buku lain dulu… tp lps baca ulasan tok ni, rasanya lps ni dah tak boleh tengok2 je… kena beli terus… hehe..


  2. ok sis, nanti jangan lupa kongsi pendapat kamu tentang buku itu :)

  3. el

    wei.. dok wak kelik lokching ke? kekekek…

    tu bedil ghochoh lah..

  4. rol

    Lovely review. More, please!


  5. Pakchik, tahun ni tok jumpa lokching. Hehe :D

    Rol, terima kasih :)

  6. Isa Kamari

    Terima kasih kerana sudi menulis mengenai MG. Sebenarnya MG saya tulis bagi merakamkan sejarah sosial masyarakat Melayu Singapura terutama secebis kisah yang hilang dalam lipatan sejarah rasmi. Hasrat saya sekadar menyambung karya besar Salina oleh Sasterawan Negara A Samad Said.

  7. fadz

    laaa, itu jerrk??

2 Trackback(s)

  1. Nov 1, 2007 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 » Oktober, buku dan aku
  2. Nov 13, 2007 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 » Kecek-kecek Ekslusif: Anda tanya, Isa Kamari jawab

Leave a Reply