October 17, 2007 by
mudin001
5 Syawal 1428H. Nak raya lagi? Dahlah tu. Berpada-padalah. Pagi ini, mari kita sambung berkecek-kecek. Kita lihat apa yang hangat di blog-blog sepanjang cuti raya.
Masih ingat banjir besar di Johor akhir tahun lalu? Masih ingat di mana Pak Lah ketika itu? Tak ingat? Tak tahu? Tidak mengapa, terima kasih kepada Datuk Seri Jean Todt, kini, we know what he did last summer.
He was sailing!
Ces!!!
Category
Isu Semasa
October 16, 2007 by
mudin001
4 Syawal 1428H. Kehangatan raya semakin menghilang. Yang ada cuma keletihan. Di Kelantan, pada musim perayaan, jalannya sesak yang amat. Kenduri pula di sana sini, termasuk di rumah mertuaku, sempena perkahwinan adik Ummu Adam.
Raya-raya juga. Kahwin-kahwin juga. Kenduri-kenduri juga. Tapi kena juga ambil tahu apa yang berlaku di luar sana. Berapa ramai yang sudah terkorban dalam Ops Sikap 13? Feri terbakar, bila dah berlaku, kenapa baru bising lesennya sudah mati? Cerita sama saja kan?
Oh ya, Tok Mudin tak pernah cerita kat blog ini tentang seorang rakyat Bolehland yang pergi ke angkasa itu. Apa itu… angkasawan? Astronaut? Cosmonaut? Terpulanglah, aku tak mahu masuk dalam perdebatan bahawa dia itu layak digelar angkasawan atau tidak. Terpulanglah apa yang kamu mahu namakan si dia.
Yang aku mahu tanya, satu sahaja. Berbaloikah?
Berkaitan:
Category
Isu Semasa
October 15, 2007 by
mudin001
Di sinilah tempatnya aku mendapat akses ke Internet ketika bercuti di kampungku. Pada pendapat aku, program kemudahan sebegini sememangnya program yang baik dan wajar mendapat pujian. Ia juga perlu dikembangkan ke lebih banyak tempat supaya lebih ramai penduduk luar bandar mendapat peluang untuk mengenali dan mempelajari IT.
Aku tidak pasti sejauh mana kemudahan ini dimanfaatkan oleh masyarakat luar bandar khususnya di kampungku. Setakat yang aku tahu, pusat ini sentiasa penuh dan jumlah komputer tidak mencukupi untuk menampung pengguna yang ada. Kadang-kadang terpaksa menunggu lama untuk mendapat giliran menggunakannya. Kemudahan sebegini wajar ditingkatkan lagi. Aku menyokong usaha kerajaan menggunakan duit rakyat untuk menyediakan kemudahan yang bermanfaat sebegini, berbanding menghantar seorang angkasawan (?) untuk bermegah-megah, tapi belum tentu manfaatnya.
Category
Am