Oktober, buku dan aku
Apa yang aku baca bulan lalu? Maksud aku, buku yang berjaya aku habiskan, bukan buku-buku yang dibelek dua tiga mukasurat tapi tidak mampu untuk diteruskan pembacaan oleh sebab-sebab yang tersendiri.
- Memeluk Gerhana oleh Isa Kamari, telah pun aku tulis mengenainya di sini.
- Entering Normal oleh Anne Leclaire. Cerita tentang dua wanita. Seorang ibu muda yang berpindah untuk memulakan hidup baru. Ditakdirkan berjiran dengan seorang wanita yang kematian anak beberapa tahun sebelumnya.
- Di Bawah Lindungan Kaabah oleh Hamka. Tidak banyak bezanya dengan novel-novel Prof Hamka yang lain seperti Tenggelamnya Kapal van der Wijck dan Merantau ke Deli. Tema cinta yang tidak kesampaian, kerana perbezaan darjat dan kekangan adat. Ya, cinta yang tidak kesampaian, andai cinta itu mesti bersatu yakni berkahwin. Novel ini pendek, 84 mukasurat sahaja dan dihabiskan dalam masa tidak sampai sehari.
Jadi, buku apa yang baru kamu baca? Mahu berkongsi?
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek Buku: Pudarnya Pesona Cleopatra
- 2007, buku dan aku
- September, buku dan aku
- April dan apa yang aku baca
- November, buku dan aku
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.














Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
bln lepas baca sekali lagi buku Tenggelamnya Kapal van der Wijck tu.. dan baru je lepas abiskan buku motivasi hm tuah “biar betul betul”..
November 1st, 2007 at 9:52 amsalam tok mudin,
Jeles gak lihat , tok mudin sempat baca buku..
aduss sibuk bebenor ni..kini ..saya kalau membaca..pasti baca sekerat..lepas tu ambik buku lain..pasal tak tahu buku tu baca kat mana..hehehhe..tak istiqamah betul saya ni…
November 1st, 2007 at 10:29 amSalam tok..
Balik cuti raya baru ni sempat beli dan habiskan buku Nama Beta Sultan Alauddin dan Surat-surat Perempuan Johor. Dua-dua buku ni memang best walaupun nipis je. Seperti menoleh ke belakang melihat sejarah bangsa dalam bentuk yang berbeza..
November 1st, 2007 at 10:38 amkehidupan hamka, zamannya banyak berkisar tentang adat, lahirnya beliau di dalam keluarga minang yang kuat mengamalkan adat. saya yakin dengan Islam dan ilmunya yang kukuh, beliau cuba dan keluar dari banyak kekangan adat minang..
saya tidak banyak membaca buku hamka, tetapi yang pernah menjadi sandaran saya ketika saya remaja ialah bukunya yang bertajuk “Falsafah Hidup”. Guru saya menyuruh saya membacanya. I reap the benefits herein and therein.
Cubalah..
November 1st, 2007 at 10:38 amsaya baru menghabiskan buku faisal tehrani ‘tuhan manusia’ dan saya ada pendapat tersendiri mengenainya, tapi tak sempat lagi buat book review. ada orang mencadangkan saya baca buku ‘ayat-ayat cinta karya penulis muda indonesia Habiburrahman El-Shirazy. Saya nak cuba baca walaupun tajuknya streotype dengan novel cinta muda mudi yang memualkan.
November 1st, 2007 at 12:05 pmBanyak buku2 yg dah dibaca tapi takdak waktu nak buat pengkomenan hikhikihi.. Yg tok nampak kat blok tuh dibaca sebelum dan selepas semester yg penuh kepeningan datang dan pergi. Nanti2 ada masa, ai komeng yg mana patut. Yu tunggulah komeng ai nanti hak hak hak hak hak…!
November 1st, 2007 at 4:59 pmbuku TKVW ngan MKD aku dulu mana hilang tah.. edisi awal tu.. bahasa indon…
November 2nd, 2007 at 1:50 amAchik, dah berapa kali kamu baca buku TKVW tu? Oh… aku dah kurang minat baca buku-buku motivasi sebegitu
dekerinchi, nak hidupkan kembali habit membaca, mulakan dengan bahan bacaan yang kita betul-betul minat dahulu… Insya Allah boleh istiqomah.
Sis, kedua-dua buku itu dalam senarai menunggu untuk dibaca. Dah ada atas meja tapi belum disentuh.
Singa timur, selamat menjengah ke sini. Falsafah Hidup adalah antara buku yang sentiasa saya belek dari masa ke masa. Terima kasih.
Bayan, ok… nanti kongsi fikiran kamu tentang Tuhan Manusia. Dan boleh lihat pandangan Ummu Adam tentang Ayat-ayat Cinta di sini:
http://mudin001.wordpress.com/2007/06/11/ayat-ayat-cinta-vs-atas-nama-cinta/
Adikyah, aku tunggu.
Pakchik, aku juga ada MKD yang lama, kalau tak silap aku terbitan tahun 60-an dulu, terjumpa dalam almari lama di kampung.
Aku masih belum dapat habiskan buku Towards Competitive Malaysia oleh Bakri Musa. Cuti raya hari tu sempat lah habiskan separuh. Manakala buku Bila Cinta Bertasbih, karya Habiburahman selepas Ayat-ayat Cinta masih belum dibuka pembalutnya. Aku juga rekemenkan Laskar Pelangi tulisan Andrea Hirata kepada peminat novel. Membacanya kalau dilayar perak, seolah-olah menonton Kiamat Sudah Dekat. Jenaka yang fresh.
November 2nd, 2007 at 3:38 pmKamal, nanti kongsi tentang buku Bakri Musa itu ya, aku dah belek banyak kali di kedai, tapi belum tergerak hati untuk beli. Sama juga dengan buku Bila Cinta Bertasbih dan Laskar Pelangi.
Alhamdulillah, filem LASKAR PELANGI akan segera rilis 25 september 2008. Filem ini akan mengikuti berbagai festival film antarabangsa sebagai wakil indonesia. Salam hangat dari Jakarta.
September 3rd, 2008 at 1:45 pm