Kalian pernah merasai perasaan mempunyai secret admirer? Aku pernah. Masa sekolah menengah dulu, si dia selalu telefon rumah aku masa cuti.

Semasa di kolej, bilangan secret admirer bertambah, selalu juga dapat surat dan kad-kad kecil. Hati berbunga-bunga juga walaupun tidak kenal siapa si peminat itu. Cantik atau hodohkah dia?

Sekarang, blog ini juga ada peminat baru yang berselindung di sebalik nama name. Walaupun aku tak tahu sama ada si dia itu secantik Angelina Jolie atau sehitam Samy Vellu, hati aku berbunga-bunga juga. Heh!

Sejak 2 November lalu, nampaknya setiap hari dia menjenguk ke blog ini. Walaupun blog ini dikatakan sebagai ‘loser’ dan ‘rubbish’, dia tetap tidak serik untuk datang. Ah… apa nak buat, cinta itu buta kan?

Name,

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mana mungkin aku bisa mencintaimu tanpa mengenalimu. Kalau benar kamu mahu bercinta atau sekurang-kurang berkenal-kenalan, supaya boleh kulihat betapa cantik dan bijaksananya kamu ini, tunjukkanlah dirimu yang sebenar. Jangan jadi pengecut. Kalau kamu mahu terus bersembunyi, tidak mengapa, teruskanlah bertepuk sebelah tangan. Aku tidak akan melayanimu lagi. Ini adalah kali pertama dan terakhir aku melayanimu.

Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, aku tidak akan menghalang kamu dari terus meninggalkan komen di blog ini. Tapi sekurang-kurangnya, gunalah email yang valid. Manalah tahu, kalau aku bermurah hati mahu bagi hadiah kepada pengomen terbanyak di blog ini, boleh aku hubungi kamu. Tapi, kenalah kalahkan Pakchik El dulu. Heh!

Oh ya name, sebelum berpisah, tolong jawab soalan ini. Malaysia bukan negara junta, salah apa demonstrasi aman? Bukankah demonstrasi juga budaya UMNO? Apa kamu buta? Atau kamu sebenarnya yang agah dan poyo?

Khairy_Mob

KEMASKINI: name dan uk_sis dalam komen di bawah adalah orang yang sama.
(IP: 60.48.108.92) Apa dia ingat kita semua bodoh sangat? Dari UK konon… gelak, hahaha! Gelak lagi, hahaha!

Popularity: 32% [?]

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: