- Kecek-kecek tentang gelombang kuning
-
Terlalu banyak yang telah diperkatakan tentang hari bersejarah 10 November yang menghimpunkan puluhan ribu (atau ratusan, bergantung kepada berita yang kalian percayai, 4000 is nonsense!) rakyat marhaen memenuhi jalanan Kuala Lumpur. Bagi aku sendiri, ini adalah pengalaman pertama. Ketika era reformasi dulu, aku masih dibangku sekolah, dan belum layak mengundi. Suasana hari itu, dengan laungan Allahuakbar dan Lailahaillallah yang bergema, sememangnya menegakkan bulu romaku.
Aku termasuk dalam kelompok yang terkandas dan berdepan dengan FRU di sekitar Masjid Jamek dan Jalan Masjid India. Aku sampai di rumah ketika waktu Maghrib sudah lewat. Apa hasilnya? Tanya Ummu Adam kepadaku. Habis putus selipar berlari dikejar polis, jawabku. Haha!
Tidak ada apa yang perlu aku tambah lagi, kalian pastinya sudah banyak membaca di media dan blog-blog tentang hari tersebut. Ringkasnya:
- Tahniah dan syabas kepada semua rakyat marhaen yang turun memberikan sokongan.
- Tahniah dan syabas kepada BERSIH
- Kesesakan jalanraya adalah disebabkan oleh paranoid pemerintah yang zalim. Sekatan jalanraya di semua jalan masuk ke Kuala Lumpur adalah puncanya.
- Tahniah dan syabas kepada PAS kerana berjaya memobilisasikan puluhan ribu ahlinya dari seluruh negara untuk turun ke perhimpunan ini.
- Tahniah dan syabas kepada Unit Amal Malaysia yang merupakan pemain utama dalam menjayakan perhimpunan pada hari tersebut.
Akhir sekali, kalau berminat untuk melihat gambar-gambar yang diambil menggunakan Dopodku, sila klik di bawah.
Baca juga:
- Nov 10: How they painted it yellow
- BERSIH petition to King – acid test whether it marks the burial of Abdullah’s 4-yr pledge to hear the truth
- tahniah rakyat malaysia!
- Cepat, tepat & tanpa kekerasan!
- Anwar cadang adakan himpunan 200,000 rakyat tiga minggu lagi
- HIMPUNAN 100 RIBU UMMAH – siri satu KOTARAYA : KUNING DI MANA – MANA
- Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung
- Yellow Wave A Success
- Perhimpunan 10 Nov yang memeranjatkan: Syabas!
- BERSIH: Agar Tanah Airku Terus Bermaruah

Popularity: 12% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek ringkas 19/12/09
- Kecek-kecek tentang persepsi
- Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
- Kecek-kecek: Awang Adek
- Perhimpunan
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 14 Category: Isu Semasa, Politik




din… aku pantang dicabar… mesti aku lari lah…
biasa lah.. mana reti matematik deme tu… macam yang itu lah… sorang-sorang tapi nak tunjuk konon-konon ramai lah…
kitorang keluar hari tu, road block merata.
bila petang nak baca website, m2day hang, m’kini hang.. dekat maghrib baru boleh masuk website2 tu. harap berita malaya, kompem tipu maut punya.
Oh, tahniah krn menyertai GK tuh.
congrats sbb buleh join…pengalaman kan?
Ambil gambar guna Dopod? Maknanya Dopod berjaya diselamatkan?
Alhamdulillah.
Lain kali pakai la kasut.
kalu yg ade spike tu lagi best.
sambil jalan, smabil sepak pulis.
huhu~
tahniah…
Pakchik, hehheh, no commentlah about that guy aaa…
wan, online pun ada roadblock jugakah hari tu?
Alex, pengalaman yang sangat berharga, merasa juga bagaimana pedihnya mata kena tembak
Rol, ya, selamat… Alhamdulillah.
Tyrex, ya, kalau ada lain kali, Insya Allah.
Kemat, sama-sama…
pesal blog ko berterabur sat ni?
tahniah tok sebab bersama gelombang kuning… saya ke kl juga hari sabtu lepas tapi tidak bersama gelombang kuning, ada urusan lain yang agak penting… sempat merasa kesesakan di tol sungai besi… lepas tu patah balik ke bangi.. ke kl semula naik komuter… sangat kagum bila melihat begitu ramai yang menyertai gelombang kuning, merata-rata di stesen kl sentral dan di dalam komuter… semangat mereka bagai turut sama dirasai…
“paranoid” – molek doh istilah ni.. pantang dicabar konon.. boleh beLah..
pengecut nak ‘******’…
kalau laa aku tak keje sabtu lepas, mahu aku libas2 gov’s dogs tu semua..