Kecek-kecek Buku: The Reluctant Politician
The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time oleh Ooi Kee Beng. Sehari selepas peristiwa bersejarah himpunan 100 ribu rakyat di Kuala Lumpur, aku berjaya menghabiskan buku ini. Sebetulnya, buku ini turut basah ditimpa hujan di dalam beg kain merah yang aku bawa bersama ke himpunan tersebut.
Aku tidak mahu mengulas panjang tentang buku ini mahupun tentang Tun Dr Ismail itu sendiri. Aku tidak layak untuk menilai siapa Tun dan bagaimana karekternya hanya dengan membaca biografi ini.
Apa yang ingin aku perkatakan ialah betapa sedikitnya yang aku tahu tentang seorang yang pernah menjadi pemangku Perdana Menteri Malaysia pada ketika ajal menjemputnya ini. Dan aku percaya, ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan muda juga sama denganku, malah ramai juga yang tidak mengenali sedikit pun beliau ini. Jika disebut Tun Dr Ismail, yang mereka tahu, ialah sebuah taman perumahan elit di pinggir Kuala Lumpur, barangkali.
Aku tidak ingat pun (jika ada), buku sejarah Malaysia yang aku pelajari di sekolah menengah dulu menyebut tentang Tun, sedangkan peranannya dalam membentuk Malaysia yang ada pada hari ini sangatlah besar.
Mungkin jika nama ingin tertera dalam sejarah Malaysia, seseorang itu perlu jadi Perdana Menteri, barulah akan tercatat namanya. Tiga atau empat dekad akan datang, tidak ada siapa akan mengenal siapa itu Fadzil Noor, Hadi Awang, Tengku Razaleigh mahupun Anwar Ibrahim. Kecuali, Anwar atau Tuan Guru Hj Hadi masih berpeluang jadi Perdana Menteri. Ada peluangkah?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek Buku: Siddharta
- Kecek-kecek Buku: Pemikiran Islam Liberal
- Buku vs e-buku: Bakal tamatkah riwayat hidup buku tradisional?
- Kecek-kecek Buku: Memeluk Gerhana
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Itulah dia. Penceritaan sejarah dan tokoh2 di Malaya ini ‘berpihak’. ‘Bermaksud’.
Aku pernah baca cerita tentang TDI dari kacamata Karim Raslan itu. Menarik!
November 14th, 2007 at 5:53 pmHero yang tidak didendangkan!
Aku pun tak tahu banyak sangat pasal TDI kecuali TTDI. Mungkin belum cukup pembacaan nih. Huk huk. Banyak lagi kena baca rupanya. Thanks utk info tersbut, Tok!
November 14th, 2007 at 6:21 pmpinjam!
ekekek…
November 14th, 2007 at 9:20 pmWak, apa tajuk bukunya?
Adikyah, hero tak didendang tu macam mana ya? Macam aku kah? Hehheh!
Pakchik, meh la ambil…
tapi si ooi tu ngan taufik jujur sgtler dalam menulis buku tu sampai citer die duk bercerita pasal kebimbangan die tepi swimming pool dua minggu sebelum dia mati tu pun ada benda tak sepatut highlight kesian kat org dah mati…- impression org pada arwah
November 15th, 2007 at 12:15 pmAku pun cuma kenal pasal TDI lepas baca buku ni. Apa nak buat, generasi muda (yang tidak minat membaca) hanya akan kenal sejarah negara melalui buku teks form 5 dan yang terbaru - filem Hati Malaya.
P/s: Din, mcm mana dgn buku “The Unmaking of Malaysia”. Semalam tengok pelancaran kat TV3, tak teringin nak baca ke ?
November 15th, 2007 at 1:32 pmAbuamiir, setuju! Ada banyak perkara yang dimuatkan dalam biografi itu, kalau tidak dimuatkan pun, tidak akan menjejaskan apa-apa, malah menjadikan buku itu lebih baik. Kononnya, dengan menulis tentang itu, akan menunjukkan keterbukaan, atau liberalnya Tun barangkali. Sebaliknya, ia hanya membuka pekung di dada dan menjatuhkan kredibiliti Tun di mata pembaca Muslim.
Kamal, Insya Allah nanti aku cari buku itu.
Bagus dibaca semua biografi. Termasuk yang berkaitan pemimpin luar negara seperti Mao Ze Dong - pemimpin komunis China. Memang ada bias dalam setiap penulisan, sebab itu kena baca banyak - misalnya buku tentang tokoh A akan ada banyak versi dan penulisnya - masing masing menumpahkan tafsiran masing masing. Contoh Mao Ze Dong yang saya sebutkan bukan untuk promosi ideologi komunis. Ada sesuatu yang dia berani buat tetapi pemimpin kita tidak berani - membuat reformasi terhadap para menterinya yang banyak lemak dan terlalu berpengaruh. Beliau memihak kepada generasi pelajar untuk menempelak barisan menteri menterinya. Kalau ada kesempatan, bacalah mengenai Cultural Revolution semasa pemerintahan Mao.
November 16th, 2007 at 9:18 pmTerima kasih Pak Rastom. Ada buku-buku khusus untuk dicadangkan?