Kecek-kecek tentang hadiah

Posted on November 16, 2007

Hadiah dari Ummu Adam & Adam sempena ulangtahun kelahiranku yang ke-26, dibungkus dengan pembungkus merah. Kotaknya besar.

IMAGE_00616

Apakah isinya? Siapa dapat meneka dengan betul akan dapat hadiah!

Adilkan? Satu hadiah untuk aku, satu hadiah untuk kamu. Dan Adikyah, aku masih menanti hadiah selipar baru dari kamu. Ok?

Mungkin mood aku sangat baik sekarang ini. Jadi aku akan berikan satu lagi hadiah. Hadiah ini adalah untuk pengomen terbanyak di KKTM 3.0. Aku rasa kalian semua boleh agak siapa dia. Kamulah tu Pakchik, ya kamu! Hehheh!

Sejak KKTM 3.0 dimulakan pada 20 September lalu, kedudukan 6 teratas senarai pengomen (tidak termasuk aku) ialah seperti berikut:

1. el (51 komen)
2. Adikyah (20 komen)
3. achik (15 komen)
4. name (15 komen)*
5. jowopinter (10 komen)
6. Tyrexia (10 komen)

(* kalaulah name tak guna banyak nama, mesti ada peluang nak menang kan? Heh!)

Jadi Pakchik, kamu akan aku hubungi dengan email untuk mendapatkan alamat. Lancer baru tak dapatlah nak bagi. Hehe!

Pakchik dah menang satu hadiah. Jangan lupa, masih ada dua hadiah ditawarkan oleh KKTM 3.0. Satu, sila rujuk entri ini. Dua, sila teka apa hadiah dalam bungkusan di atas.

Jumpa lagi. Feed blog ini di sini.

Wassalam.

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek tentang gelombang kuning & hadiah
  2. Kecek-kecek Arsenal dan Euro 2008
  3. Kecek-kecek Ekslusif: Anda tanya, Isa Kamari jawab
  4. Kecek-kecek orang malas
  5. Kecek-kecek tentang orang utan

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

14 Responses

  1. wan

    #1!!

    :D

    selamat menyambut ulang tahun, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yg comel nanti.

    nak kata kotak kasut, bukan.
    nak kata kotak isi gadget, mungkin gak. tapi selalunya lay flat & tak tegak.

    err…. boleh teka berapa kali ni tok?


  2. dopod baru


  3. Aku rasa buku.
    26? Kita hampir sebayalah.. ha ha ha..

    Tak sangka pulak aku boleh dapat top 5! :D

  4. Alex Lacey

    hadiah selipar baru la tu kot hahahaha

  5. john nash

    tok mudin.. amik gambar ni
    http://www.geocities.com/the13thshinobi/taknak_bn.jpg

    pastu letak kat blog tok mudin… jom lancarkan kempen letak banner ni kat setiap blog:D


  6. salam tok..

    oleh sebab tok suka baca buku.. sy teka buku jgk la..


  7. Umur ko 26, tok? Isk..isk..! Ingatkan 18 hak hak hak!
    Bak sini er..er.. alamat, no ic ngan no telepon. Aku nak hadiahkan tok selipar jepun. Ok tak? Ke nak selipa kuning? ke nak sejibik macam selipa yg putus tuh? No hal nyer. Er.. jangan mintak yg mahal2 udah le. Aku budak2, mana pegang duit banyak2. Mak marah. Hak hak hak!

    er.. apsal 20 jer komeng, aku rasa komeng aku banyak lagi dari pa’chik el. Argh!! Tidak!! Sabotaj, sabotaj!! bangkang!! ;)

  8. achik

    nyesal tak komen banyak2.. byk kali singgah tak komen..
    kan dah terlepas peluang nak dpt hadiah.. hahahaha..

    hepi belated besday tok.. semoga panjang umur murah rezeki..
    buleh bagi hadiah slalu2.. ;)


  9. er….
    er…
    er….
    errrr….
    errr…
    ape yek…
    saya teka… kamera!

  10. el

    sapa yang teka buku… salah lah…

    aku malas nak teka.. kang korang kata aku tamak pulak… ekekekek…

    mac mini cube… ekekeke…

  11. rol

    Saya pun teka buku, tapi satu set buku-buku. Rasanya. Selamat ulang tahun kelahiran, semoga berkat umur, amin.


  12. Eh, eh. Aku lom wish kat kamu lagi ke, Tok? Isk..isk.. tak perasan la plak ari tuh hak hak hak!!

    Ok, dengan sepenuh keikhlasan (hikhik) aku ucapkan, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG TERLAMBAT BUAT KAMU, TOK MUDIN. Moga terus sukses dan mantap menghadapi segala rintangan dan cabaran (terutama dari ‘kakak’ macam si-name) ;)

  13. wann

    mak ai, baru 26 tahun…ko kawen umur berapa? :D

    oops, lupa, Happy 26th Birthday!

    Saya teka hadiah tu kamera.


  14. Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan.

    Masib belum ada jawapan yang betul, teruskan mencuba! Hehheh!

1 Trackback(s)

  1. Nov 19, 2007 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 » Kecek-kecek tentang gelombang kuning & hadiah

Leave a Reply