Kecek-kecek tentang gelombang kuning & hadiah

Posted on November 19, 2007

Gelombang kuning

Ringkas sahaja, kecoh sangat tentang penafian penglibatan Agong dengan himpunan kuning 10 November. Siapa kata Agong terlibat? Dan siapa sebenarnya yang desperate mahu mengheret Agong. Baca sahaja tulisan RPK ini, habis cerita.

Oh ya, kalian kenal tak seorang mamat dalam gambar dibawah? Hehe!

mudin

(Gambar dari laman web Himpunan 10 Nov, terima kasih Pzan kerana memaklumkan.)

 

Hadiah

Kepada yang tertanya-tanya apakah yang berada dalam bungkusan merah dalam entri terdahulu, inilah bendanya.

IMAGE_00624

Tidak ada yang dapat meneka dengan betul. Simpan hadiah untuk lain kali. Ok?

Jumpa lagi. Wassalam.

Related Articles:

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Telah berkahwin, punya seorang anak, dan sedang menanti kelahiran anak kedua. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

8 Responses

  1. kamal

    Tanpa cerita RPK tu pun laporan akhbar ini dah betul-betul menghina dan merendahkan daya intelek serta kemampuan aku untuk berfikir dengan waras. Seingat aku tak pernah terbaca pun pasal penganjur BERSIH claim Agong sokong perhimpunan. Yang dilaporkan cuma Agong berkenan menerima wakil bagi menyampaikan memorandum dan ini dibuktikan melalui video pada hari tersebut kan ? Dua kenyataan ni mana sama ! Betul-betul menghina degree yang aku dapat setelah belajar susah payah 4 tahun (extend 1 tahun). Cikgu-cikgu aku kat sekolah dulu pun aku rasa akan turut rasa terhina seandainya aku anggap dua pernyataan tersebut adalah sama. Sia-sia je diorang ajar aku supaya jadi manusia yang waras dan pandai menilai.

  2. achik

    mamat yang tutup muka tu tak kenal..
    yg belakang tu, macam pernah ku lihat.. tapi di mana ya??? ;)

  3. el

    nati pokleh amek gambar ni wak bukti… ekekeke.. keno igak mu din.. ekekke….


  4. Macamana aku boleh tak nampak kau ek hari tu….

  5. akuatik

    tahniah…ni kira antara mereka yg terpilih menerima limpahan rahmat hujan asid, boleh geng ngan hamish macdonald :)


  6. Kamal, kita rasa terhina, tapi ada juga yang bebal :)

    achik, aku tak tutup muka. Control macho, dah tahu ada orang nak ambil gambar. Haha!

    Pakchik, igaklah kalu berani. Ni Tok Mudin cucu Tok Janggut nih. Hehe!

    Wak, orang ramai la…

    Akuatik, tak kena hujan asid pun. Kena gas saja. :)

  7. el

    lain kali nok gi.. bowok la goggle… pah tu.. sapu tangan besar… air sebotol.. garam sikit…

    kalau ada baju kalis peluru lagi baik… ekekek…


  8. Hak Hak Hak, betul hari tuh aku nampak ko, Tok. Isk, sib baik aku tak sempat nak baling botol air kat ko, sbb aku ingat itu polis yg menyamar jadik peserta perhimpunan. Hak Hak Hak!!

Leave a Reply