Kecek-kecek Buku: Pudarnya Pesona Cleopatra
Pudarnya Pesona Cleopatra oleh Habiburrahman El Shirazy. Buku kecil ini sebetulnya memuatkan dua novel mini, Pudarnya Pesona Cleopatra dan Setitis Embun Cinta Niyala. Ia ditulis sebelum Ayat-ayat Cinta dan diterbitkan semula setelah sambutan luarbiasa terhadap Ayat-ayat Cinta.
Pudarnya Pesona Cleopatra mengisahkan seorang pemuda yang menurutkan kemahuan ibunya mengahwini seorang wanita yang tidak dicintainya. Setelah berkahwin beberapa lama, masih belum mampu untuk mencintai isterinya. Kenapa? Kerana terlalu terpesona dengan kecantikan gadis Mesir yang baginya, tidak mungkin wanita Jawa mampu menandingi kecantikan gadis-gadis keturunan Cleopatra itu. Kesudahan cerita ini mengingatkan aku dengan novel-novel tulisan Hamka.
Dalam Setitis Embun Cinta Niyala pula, giliran wanita bernama Niyala itu pula untuk terhimpit antara mengahwini pemuda jahat bernama Roger yang pernah cuba mencabul kehormatannya, atau membiarkan bapa kandungnya terus dibelenggu hutang.
Aku lebih sukakan novel yang kedua. Sesungguhnya watak wanita cantik dan halus budi pekerti yang terhimpit antara kemerdekaan ayahnya dengan kebahagiaan diri sendiri, lebih bisa memberi kesan kepada jiwa, berbanding watak memualkan seorang suami yang tidak boleh mencintai isteri sendiri hanya kerana terbayang-bayangkan kecantikan gadis-gadis yang tidak mungkin pun akan menjadi miliknya.
Selamat membaca.
Entri-entri berkaitan:
- 2007, buku dan aku
- November, buku dan aku
- Oktober, buku dan aku
- Kecek-kecek Ekslusif: Anda tanya, Isa Kamari jawab
- Kecek-kecek Buku: Memeluk Gerhana
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Owh! Owh! Buku baru!
November 20th, 2007 at 11:24 amBelum pernah baca buku tulisan beliau. Ntahlah belum tergerak nak beli lagi. Ketinggalan sungguh aku! Hik Hik Hik!!
salam tok..
tok beli buku tu kat mana? macam tak pernah jumpa…
November 20th, 2007 at 11:44 ampernah baca tulisan Habib ni…ok jugak, tapi tak de la extraordinary sangat…rasanya ramai jugak penulis Mesia yg lebih bagus…tapi mungkin jalan cerita dia agak berbeza….
anyway, suka komen tok mudin tu pasal novel mana yg bagus…
November 20th, 2007 at 12:58 pmsy dah baca buku ni 2 bln lps..tak perlu ambik masa yg panjang..mini novel..:)
November 20th, 2007 at 2:20 pmMacam menarik jek..
November 20th, 2007 at 8:44 pmkat bangi ni susah nak carik kedai buku..
adeii..
Adikyah, buku dah lama tu…
Sis, dah lupalah beli kat mana. Rasanya tak sukar nak cari buku ni, MPH mesti ada.
Alex Lacey, terima kasih daun keladi
zwit, ya… pendek sahaja.
akirasuri, kamu dok bangi ya? cuba cari kat MPH Alamanda.
salam tok…
ada juga ke MPH Alamanda baru ni tapi tak nampak.. tersorok mana-mana kot.. nanti saya cuba cari lagi.. hehe.
akirasuri, kat bangi ada banyak la juga kedai buku.. tapi paling best MPH Alamanda la… kat pkns ada kedai buku syabab, kat bintang (dulu warta) ada kedai buku smart… kt depan pkns tu ada kedai buku rythm… kena jelajah sikit la cari kedai buku… hehe…
November 21st, 2007 at 12:03 pmassamualaikum…
seandainya anda mempunyai waktu bisakan anda mengirimkan novel(dalam setitis embun cinta niyala) tersebut ke saya…..aku sungguh berterima kasih jika anda mengirimkannya……
wassalam….
March 29th, 2008 at 7:00 pm