Kecek-kecek bersama Isa Kamari (2/2)

Posted on November 23, 2007

Bahagian akhir wawancara atas talian KKTM 3.0 dengan Isa Kamari. Selamat membaca.

(Jika belum membaca bahagian awal, ada di sini)

*MEMELUK GERHANA

Isteri saya kata, Ilham (Memeluk Gerhana) itu, banyak persamaan dengan saya. Peminat Arsenal, potong rambut crew-cut. Haha!
Adakah cerita Ilham itu, sedikit sebanyak adalah kisah saudara membesar di Singapura?

Dalam diri Ilham ada jiwa dan minda remaja yang membesar di Singapura pada zaman pasca kemerdekaan hingga 1980-an. Saya sekadar merakamkan sejarah sosial masyarakat Melayu pasca Salina karya A Samad Said.
Banyak tafsiran yang saya dapatkan daripada pembaca. Ada yang mengatakan MG novel Remaja. Faisal Tehrani pula mengatakan ia novel politik. Ada juga yang mengatakan MG adalah novel autobiografi.
Saya serahkan kepada pembaca untuk menikmati dan menafsirkannya sendiri.

LATAR BELAKANG & AKTIVITI

Mungkin boleh diceritakan sedikit latar belakang saudara sebagai penulis. Apa yang mendorong saudara untuk menjadi seorang penulis? Karya-karya siapa yang banyak memberikan ilham dan mempengaruhi saudara dalam berkarya, jika ada?

Karya pertama saya terbit di akhbar ketika saya berumur 19 tahun. Sebelum itu guru sekolah saya berkata karangan saya menunjukkan kematangan dan gaya bahasa yang baik. Penglibatan saya dalam sastera secara perlahan-lahan terbentuk dengan dorongan guru dan beberapa sasterawan seperti Masuri S N dan Mohamed Latiff Mohamed.

Saya bermula dengan menulis puisi. Mentor saya ketika saya masih remaja adalah W S Rendra. Namun lama-kelamaan saya berusaha melepaskan diri daripada pengaruhnya agar saya dapat menemukan suara sendiri. Kumpulan puisi saya yang pertama, Sumur Usia terbit pada 1993. Kemudian saya berjinak-jinak dengan penulisan novel setelah tidak menemukan suara baru dalam penulisan puisi. Saya beranggapan sasterawan tidak harus terperangkap dalam ‘mannerisme’ dan harus berusaha untuk meneroka sesuatu yang baru setiap kali menerbitkan karya. Novel sulung saya, Satu Bumi terbit pada 1998. Setelah itu saya menulis novel-novel yang mempunyai pendekatan yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Saya banyak membaca buku-buku agama, falsafah dan psikologi di samping karya-karya hebat. Dalam penulisan novel Melayu saya amat menggemari karya Pramoedya Ananta Toer dan Anwar Ridhwan. Saya juga meminati karya Kawabata, Salman Rushdie, Herman Hesse, J M Coetze. Naguib Mahfouz dan Orhan Pamuk.

Selain menulis, saudara juga meminati/berkecimpung dalam bidang muzik? Boleh ceritakan?

Penglibatan saya dalam dunia muzik sebenarnya tidak dirancang. Saya menulis lirik dan diajak oleh teman-teman untuk turut serta dalam ‘band’. Secara ringkas begitulah terbentuknya Sirrfillsirr.

Apa projek terbaru saudara?

Saya sedang merangkakan sebuah novel. Kali ini saya akan usahakan agar karya terjemahannya dalam bahasa Inggeris dilancarkan bersama. Bersangkutan dengan novel tersebut, saya berura-ura hendak menerbitkan filem dokumentari dan album lagu. Pada hari pelancaran novel itu saya impikan persembahan konsert serta tayangan filem dokumentari tersebut. Mungkin juga saya akan adakan satu pameran lukisan atau sketsa bersangkutan dengan novel dan dokumentari yang diusahakan.

PESANAN

Kata-kata akhir untuk pengunjung KKTM 3.0?

Kebenaran hanya diraih
Dari makna
Bukan dari kata
Kehidupan tidak bernafas
Dari kertas.

(*Soalan ini tiada dalam wawancara asal. Diambil dari balasan email Isa Kamari kepada Tok Mudin. )

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Sdr Isa Kamari kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk blog ini.

Kepada sis_aflah, sila periksa email kamu. Kamu telah memenangi hadiah untuk soalan pilihan. Tahniah dan terima kasih.

Jumpa lagi.
Wassalam.
(Feed blog ini di sini)

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek bersama Isa Kamari (1/2)
  2. Kecek-kecek Ekslusif: Anda tanya, Isa Kamari jawab
  3. Kecek-kecek Buku: Memeluk Gerhana
  4. Kecek-kecek tentang manifesto Najib (dari Malaysiakini)
  5. Kecek-kecek Buku: Siddharta

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

6 Responses


  1. Hak hak hak!!
    Mujur penganjur tak sabotaj pasal hadiah. Tahniah sis!

    Hmm.. menurut pandangan aku (yg kadang2 tak betul), novel MG nih campuran politik dan autobiografi. Akupun ingatkan novel ni kisah hidup beliau sendiri. Ooo!


  2. “Kebenaran hanya diraih
    Dari makna
    Bukan dari kata
    Kehidupan tidak bernafas
    Dari kertas.”

    Aku suka kata-kata itu.
    Sangat!

  3. el

    deen… yang tak betul tuh… betul ke kadang-kadang.. bukan sokmo-sokmo ke? ekekekek….

    aik.. dia main muzik jugak ke?

  4. achik

    wah.. join ‘band’ lagi..


  5. Salam Tok…

    Terima kasih banyak-banyak…. :)


  6. Chesss! Nak kene el momo nih hak hak hak

Leave a Reply