Aku, abah dan puisi
Setelah menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh, aku mula hilang minat kepada TV. Tidak pasti kenapa. Mungkin kerana sudah jarang berpeluang menonton di TV di asrama.
Apabila musim cuti sekolah, TV tidak lagi menarik perhatianku. Aku lebih suka membaca novel-novel Sidney Sheldon dan John Grisham yang dikirimkan oleh kakakku dari UK ketika itu. Apabila tiada novel baru untuk dibaca, aku akan mengulang baca novel-novel yang telah dibaca. Antara novel yang menjadi favourite aku ketika itu, ialah novel yang memperkenalkan Sidney Sheldon kepada aku, The Doomsday Conspiracy. Novel ini berkali-kali aku baca, malah nama heronya, Commander Robert Bellamy masih aku ingat sampai ke hari ini.
Selain itu, aku juga akan menyelongkar almari usang dirumah itu, mencari bahan menarik yang boleh dibaca. Antara koleksi Abah yang ada didalam almari itu adalah kitab-kitab agama jawi yang tidak menarik pun perhatianku, satu set Eksiklopedia Britannica dan macam-macam lagi. Antara yang aku jumpa adalah buku Merantau ka-Deli karya Hamka cetakan 1965 ini.
Tapi apa yang paling menarik di dalam almari usang itu adalah koleksi diari-diari lama dan kad-kad kecil Abah. Diari-diari itu dipenuhi dengan sajak-sajak tulisan Abah yang tidak aku fahami langsung pada tika itu. Sekarang, aku tidak pasti koleksi itu masih tersimpan elok atau tidak.
Nampaknya, Abah sememangnya tidak pernah berhenti berkarya. Sebagai orang yang turut mengikuti blog ini, beberapa hari lalu, Abah menyatakan hasrat untuk memuatkan karya-karya beliau di blog ini.
Jadi untuk abah, terbinalah blog Puisi Abah. Silalah kesana, dan berdiskusilah di bahagian komennya. Ok?
Kalian boleh juga ke laman ini.
Oh ya, jika kalian belum menjawab dua soalan tinjauan di sebelah kanan blog ini, sila berbuat demikian. Tolong ya?
Itu saja untuk hari ini.
PAUTAN PILIHAN: ADUN Paloh ini tidak mahu kalah dengan rakan-rakannya di Parlimen. Sidang DUN Kelantan tercemar, Nozula tendang Zaki Ibrahim!
[Tonton videonya di sini]
Entri-entri berkaitan:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
dok reti puisi pukulit neh… ekekek… meme tahap dungu lah…
marring dale sakkoba hok kononnya teluh gilo babi lah.. SINUAR HARIAN…
tajuk besar muka depan… KELANTAN DEFISIT RM23 JUTA
Hari ni.. isu nozula… besar sikit dari pembaris pendek tuh… telus gilo babi doh tuh…
November 27th, 2007 at 10:43 amagok kalu zaki hok sepak nozula… nok nok pak puluh muko tubik…
salam tok…
saya anak yang paling suka selongkar almari buku ayah.. tapi ayah ada banyak kitab agama, arab dan jawi lama.. saya pernah baca buku tentang tok kenali… di dalamnya dimuatkan beberapa cerpen tulisan tok kenali.. mungkin ramai yang tak tahu ulama’ kita dahulu bukan sekadar mengajar dan menulis kitab agama… tapi ramai juga yang minat seni dan menulis cerpen…
salam buat abah tok.. teruskan menulis pakcik!
November 27th, 2007 at 1:10 pmWah! Ko mmg pembaca buku yg tegar la, tok.
November 27th, 2007 at 1:52 pmSelamat, selamat!
saya pun kurang paham bab2 puisi ni..
arwah bapak saya buku2 pasal kete banyak la..
November 27th, 2007 at 3:34 pmtp skang ni ntah mana2 buku tu… huhu sayangnya..
Aku pun suka menyelongkar gerobok atok dan pakcik aku. Hari itu aku jumpa kitab jawa entah kurun ke berapa di gerobok atok aku. Di gerobok pakcik aku pulak, novel2 tahun 60-70an aku rasa, itu belum lagi majalah hiburan lama-lama. Aku tak sempat nak keluarkan semua sebab aku alah dengan habuk.
Aku dah ‘vote’..
Hmmmmm…..
November 27th, 2007 at 5:48 pmSalam Encik Mudin,
Saya juga suka puisi. Tapi x sempat nak menziarah lagi.
p/s : saya sudah vote. Semoga membantu….selamat menulis
November 28th, 2007 at 8:24 pm