Lencongan

Dalam perjalanan ke bank bersama Adam untuk melangsaikan hutang kereta semalam, ada jalan ditutup yang menyebabkan aku terpaksa mengambil lencongan yang jauh untuk sampai ke destinasi.
Dalam hidup, kita akan sentiasa berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Adakalanya, perkara sebegitu akan menghalang atau sekurang-kurang memperlahankan kita dari mencapai sasaran kita, tidak kiralah dari segi kerjaya, kewangan, kesihatan atau apa sahaja. Tidak mengapa, asalkan matlamat kita jelas. Perlahanlah ketika perlu, melenconglah ketika perlu. Dan teruskanlah perjalanan menuju matlamat.
Kalaulah ada sesuatu yang aku pelajari dari novel The Alchemist, salah satu daripadanya ialah perjalanan adalah destinasi.
NOTA LENCONGAN: Entri ini sebenarnya adalah lencongan daripada aku turut memperkatakan perihal politik tanahair yang semakin hangat. Terlalu banyak kezaliman yang berlaku. Terlalu banyak yang telah diperkatakan. Kalau berminat, boleh lihat kemaskini dari blog-blog lain seperti yang kalian boleh lihat di ruangan Dari Blogosfera… di sebelah kanan blog ini, atau klik saja di sini.
Akhir sekali, bak kata CheguBard, hanya satu kata terhadap kezaliman… LAWAN !!!
Entri-entri berkaitan:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Salam tok..
Lawan tetap lawan!!
December 12th, 2007 at 12:44 pmPerjuangan itu berlaku apabila kita melawan. Melawan bukan bererti pengkhianatan tapi menunjukkan wujudnya kekhilafan..!
Jebat melawan bukan kerna dia penderhaka, tapi kerna memperjuangan kenyataan..! <<>>
December 12th, 2007 at 4:02 pmbiar kalah lepas lawan macam nak mati, dari mengalah sebelum melawan..
December 12th, 2007 at 4:03 pmjangan melencong dari perjuangan Islam dah lah…
December 12th, 2007 at 4:17 pmSelamat berjuang semua.
Pakchik, itu bukan melencong dah tue… itu sesat namanya