Pada masa ini, aku sedang membaca buku From Beirut to Jerusalem tulisan Thomas L. Friedman, penulis yang pernah memenangi Pulitzer Prize sebanyak tiga kali. Beliau juga adalah penulis buku The World is Flat, buku yang tak habis-habis aku baca sampai sekarang.
Ada satu cerita menarik dalam buku ini yang ingin dikongsi. Penulis menceritakan tentang legenda seorang gabenor kerajaan Uthmaniyyah bernama Rustum Pasha. Beliau dikatakan orang yang berjaya menghentikan keadaan huru-hara di padang pasir Negev pada lewat kurun ke-19. Keadaan pada masa itu selalu huru-hara disebabkan oleh sikap perkauman (asabiyyah) yang kuat di kalangan orang-orang Badwi yang menghuni padang pasir itu.
Orang-orang Badwi Negev itu sangat suka memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti Rustum Pasha. Apabila ada orang Badwi ingin merasuahnya, Rustum Pasha akan membawa Badwi tersebut ke pejabatnya. Kemudian dia akan mengeluarkan satu tarbus merah, dan mula bercakap dengan tarbus itu.
“Wahai tarbus, apa yang kamu mahu. Fulous (wang) atau namous (undang-undang)?” tanya Rustum Pasha kepada tarbus itu.
Kemudian, dengan suara lain, beliau akan menjawab untuk tarbus itu. “Namous,” kata tarbus.
Dengan jawapan itu, Rustum Pasha akan mengambil jarida*nya dan memukul Badwi itu dari kepala sampai ke kaki.
Jadi Pak Lah Badawi, fulous atau namous? Hehe!
BACA JUGA:
- Nik Aziz jadikan kediaman rasmi tempat perpindahan mangsa banjir. Mana nak jumpa pemimpin macam ni?
- Minbar Jumaat Yang Dikhianati
* Jarida = kayu dari pelepah tamar. (Kalau salah betulkan ya?)
Popularity: 5% [?]
Related Articles:
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Kecek-kecek mengasah gunting...
- Memeluk Islam
- Muqabalah yang aku setuju...
- Aku homesick!
- Celaka kezaliman!
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (63)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
rushtum tak leh tulung pukul badawi ngan jandanya tak?
err… minbar tu… sepatutnya dieja sebagai mimbar