Fulous atau namous?
Pada masa ini, aku sedang membaca buku From Beirut to Jerusalem tulisan Thomas L. Friedman, penulis yang pernah memenangi Pulitzer Prize sebanyak tiga kali. Beliau juga adalah penulis buku The World is Flat, buku yang tak habis-habis aku baca sampai sekarang.
Ada satu cerita menarik dalam buku ini yang ingin dikongsi. Penulis menceritakan tentang legenda seorang gabenor kerajaan Uthmaniyyah bernama Rustum Pasha. Beliau dikatakan orang yang berjaya menghentikan keadaan huru-hara di padang pasir Negev pada lewat kurun ke-19. Keadaan pada masa itu selalu huru-hara disebabkan oleh sikap perkauman (asabiyyah) yang kuat di kalangan orang-orang Badwi yang menghuni padang pasir itu.
Orang-orang Badwi Negev itu sangat suka memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti Rustum Pasha. Apabila ada orang Badwi ingin merasuahnya, Rustum Pasha akan membawa Badwi tersebut ke pejabatnya. Kemudian dia akan mengeluarkan satu tarbus merah, dan mula bercakap dengan tarbus itu.
“Wahai tarbus, apa yang kamu mahu. Fulous (wang) atau namous (undang-undang)?” tanya Rustum Pasha kepada tarbus itu.
Kemudian, dengan suara lain, beliau akan menjawab untuk tarbus itu. “Namous,” kata tarbus.
Dengan jawapan itu, Rustum Pasha akan mengambil jarida*nya dan memukul Badwi itu dari kepala sampai ke kaki.
Jadi Pak Lah Badawi, fulous atau namous? Hehe!
BACA JUGA:
- Nik Aziz jadikan kediaman rasmi tempat perpindahan mangsa banjir. Mana nak jumpa pemimpin macam ni?
- Minbar Jumaat Yang Dikhianati
* Jarida = kayu dari pelepah tamar. (Kalau salah betulkan ya?)
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek Ekslusif: Anda tanya, Isa Kamari jawab
- Kecek-kecek terbaik 2007
- April dan apa yang aku baca
- Disember, buku dan aku
- Kecek-kecek Buku: The Reluctant Politician
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
rushtum tak leh tulung pukul badawi ngan jandanya tak?
err… minbar tu… sepatutnya dieja sebagai mimbar
December 17th, 2007 at 8:04 amSalam tok,
Saya ada juga baca buku From Beirut to Jerusalem tapi tulisan Dr Ang Swee Chai.. best ceritanya, tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi… huhu…
December 17th, 2007 at 8:48 amerr.. Pakchik, bukan janda… jarida. Janda orang tak buat pukul… haha!
Sis, bacalah sampai habis, nanti cerita
Kalau aku beli buku itu nanti, mesti hujung 2008 baru sempat baca. Isk!
December 17th, 2007 at 3:03 pmtok,
paklah hilang tarbus. Kocek tolong jawab - fulous. lagi banyak lagi ba-gous. huhuhu
ntah bila la nak habiskan buku yang bersusun kat atas meja ni. alahai
December 17th, 2007 at 6:45 pmWak, aku faham… haha!
Khairyn, Paklah memang tak ada tarbus. Dia ada KJ. Agak-agaknya KJ jawab apa ya? Haha!
laa..ingat ko jando.. ekekek… napok supo jando etek pagi takdih…
December 18th, 2007 at 12:26 am