Bersih di jualan gudang Times
Sejak 10 November lalu, baru sekali aku ‘miss‘ memakai baju Bersih pada hari Sabtu. Itu pun sebab baju yang dibasuh tidak sempat kering. Kebetulan, setiap Sabtu kami ke hospital untuk prenatal check-up Ummu Adam. Agaknya, staf hospital itu dah cop aku mamat Bersih. Haha! Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan.
Sabtu lalu, kami Bersih di jualan gudang akhir tahun Times Bookstores.

Now on! Sehingga 1 Januari 2008. Masih ada masa kalau mahu ke sana.

Hanyut dalam dunia buku-buku.

Raga dah hampir penuh, yang ini nak ambil jugakah?
Adam pula buat apa? Selain berlari ke sana-sini, di celahan buku-buku dengan berkaki ayam (kasutnya tertinggal di rumah), dia juga asyik dengan bukunya.



Harganya memang sangat murah. Bersih dompet aku dibuatnya. Apa yang dibeli?

Dr. Guttmacher’s Pregnancy, Birth & Family Planning (RM15)
The Pilgrimage, Paulo Coelho (RM26)
Snow, Orhan Pamuk (RM10)
March, Geraldine Brooks (RM12)
The Great Fire, Shirley Hazzard (RM12)
The Electric Michelangelo, Sarah Hall (RM12)
The Reluctant Fundamentalist, Mohsin Hamid (RM12)
A Spectacle of Corruption, David Liss (RM12)
2 buku Teletubbies untuk Adam (RM 7)
Murah kan? Hmm… buku-buku di atas, ditambah dengan buku-buku dibawah yang belum pun disentuh, bermakna habis bersihlah bajet buku aku untuk tahun 2008 dan 2009. Entah bila hendak dibaca semuanya.

Jadi, kalau kalian tahu ada jualan buku murah-murah, tolong JANGAN beritahu aku. Boleh? Heh!
Entri-entri berkaitan:
- Jualan Gudang MPH
- Anwar vs Najib: Siapa bersih?
- Alya Wafiyah & Zahrah de Tigris
- Kecek-kecek Pesta Buku
- Barack Obama (3) dan Bersih 1011
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
haha…
December 25th, 2007 at 6:49 pmsuka gak tido dikelilingi buku-buku.. contohnya cam lam kutub khanah masa sekolah… ekekek… memang feel abis lah nak tido…
oit.. sambung cerita korban… orang buleh pegi semayang berjemaah, bagi derma, pegi tunaikan haji, bangun semayang malam… tapi… susah oo nak tinggalkan tengok tibi, boikot barang orang kapir yang menindas Islam…
December 25th, 2007 at 6:59 pmamar makruf orang buleh lagi… nahi mungkar tu yang susah…
wow.
December 25th, 2007 at 11:09 pmbanyaknya.
best best!
salam idul adha tok,
jelesnya tengok tok beli buku siap guna bakul lagi… huhu..
baru ni beli buku ahmadinejad terbitan pts kat bintang (dulu warta) dan buku seteguh tekad, autobiografi dr sidek baba kat syabab pkns..
selamat membaca tok..
December 26th, 2007 at 8:53 amwah borong buku.. mesti kat rumah dah buleh buat mini library.. best2..
December 26th, 2007 at 9:21 amsaya pun minat beli buku..cuma masa utk baca tu problem sikit..sibuk melayan anak2
December 26th, 2007 at 10:09 amsekarang ni dah kurang beli..banyak pinjam kat Perpustakaa Awam BBBangi..
Satu langkah ke perpustakaan..sejuta ilmu pengetahuan..duit pun dapat dijimatkan
Pakchik, kat universiti dulu, kalau tidur dalam kutub khanah, kena marah dengan mak guard. Haha!
Aku setuju pasal pengorbanan itu benda yang sukar…
Tyrex, ya… memang best habiskan duit. Haha!
Sis, buku Ahmadinejad itu apa tajuk dan siapa pengarangnya?
Achik, mini library tak ada, bilik gelap adalah.. heh!
Ustaz Adam, memang nak cari masa membaca sangat susah, dengan anak yang tengah nakal ni…
Kami pernah juga ke perpustakaan awam di Shah Alam, cuma… buku-bukunya tak banyak yang menepati citarasa.
Bukunya bertajuk Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam, menghimpunkan tulisan 4 orang penulis yang juga wartawan, Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim dan Alfian Hamzah. Ini buku terjemahan. Memang sangat laris. Masa beli hari tu, itu je satu-satunya yang tinggal..
December 26th, 2007 at 2:31 pmSalam mudin…
Terima kasih atas info..alahai hari-hari lalu boleh tak perasan lak…hihihi
Wah memang awak sah boleh dichop ulat buku…tahniah…
December 26th, 2007 at 5:26 pmdin.. aku ke suke nyibuk… ekekek… sini kalu nok beli buku hok aflah baco tuh…
kalu rasa nok beli duo wi kak ku so pun… oke jugok… ekekekke…
http://pts.com.my/index.php/buku/1824/
December 27th, 2007 at 1:51 amSaya sempat ke sana minggu lepas. Rasa macam nak pergi lagi, tapi samalah, buku yang dah beli pun tak habis baca lagi haha.
December 27th, 2007 at 9:01 amSis, terima kasih atas info.
dekerinchi, kamu kerja di situ ke? hari-harilah boleh singgah. haha!
Pakchik, Insya Allah
Rol, buku apa yang kamu jumpa?
aiseh…kawan ada jugak bagitau pasal times punya sale ni….pantang sungguh tengok buku2 nih…esp time sale lagi laaa….huhuhu…itu hari dah pergi kat jualan gudang payless….lagi giler offer dia….buku hard cover, 5 bijik RM30.00 jer….berpinau bijik mata….saya hangkut 15 bijik buku…tak sampai RM100.00 pun…..masyukkkk…
December 27th, 2007 at 11:23 amKak Alex, kan aku dah kata… jangan bagitau aku pasal jualan murah lagi.. hehheh!
wo, murahnye! erk, Deathly Hallows belum baca lagik..huhu! Saya jarang beli buku, kebanyakkannya saya pinjam dari perpustakaan, kita punya sistem..’one of the best in the region.’ Kalau untuk koleksi, baru saya akan beli.
December 27th, 2007 at 1:09 pmYang jumpa? Banyaaaaaaaaaaaaaaaakkk…
Yang dibawa balik sebagai rezeki:
iWoz, autobiografi Steve Wozniak bersama Gina Smith, salah seorang daripada dua orang Steve yang mengasaskan Apple (seorang lagi Steve Jobs). Wozniak selalu disebut sebagai “The Other Steve.”
One Hundred and One Day: A Baghdad Journal, Asne Seierstad. Daripada wartawan yang menulis The Bookseller of Kabul.
Disgrace, J. M. Coetzee. Ingin mencuba sesuatu daripada Afrika Selatan.
The 2 1/2 Pillars of Wisdom, Alexander McCall Smith. Daripada penulis The No.1 Ladies’ Detective Agency.
Strangers, Yamada Taichi. Kisah anak yang ‘dihantui’ bapanya sendiri (?!!!).
December 27th, 2007 at 8:29 pmWann, betulkah sistem kita antara terbaik? Macam tak percaya je.
Rol, banyak juga ‘rezeki’ kamu ya… Alhamdulillah. Menunggu reviu anda
alamerk, tok mudin, you’re lost…sistem kat tempat saya, ehem, jiran sebelah.
December 28th, 2007 at 12:26 pmhello!
I’m a big Paulo Coelho’s fan and I don’t know if you heard about his blog
http://www.paulocoelhoblog.com
I’ve started as a fan and now I’m collaborating with him and thought that you would like to enter his universe.
Check the blog.
if you want, or subscribe to his newsletter
http://www.warriorofthelight.com/engl/index.html
You’ll see a community of warriors of light sharing ideas, dreams and most importantly following their personal legend.
QUOTE OF THE DAY:
A Warrior of Light needs both patience and speed. ( Manual of the Warrior of Light)
Merry Christmas!
Aart
December 29th, 2007 at 6:56 pmInsya-Allah, akan diusahakan. Saya pun kena belajar jadi seperti wann, banyak cari buku di perpustakaan. Saya juga menanti reviu untuk The Great Fire khususnya. Lambat-lambat pun takpe, asal jangan lupa!
December 29th, 2007 at 6:56 pmOh ya, rasanya saya pergi ke jualan pada sama hari, tapi waktu lain.
December 29th, 2007 at 7:00 pmwann, i’m lost ke? haha…
aarthilal, thank you for the info.
Rol, Insya Allah