Tahun baru 2008, tema baru

Posted on December 30, 2007

Tidak sampai 48 jam lagi, kita semua akan melangkah ke tahun baru 2008. Bagi aku tidak ada apa-apa yang signifikan sangat dengan perubahan tahun itu. Hari-hari berlalu seperti biasa. Kami masih lagi menanti kelahiran anak kedua kami, nampaknya anak tahun barulah nanti, haha!

Sempena tahun baru yang bakal menjelma ini, seperti yang kalian boleh lihat, aku telah menukar tema blog ini. Walaupun bukan hijau seperti yang diminta oleh Adikyah. Aku perlukan pendapat kalian tentang tema ini. Adakah kalian suka atau tidak? Yang mana lebih baik, tema ini atau yang sebelum ini? Kalau kalian menemui apa-apa kepincangan dengan tema ini, sila maklumkan juga kepada aku. Terima kasih.

Akhir sekali, selamat tahun baru 2008 daripada kami sekeluarga; Abu Adam, Ummu Adam, Adam Naqiuddin & bayi yang bakal lahir.

Entri-entri berkaitan:

  1. Wordpress 2.6.2 dan mencari tema baru blog
  2. Tema blog/Dopodku/Cuti Raya
  3. Blog, tema, musang api dan statistik
  4. Mudin001.com berwajah baru!
  5. Hadiah tahun baru dari Samy

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

8 Responses

  1. el

    tukar ko? aku tengok srupo jah.. mace tukar dari bn gi ko keadile jah… ekekekek…

  2. bakaq a.k.a ~penarik beca http://penarikbeca.blogspot.com/

    Cemburunya tengok tampilan baru blog hang… Kemas! Senang mata memandang. Itulah yang aku nak buat pada blog aku, tak dapat-dapat!

    Aku dah buang kesemua iklan WidgetBucks kerana ramai sangat yang kata WidgetBucks adalah scam. Raja affiliate, Shoemoney , pun meragui WidgetBucks.

    Di Malaysia, kawan kita yang pakar affiliate, Che Jaafar Che Man (CJCM ) pun tak bubuh iklan WidgetBucks dalam kesemua blog dia. Kita belajarlah dari orang yang kita rasa reti…

    Sekali lagi, dengan penuh seluruh, aku cemburu tengok tampilan baru blog hang ni!

  3. kamal

    margin hilang kat firefox aku :-

    http://www.flickr.com/photos/k4ml/2149772049/


  4. Pakchik, hehe… ado doh hijau sikit kat atas tu… lagipun aku guna bulan, bukan dacing. Haha!

    Pak Bakaq, terima kasih. Kerana cemburu dan juga kerana info tentang WidgetBucks. :)

    Kamal, alors… kat Firefox aku nampak ok saja, ada saranan kenapa dan bagaimana nak betulkan?


  5. Selamat tahun baru tok mudim….

    Semoga tahun baru dipenuh keberkatan..dan rezeki yang melimpah ruah..untuk tuan dan keluarga…


  6. Dekerinchi, terima kasih. Semoga kamu juga sentiasa dalam keredhaan Allah.

    Amin.


  7. Askum Tok Mudin.

    Theme blog ni sedap mata memandang dan tak berserabut… tu je yg boleh saya katakan :) Tahniah…!!

    Tapi saya nak perbetulkan tentang kenyataan Sdr Bakaq kita tu… saya bukan lah pakar affiliate seperti yg di katakan oleh Sdr Bakaq… :) TQ


  8. cjcm, terima kasih atas kunjungan dan komen :)

2 Trackback(s)

  1. Dec 31, 2007 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Sibuk Melampau
  2. Feb 1, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Blog, tema, musang api dan statistik

Leave a Reply