- Disember, buku dan aku
-
The Known World oleh Edward P. Jones, kisah kehidupan hamba-hamba kulit hitam di Manchester County, Virginia lewat kurun ke-19. Gaya penceritaannya yang menarik, selalunya melucukan, menjadikan novel ini menarik untuk dibaca walaupun kisahnya tragis, menekan minda dan emosi aku. Orang kulit hitam tidak lebih dari barang dagangan, mungkin setaraf atau lebih hina dari kuda dan keldai diperlakukan oleh orang kulit putih.
Gadis Jakarta oleh Najib Kaelani, aku agak kecewa dengan buku ini. Subjeknya menarik, tentang pergolakan politik Indonesia pada pertengahan tahun 60-an. Perjuangan seorang gadis untuk mencari bapanya, seorang pemimpin Masyumi yang ‘hilang’ dalam kekacauan politik yang disebabkan oleh Partai berideologi komunis yang cuba menguasai Indonesia ketika itu. Malangnya, plotnya terlalu simplistik bagi aku. Penulis gagal menggambarkan suasana ‘kacau’ yang sebenar melainkan menceritakan keganasan Partai menangkap, mendera dan membunuh musuh-musuh politik mereka. Mungkin kerana ia ditulis oleh seorang penulis Mesir yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke Indonesia sekali pun.
From Beirut to Jerusalem oleh Thomas Friedman adalah sebuah lagi buku yang agak mendera minda dan emosi aku. Buku ini adalah coretan pengalaman penulis sebagai jurnalis yang pernah bertugas di Beirut dan Jerusalem pada lewat tahun 70-an hingga pertengahan 80-an. Mengikuti pengalaman-pengalaman beliau adalah menarik dan membuka minda. Tetapi membaca tentang pertelingkahan Palestin-Israel yang tak sudah-sudah, tidak semudah membaca novel fiksyen. Dan ia tidak dibantu dengan fakta bahawa penulis adalah seorang Yahudi. Walau sebaik mana pun penulis cuba untuk rasional dan objektif, aku tidak dapat menghindarkan persepsi bahawa penulis, kalau tidak banyak pasti sedikit tidak akan berlaku adil terhadap rakyat Palestin khususnya dan Islam amnya dalam tulisannya itu. Buku dengan tajuk yang sama ditulis oleh Dr. Ang Swee Chai akan menjadi keutamaanku apabila berkunjung ke kedai buku nanti.Bagaimana dengan kalian? Buku apa yang kalian baca di akhir 2007? Berapa buah bukukah yang kalian baca tahun lalu?

Popularity: 16% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Beberapa pautan tentang buku
- Buku: 29 untuk 2009
- Tak sempat nak ke pesta buku…
- Buku baru dari The Book Depository!
- Beberapa pautan tentang buku (2)
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 9 Category: Buku



Aku cuma sempat habiskan Ketika Cinta Bertasbih 1 – Habiburrahman masa cuti raya. Agak mengecewakan sikit buku ni. Jalan cerita ok tapi mcm ‘rush’ nak siapkan. Banyak part yg boleh dikembangkan lagi tapi penulis ambil pendekatan ‘ekspres’. Kualiti printing pun teruk, susah nak baca.
The Unmaking of Malaysia pun tidak begitu mengujakan. Tak sempat nak habiskan lagi. Penulis banyak cerita zaman dia kecik2 (yg bagi aku zaman kanak-kanak aku lebih menarik, hehe) membuatkan aku hilang minat nak teruskan pembacaan. Maksud aku, intro dia je dah separuh buku dan aku masih belum dapat masuk ke isi sebenar lagi.
Salam,
Pesta Buku Antarabangsa bila ek? Tahun lepas bulan lima. Hehehe!
Salam tok,
Masih merangkak-rangkak membaca buku tentang ahmadinejad tu. Mungkin sebab gaya penceritaannya agak kurang menarik (pendapat saya la). Tapi buku ini antara yang terlaris di MPH.
Teruskan membaca dan membuat ulasan..
Friedman adalah salah seorang penulis yang saya kurang gemar. Bukan sebab keturunan atau agamanya. Pernah baca apa-apa oleh Norman Finkelstein?
Sedang mengamati Mavericks at Work, sebuah buku tentang keusahawanan yang luar kelaziman (business, not as usual), juga dengan merangkak-rangkak sebab banyak fakta dan cerita yang ingin dikaji.
Kamal, nasib baik aku belum beli buku The Unmaking of Malaysia tu… aku tunggu reviu kamu sajalah.
Wak Pinter, kenapa dengan Pesta Buku? Nak ajak aku pergi ke?
Sis, merangkak tak apa, jangan sampai tertiarap. Kalau dah nak tertiarap tu… tukarlah buku lain.
Rol, saya tak pernah membaca Norman Finkelstein. Apa tajuk bukunya?
aloh lah… penat aku komeng.. dok ingat kato baru pomat hakdih… takdok tulih imel ngan nama… tu hok jadi hile habih hok komeng saknih… malah doh la…
hehheh Pokchik, taiplah semula… jange malah-malah!
Dua buku Finkelstein yang terbaru ialah The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering dan Beyond Chutzpah: On the Misuse of Anti-Semitism and the Abuse of History.
Beliau merupakan pengkritik ketidakadilan dalam perbincangan konflik Israel-Palestin, antara lain. Saya nak tahu pandangan sesiapa yang pernah membaca tulisan beliau.