2007, buku dan aku

Posted on January 4, 2008

books.jpg

Seingat aku, seumur hidup aku tidak pernah ada azam tahun baru. Dan aku tak mahu memulakannya tahun ini. Namun, pada awal 2007 lalu, aku ada meletakkan sasaran untuk membaca sekurang-kurangnya dua buah buku sebulan. Dan Alhamdulillah, tiga buku terakhir yang aku baca pada bulan lalu melengkapkan jumlah 35 buah buku yang berjaya aku habiskan sepanjang tahun lalu. Bermakna aku membaca secara purata 2.9 buah buku sebulan. 45% melebihi sasaran. Tahniah untuk diri aku, hehheh! (Kalau KPI kerja, dah dapat bonus 3 bulan ni… :D)

Baiklah, mendapat inspirasi daripada blog Jiwa Rasa, maka aku senaraikan buku-buku yang selesai aku baca tahun lalu bersama pautan ke ulasan yang telah kubuat (jika ada).

Bahasa Melayu

1. Harun Aminurrashid Pembangkit Semangat Kebangsaan, Abdullah Hussein
2. Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad
3. Hujan Pagi, A Samad Said
4. Hadharah Islamiah bukan Islam Hadhari, TG Abdul Hadi Awang
5. Kembara Seorang Reformis, Rashid Redha
6. PAS Dalam Arus Perjuangan Kemerdekaan, Panel Pengkaji Sejarah Pusat Penyelidikan PAS
7. Dari Salina ke Langit Petang, A Samad Said
8.Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman El-Shirazy
9. Atas Nama Cinta, Isa Kamari
10. Cinta Fansuri, A Samad Said
11. Warisan Pemikiran Islam menurut Syarak dan Rasional, Muhammad al-Ghazali
12. Bila Tuhan Berbicara, Faisal Tehrani
13. Permata dari Pulau Mutiara, Mujahid Hj Yusof Rawa
14. Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden, Riduan Mohammad Nor
15. Memeluk Gerhana, Isa Kamari
16. Di Bawah Lindungan Kaabah, Hamka
17. Pudarnya Pesona Cleopatra, Habiburrahman El-Shirazy
18. Gadis Jakarta, Najib Kaelani

Bahasa Inggeris

1. Freakonomics, Steven D. Levitt and Stephen J. Dubner
2. Toxic Bachelors, Danielle Steele
3. 1421: The Year China Discovered the World, Gavin Menzies
4. The Innocent Man, John Grisham
5. Jackdaws, Ken Follet
6. To kill a Mockingbird, Harper Lee
7. The Historian, Elizabeth Kostova
8. No God But God, Reza Aslan
9. The Great Theft: Wrestling Islam from the Extremists, Khaled M. Abou El Fadl
10. The Villa, Nora Roberts
11. The Alchemist, Paulo Coelho
12. The Blue Nowhere, Jeffery Deaver
13. The Glass Palace, Amitav Ghosh
14. Entering Normal, Anne Leclaire
15. The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time, Ooi Kee Beng
16. The Known World, Edward P. Jones
17. From Beirut to Jerusalem, Thomas Friedman

2008 bagaimana? Tiada sasaran khusus melainkan mengharapkan yang lebih baik, bukan sahaja dari segi pembacaan, malah setiap cabang penghidupan. Insya Allah.

Kalian bagaimana?

Entri-entri berkaitan:

  1. Buku vs e-buku: Bakal tamatkah riwayat hidup buku tradisional?
  2. Oktober, buku dan aku
  3. September, buku dan aku
  4. April dan apa yang aku baca
  5. Kecek-kecek Pesta Buku

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

4 Responses

  1. el

    aku… tok banyok mano hok baco tahung nih.. hok nipih-nipih jah pung….

    tapi.. kalu masuk skali komek, majalah… banyok lah pado pat plimo tuh… ekekekek… hehehe…


  2. Tahniah!

    35 buku setahun, bermakna 2.9166666666666 buku sebulan. Kira cemerlanglah kalau nak dibandingkan dengan aku.


  3. Salam,

    Tahniah kerana mencapai sasaran. Mungkin tahun ini boleh ditingkatkan. :)

    Tahniah juga kerana sdr membaca buku-buku yang bagus.


  4. Tahniah!

1 Trackback(s)

  1. May 22, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 : Jawapan Teka Buku dan Pemenangnya

Leave a Reply