Sudah menjadi kebiasaan, setelah membayar barang-barang keperluan yang dibeli di Tesco, aku akan singgah menjamu mata di kedai majalah. Aku jarang membeli majalah, kerana tak banyak majalah yang aku baca. Hanya Milenia Muslim yang aku belum miss sejak dari Jun tahun lalu. Kadang-kadang aku rembat juga Majalah I. Sedang mata aku melilau melihat majalah-majalah terbaru, aku terpandang sebuah buku dikalangan buku-buku yang biasanya aku tak berminat langsung untuk melihat, menyentuh apatah lagi membelinya.
Aku teringat penulisnya, seorang blogger pernah menyarankan aku membelinya untuk Ummu Adam. Aku belek-belek buku itu. Ok juga ni, hati aku berkata-kata. Buat hadiah untuk Ummu Adam, bolehlah dia membacanya semasa cuti berpantang di kampung. Inilah Alya Wafiyah* sedang bergambar dengan buku yang dimaksudkan.
Nanti Ummu Adam dah habis baca, kita minta dia ulaslah di blog ini. Makcik Khairyn, Alya tolong promote ni, nanti nak hadiah besar-besar ya? Hehheh!
* Alya Wafiyah binti Mohd Najmuddin. Itulah nama yang telah kami sepakati untuk diberikan kepada anak perempuan kami ini. Sejak mengetahui Ummu Adam mengandung lagi, itulah nama yang kami cadangkan jika mendapat anak perempuan. Namun, kami mula mencari nama lain, apabila mengetahui sahabat kami, Zarp & Sha telah menamakan anak mereka Alia Shafia. Pusing punya pusing, akhirnya hari ini, kami buat keputusan untuk mengekalkan nama itu.
** Kami akan balik ke Kelantan Khamis ini. Salam Maal Hijrah untuk semua. Jika ada ruang dan luang, aku akan mengemaskini blog ini dari sana. Jika tidak, jumpa minggu depan. Insya Allah ketemu lagi. Wassalam.
Popularity: 18% [?]
Related Articles:
- Kami kini ibubapa anak dua, Adam kini abang long
- Ummu Adam selamat bersalin
- 2007, buku dan aku
- Disember, buku dan aku
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Tiada siapa pun menafikan jasa TG Hj Hadi!
- Ya Allah, panjangkanlah umur TG Nik Aziz!
- Siapa jumpa Pak Lah, angkat tangan!
- Daulat Tuanku!
- Debat minyak: 24 jam kemudian...
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (59)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)
















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
salam tok mudin,
oooh, sejuk hati tengok gambar Alya, syurga!