Alya Wafiyah & Zahrah de Tigris

Posted on January 9, 2008

Sudah menjadi kebiasaan, setelah membayar barang-barang keperluan yang dibeli di Tesco, aku akan singgah menjamu mata di kedai majalah. Aku jarang membeli majalah, kerana tak banyak majalah yang aku baca. Hanya Milenia Muslim yang aku belum miss sejak dari Jun tahun lalu. Kadang-kadang aku rembat juga Majalah I. Sedang mata aku melilau melihat majalah-majalah terbaru, aku terpandang sebuah buku dikalangan buku-buku yang biasanya aku tak berminat langsung untuk melihat, menyentuh apatah lagi membelinya.

Aku teringat penulisnya, seorang blogger pernah menyarankan aku membelinya untuk Ummu Adam. Aku belek-belek buku itu. Ok juga ni, hati aku berkata-kata. Buat hadiah untuk Ummu Adam, bolehlah dia membacanya semasa cuti berpantang di kampung. Inilah Alya Wafiyah* sedang bergambar dengan buku yang dimaksudkan.

image_2.jpg

Nanti Ummu Adam dah habis baca, kita minta dia ulaslah di blog ini. Makcik Khairyn, Alya tolong promote ni, nanti nak hadiah besar-besar ya? Hehheh!

* Alya Wafiyah binti Mohd Najmuddin. Itulah nama yang telah kami sepakati untuk diberikan kepada anak perempuan kami ini. Sejak mengetahui Ummu Adam mengandung lagi, itulah nama yang kami cadangkan jika mendapat anak perempuan. Namun, kami mula mencari nama lain, apabila mengetahui sahabat kami, Zarp & Sha telah menamakan anak mereka Alia Shafia. Pusing punya pusing, akhirnya hari ini, kami buat keputusan untuk mengekalkan nama itu. :)

** Kami akan balik ke Kelantan Khamis ini. Salam Maal Hijrah untuk semua. Jika ada ruang dan luang, aku akan mengemaskini blog ini dari sana. Jika tidak, jumpa minggu depan. Insya Allah ketemu lagi. Wassalam.

Entri-entri berkaitan:

  1. 27 untuk Ummu Adam, 3 untuk Alya
  2. Mac: Blog, Adam & Alya
  3. Kecek-kecek tentang Adam & Alya
  4. Adam, Alya dan Buku
  5. Jualan Gudang MPH

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

10 Responses

  1. acciaccatura

    salam tok mudin,
    oooh, sejuk hati tengok gambar Alya, syurga!

  2. el

    oo.. ko beli buku khair tu ya… :)

    selamat tahun baru din…
    molek bowok kheto tuh… [err.. kelik nga keto ko?]


  3. Salam tok,

    Anak kawan pun nama sama tapi ejaan lain, aliyya. Ramai berkenan nama ala2 gitu sekarang ni kot. :)


  4. Alya Wafiyah - sedap nama itu.

    Yang di pipinya itu tanda apa ek? Tahi lalat atau birth mark?


  5. Salam saudara tokmudim,

    salam maal hijrah…semoga anda sekeluarga dirahmati Allah s.w.t.


  6. sedapnya nama. secomel tuan empunya nama.
    moga2 menjadi insan yang baik lagi mulia. Amin.


  7. wah wah wah Tok, cantik sungguh nama Alya Wafiyah tu.

    Alya Wafiyah nak hadiah ye? Nanti makcik pos dari UK. Tapi bila tu tak taula kan sebab makcik ni bizi bee gitu. Suka menabur janji2 pelsu plak tu. Ntah bila la dapat bayar hutang janji ni. Tapi makcik sangat berpegang teguh pada kata-kata ‘Biar lambat asal selamat’ hahahaha

    Alya Wafiyah mintak ayah, abah, pak, papa, papi, babah, walid, daddy emel alamat ye. nanti makcik carikan hadiah yang seswai untuk Alya Wafiyah ye


  8. accia, :)

    Pakchik, balik ngan keta la… petang semalam sampai.

    sis, haha.. kebetulan :)

    Wak, birth mark la tu…

    dekerinchi, terima kasih. Selamat juga untuk kamu.

    Tyrex, amin :)

    Makcik Khairyn, baba Alya kata, lagi lambat lagi besar! Hahaha!


  9. salam maal hijrah semoga hari ini lebih baik dr semalam. Congrats on d new arrival..moga menjadi anak solehah


  10. Terima kasih arsaili :)

Leave a Reply