The Pursuit of Happyness

Posted on January 22, 2008

200px-Poster-pursuithappyness.jpg

Oleh kerana kebosanan yang melampau, bersendirian di rumah, hujung minggu lalu aku melakukan sesuatu yang sudah lebih setahun tidak aku lakukan. Aku membeli beberapa keping DVD cetak rompak.. haha!

Salah satu movie yang dibeli ialah The Pursuit of Happyness lakonan Will Smith. Wow! Cerita ini sangat memuaskan hati, sangat ‘inspiring‘ kata orang puteh. Aku pasti dah ramai yang menonton filem ini, jadi aku tak mahu mengulas panjang. Cuma, untuk mereka yang belum menonton filem ini, kalau kalian perlukan sesuatu untuk memotivasikan diri, perlukan inspirasi, hidup bergelumang dengan masalah, mudah putus asa, filem ini adalah mesti tonton!225px-Chrisgardner.jpg

Ia adalah kisah benar tentang bagaimana Chris Gardner berjaya mengeluarkan dirinya dari kesempitan hidup. Tiada pendapatan tetap, perlu menyara anak, hidup merempat… akhirnya sekarang menjadi jutawan. Babak yang paling mengusik jiwa aku adalah ketika Chris dan anaknya terpaksa tidur di dalam tandas di stesen LRT (aku tak tahu apa orang Amerika panggil benda tu).

Ini kali pertama aku bercerita tentang filem di blog ini, kerana aku memang tidak banyak menonton movie. Dan itu juga bermakna aku sangat sukakan filem ini. Tontonlah kalau belum. Filem ini kini adalah antara filem favourite aku selain The Shawshank Redemption dan Gladiator.

No related posts.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

10 Responses

  1. el

    ripot ko keipidieneshiipi mung beli dibidi cetok ropok… ekekeke…

    suko shoshenk, dok suko glediyete, suko V for vendetta, suko gokfade, suko ketch mi if yu ken…


  2. jom pochik, kita gi ripot!


  3. HaHaHaK … Tok adalah antara jutaan penuntun cd/dvd cetak rompak. Larat ke keipidieneshiipi tangkap ramai2 tuh..?
    Last tonton dvd cetak rompak adalah citer sepanbob hak hak hak …

    Er.. sape pangge aku abe tuh? Muahahaha!!


  4. Kau beli di mana DVD tu? Terang tak gambarnya. Hahaha!


  5. Dah tgk gak cite ni, mmg inspired and syahdi (nangis gak masa tgk cite tu), sbb tak tahan melihat kebenaran pengorbanan seorang bapa. And rasanya nak cari balik la CD ni, nak balik afiq ngan alif tgk bile diorang dah faham nanti


  6. Cerita tu jadi penguat semangat aku

    ish.. bila la nak kaya ni??


  7. Pakchik, aku suka juga Godfather dengan Tangkap Aku Kalau Boleh tu, tapi tak pernah nonton V untuk Vendetta lagi.

    Tyrex, pergilah.

    DeeN, abe? haha!

    Wak, gambarnya terang. Tapi tak boleh beritahu beli kat mana, nanti kena serbu… haha!

    cord, ya betul. Tak boleh aku bayangkan kalau aku di tempat Chris… hrmm…

    Khairyn, jual buku tak kaya ke? haha!

  8. Zahid

    din,
    pinjam bleh?
    gladiator, ye mengingatkan aku dvd aku yg dah lama tak nampak..
    hilang dah gamaknya..


  9. Pok Aid, boleh! Bila nak datang ke rumah? Meh la jalan… aku pun membujang je sampai cuti Tahun Baru Cina ni.. hehheh!

  10. Zahid

    ingat nak balik ipoh.. tp, hujung bulan ni nak blk lagi.. ade event lain.. mungkin jugak tak jadi.. tp, kalau xdpt jumpe adam ngan aliya, tak brp best kot.. tunggu laa aliya blk sni..

Leave a Reply