- PMN oh PMN!
-
Bila berita penubuhan PMN mula hebah awal bulan baru-baru, aku hanya mengambil sikap tunggu dan lihat, walaupun sedikit terpinga-pinga. Apakah agaknya gerangan buah silat yang akan dibawa mereka ini? Walaupun ada suara-suara yang menyuruh untuk berlapang dada dengan mereka ini kerana dikatakan ia adalah dibawah perencanaan GAMIS yang mendapat ‘restu’ dari parti politik tertentu, aku lebih cenderung untuk bersetuju dengan pandangan Adihamka di blog beliau.
Berpolitik mesti realistik, saya tidak fikir ada mana-mana parti politik yang ditubuhkan hanya untuk menjadi pembangkang. Baik Umno, PAS, KeADILan, hatta DAP sendiri bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi ini akan dibatasi beberapa perkara, termasuklah ruang untuk mereka manfaatkan, sumber yang kuat untuk membantu mereka terus menang dalam pilihanraya.
Pada saya, dengan hanya bersandarkan idealisme semata-mata sukar untuk memenangi rakyat. Maka di sini, wujudlah pakatan agar kekuatan masing-masing berpusat dan kekuatannya mencapah kepada masyarakat. Hatta Parti Rakyat Malaysia (PRM) sendiri pun [kalangan mereka adalah yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan KeADILan beberapa tahun dahulu] masih mengharapkan ihsan KeADILan dan PAS untuk memberi laluan kepada calon PRM agar bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang. Yang penting protes kepada Umno-BN harus diterjemah dalam konsep 1 lawan 1 supaya manifestasi perjuangan hak rakyat diterjemah dan dihadham rakyat dengan jelas dan teratur.
Dan aku lebih tidak bersetuju apabila membaca dari blog jiwokelate yang mengatakan PMN akan meletakkan calon menentang Mustapha Mohamad @ Tok Pa di Jeli.
Nih oghe Jeli nok ghoyak nih… gih main jauh-jauh la awe… jange dok nyibuk sini! Realistikkah PMN bertanding di Ulu Kelate itu? Apa matlamatnya? Menewaskan Tok Pa? Jangan mimpi.
- Dalam perlawanan satu lawan satu antara BN-PAS pun belum tentu lagi calon PAS akan berjaya menewaskan Tok Pa. Jika PMN mahu sama berpencak silat di gelanggang Jeli, siapa akan mengundi mereka? Jeli, untuk makluman yang belum tahu… adalah pedalaman negeri Kelantan. Walaupun tidaklah ulu sangat, aku yakin masih ramai rakyat Kelantan sendiri pun belum sampai ke Jeli. Malah semasa bersekolah di Sains Machang pada 1994-1998 dulu, aku dikatakan menunggang harimau dan menaiki buaya untuk ke sekolah. Maksudnya disini, berapa ramailah agaknya orang di Jeli tahu apa itu PMN? Internet pun berapa peratus sahaja penggunanya di sana. Bagaimanalah agaknya PMN mahu meraih undi?
- Jika benar para mahasiswa mahu Dato Pa kalah, pada pendapat aku, lebih baik kiranya tenaga dan masa itu digunakan untuk membantu memenangkan calon PAS yang lebih realistik untuk menang. Jangan dikacau bilaukan keadaan dan kemudiannya memberi kesan buruk kepada PAS. Woit… demo tahu dok PAS lo ni majoriti satu kerusi jah kat DUN Kelate?
- Katakanlah PAS tak bertanding (walaupun mustahil). PMN lawan BN. Aku rasa ramai orang PAS akan undi Tok Pa. Hahaha! Siapa nak mahasiswa jadi wakil mereka? Siapa nak bela nasib mereka? Siapa nak bagi duit beli ubat bila anak mereka demam? Siapa nak bagi baja, racun dll? Wakil rakyat mereka buat apa? Perjuangkan AUKU dan PTPTN saja? Well, aku yang berhutang RM60,000 dengan PTPTN (belum dikira bunganya) ni pun tak akan undi mereka!
Itulah pandangan dua sen aku. Wallahua’lam.
p/s: Blog ini akan bercuti hingga Isnin depan. Aku nak balik Kelate, habiskan masa sepenuhnya bersama Ummu Adam, Adam dan Alya. Tak sabar nak jumpa mereka. Flight aku tiba di Kelantan jam 1435 nanti. Pakchik nak tolong jemput aku di airport ke? Haha!

Popularity: 30% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Alahai Tok Pa…
- Selamatlah meratah kebencian, dan hilangkanlah haus dengan darah
- Kecek-kecek ringkas seputar PAS
- Kecek-kecek Bagan Pinang (2)
- Lepas pecah perut, Bang Na-jib jadi batu?
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 15 Category: Isu Semasa, Politik




Aku masih kabur, apa niat sebenar penubuhan PMN itu sebenarnya. Hala tujunya dan ke mana ingin dibawa PMN itu nanti. Atau ada maksud tersirat di sebaliknya yang kita tak tahu. Betul kata kau, ada lebih baiknya tenaga dan masa mereka digunakan untuk membantu PAS misalnya, lebih realistik.
Ah! Betullah! Politik memang buta dan boleh membutakan manusia.
testing testing
oh boleh
ermm.. tubuh partai lagi..
alahai.. yang ada sekarang ni pun tak terjaga lagi mahu pecah2 undi..
alamat lah..
salam tok,
budok-budok takdok khijo la tuh.. nok nyibuk tempat org pulok.. ish ish…
“Well, aku yang berhutang RM60,000 dengan PTPTN (belum dikira bunganya) ni pun tak akan undi mereka!” <— HaHa, aku pon tak bayo abih lagi. Tp akunyer utang bawah sket la dr hang, ToK. =b
MalasLah aku dok pikio2 pasal PMN tuh. Aku pun masih kabur2 ttg kewujudan bende alah tuh. Hapeee la yg diorang nak sebeno eh.. pungggggaaahhh!!
sahabat,
terima kasih memberi pautan pada blog saya.
saya setuju bahawa mahasiswa perlu kembali progresif.
tetapi tindakan mereka ini tindakan bodoh yang tidak ada apa-apa signifikan kepada landskap poltik negara.
kalau setakat fokus Kepala Batas, Pekan dan Jeli, saya fikir buang masa.
salam,
takyoh layan sangat. rasanya duit diorang pun jap lagi abih wat bayar poster ngan sakla…betul jgak kata adihamka, ingatke lagi cerdik!
“Malah semasa bersekolah di Sains Machang pada 1994-1998 dulu, aku dikatakan menunggang harimau dan menaiki buaya untuk ke sekolah”
huhu sah mesti tok mudin org kedua di Jeli yang pakai dopod (selepas Tok Pa (kalau dia pakai lah)
personal comment: PAS susah nak menang parlimen Jeli & DUn Ayer Lanas. Dun lain dalam parlimen tu tak tahulah.Kalau letak Pengerusi Perhubungan BN sekarang baru ada can sket kut PAS nak menang tapi tu pun katanya nak kena gugur utk bagi peluang pada anak raja gua musang
Eeekk….malunyerrr….I just notice my blog feeds. Thanks a lot!
bila ahli politik bergaduh, saya duk atas pagar. tak suka tersepit tengah2.
tirek duk atah pagar.. hehehe… mu jadi hamtidamti ke mek… ekekekek… jage jangang jatuh deh.. sakit ooo… ekekekeke….
aloh lah.. pati aku dok tubuh lagi nih.. eheheh… ni budok-budok hok nok cari pitih jah… mulo-mulo masuk tanding lawe amnu, pah tu.. wak kuca sikit, mana tau oghe ajok masuk amnu, olor pitih sebekah duo… dok pung.. meme budok-budok tajo’e kheiri lah… sebabnya, kalu nok ikut, payoh jugok nok daftar parti politik nih…
din, pah tu.. sungguh ko mung naik rima nga boyo gi skoloh? ekekke.. oghe lo ni, naik kancil nga keliso hok banyok.. ekekek…
laa.. dok prase ado bodingpah tuh… kalu mu sapa pagi marring, meme aku ado di epok… atar adik aku…
No komen pasal PMN. Apapun lepas ni jumpalah kamu dengan isteri kamu ya….
aku nak kekal sceptical. Ada agenda disebaliknya atau mereka (PMN) dungu