• Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme
  • image_2.jpg

    Islam & Pluralisme adalah buku pertama yang aku baca pada tahun 2008. Disusun oleh Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan Khairul Anam Che Mentri, buku ini memuatkan tulisan-tulisan yang menyentuh persoalan agama Islam dan pluralisme yang ditulis antara lain oleh Nurcholis Majid, Asghar Ali Engineer, Reza Shah Kazemi dan John Hick.

    Buku ini diterbitkan oleh Middle-Eastern Graduates Centre dan sudah pasti kalian boleh mengagak bahawa tulisan-tulisannya adalah condong kearah konsep pluralisme agama. Walaupun aku sebagai pembaca tidak semestinya bersetuju dengan apa yang ditulis, tapi aku tetap merasa terkilan dengan kerakusan KDN mengharamkan buku ini bersama 10 buku lain berkaitan Islam (sila baca 11 More Books on Islam Banned).

    Padaku, tidak salah malah wajar bagi setiap orang Islam yang mahu belajar, berfikir dan berdakwah untuk memahami apa yang dikatakan dengan pluralisme, mengapa ramai ulama menentang idea ini, dan apa pula hujah mereka yang pro pluralisme misalnya. Malah tidak salah rasanya untuk kita menerima saranan mereka dalam konteks untuk cuba memahami permasalahan antara agama, berlapang dada sesama manusia. Ya… memahami barulah difahami, bukan?

    Kalau iya pun pluralisme itu sesat… disinilah perlunya peranan ulama. Balaslah hujah dengan hujah. Ambillah contoh daripada tradisi ulama silam, misalnya Al-Ghazali yang menulis buku Tahafut al-Falasifah kemudiannya dijawab oleh Ibnu Rusyd dengan buku Tahafut al-Tahafut.

    Aku sendiri, selain buku Islam dan Pluralisme ini, memiliki satu lagi buku membincangkan soal Islam liberal dan pluralisme iaitu Pemikiran Islam Liberal oleh Dr Ugi Suharto dari Universiti Islam Antarabangsa. Nah… berapa ramai ulama Malaysia yang menulis buku untuk mengupas persoalan ini? Menggunakan kuasa untuk mengharamkan buku-buku tidak akan menyelesaikan masalah (kalaulah masalah sebenarnya ada).

    Katakan tidak kepada penguasa rakus!

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 49% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Kecek-kecek UMNO parti Islam
    2. Kecek-kecek soal mati
    3. Beberapa pautan tentang buku
    4. Bacaan September
    5. Buku baru dari The Book Depository!

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 22 Category: Buku, Islam
  • Tags: , ,

22 Responses

  • Entah! Aku pun tak faham cara mereka berfikir. Tak kan lah bodoh sangat minda pembaca? Menerima sahaja yang pembaca baca?

    Bebal!

    Buku2 lucah, majalah picisan tak bermoral yang melambak secara terang-terangan itu yang sepatutnya diharamkan dahulu!

  • Itulah satu masalah budaya ilmu di Malaysia. Kebebasan untuk berfikir tidak ada. Saya setuju dengan hujah mengenai peranan ulama’ untuk mengeluarkan buku-buku membalas balik penulisan-penulisan yang kononnya ‘mengelirukan’ pembaca.

    Soalan saya lagi, agaknya berapa juta orang di Malaysia yang baca buku Islam & Pluralisme ni, sampai ianya berada di tahap mengelirukan?

    Setuju dengan JP, majalah2 picisan di kedai2 mamak yang dedah kisah nasi kangkang, seks luar tabie tak pernah pula dilihat berbahaya!

  • Ahahahah, saya ada seludup satu buku dari Singapire ke Malaysia… Tapi, entah mana hilang. Ekceli bukan seludup, beli kat sana, pastu sampai sini, org kata bulu ni takleh dijual di Malaysia… Ahjahhah

  • Teringat kata-kata allahyarham Ahmed Deedat dalam satu ucapan/syarahan dalam comperative religion. Masalah ramai orang Islam adalah penguasaan bahasa terutama bahasa Inggeris. Itu sebab tidak pandai hendak menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan oleh sesetengah pihak.

    Dalam kes KDN pula, mereka sebenarnya MALAS dan nak kerja senang. Asal ada yang agak2 (bakal) kontroversi sikit terus banned.

    btw, kalau mahu buku dan tak ada di mesia, boleh aje aku tolong orderkan dari amazon.

  • JP, Adihamka… barangkali… yang jenis kangkang-kangkang itu selarilah dengan Islam versi Hadhari, tak gitu?

    Azhar, buku apa tu?

    Khairyn, wah… itu satu tawaran yang baik. Nak belanja ke? Hahaha!

  • sis_aflah says:

    salam tok,

    kadang-kala saya terfikir begini, dengan banyaknya buku-buku yang diharamkan itu, tidakkah akan menampakkan seolah-olah kita orang Islam ini bersikap tertutup mindanya.. sikit-sikit haram.. seolah-olah tiada penyelesaian lain..

    sudahlah majalah-majalah yang entah apa-apa tu makin banyak, majalah ilmiah pula makin berkurang dan dihentikan penerbitannya..

    setuju tok, mari kita sama-sama tumbangkan penguasa rakus!!

  • Sis, setuju! Pasal majalah pun satu hal… sukar sangat nak dapat majalah yang berkualiti… yang ada, kangkang situ buka sini! Hadhari sungguh!

  • tok mudin..
    mungkin selari la kot. tak bertamadun la tanpa kangkangan dan dedah sana-sini kan?

    betul cakap sis_falah, majalah ilmiah mmg dah jarang ada di pasaran..

    p/s: teringat sedihnya saya bila dapat tau Majalah Minda keluaran Karangkraf dimatikan atas alasan ‘kurang sambutan’.

  • akirasuri says:

    Ada satu majalah..
    tajuknya apa ek.. MASA kot..
    bagi saya majalah yang sangat berkualiti..
    tapi malangnya sudah diharamkan..
    Haih!

  • ada dua akirasuri, MASA atau MASSA.
    MASSA terbitan Utusan, dimatikan pada tahun 2004 (kalau tak silap) kerana tidak mendapat sambutan menggalakkan [konsep majalah ini hanyalah kompilasi berita-berita Utusan Malaysia untuk seminggu]

    MASA pula terbitan sasterawan Sutung Umar RS, bertahan beberapa keluaran sahaja. Konsep dan kandungan baik, tetapi kualiti printing sedikit mengecewakan.

  • Sekarang majalah apa yang kalian baca? Aku… Milenia Muslim tetap. Forward, Majalah I kadang-kadang.

  • akirasuri says:

    Adi,
    Majalah MASA.
    Itupun saya pinjam koleksi seorang pensyarah saya masa belajar dulu.
    Isinya bagus.

    Massa juga bagus.
    Pernah jadi pelanggan tetap.
    Tapi alahai dah tak ada sekarang ni.
    Agak sukar mahu cari majalah-majalah berisi sekarang ni.

    Tok,
    Sekarang saya baca Reader Digest jek.
    Kadang-kadang Business Week.

  • Majalah I majalah wajib kawe tiap2 bulan.

    Dewan masyarakat pun kualitinya masih ada walaupun DBP dituduh mandul.. haha!

  • Kawe beli juga dewan masyarakat yang terbaru. Baru beli pagi tadi. Belum belek-belek lagi pun. :)

  • Salam, saya sedang mengumpul bahan-bahan di Internet tentang isu pengharaman buku, khususnya yang terkini “Islam & Pluralisme”.

    Jika ada catatan blog, surat pembaca, artikel atau ulasan tentang isu ini, sila nyatakan di blog saya.

    Kami juga, yang bergabung bersama Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT), mengharapkan sokongan anda dengan cara MENULIS SURAT kepada laman-laman web media, misalnya Malaysiakini.com tentang isu ini.

    Terima kasih. Salam. faomar@yahoo.com

  • Orang melayu diajar untuk percaya media perdana bulat2, jadi mereka jarang berfikir untuk mempercayai perkara yang dibaca atau tidak.

    itu salah satu punca orang melayu jadi sedikit lemah berfikir sehingga perlu ada pihak nak tolong tapiskan.

  • sender says:

    Book ban: The two faces of Islam Hadhari
    By: Ismail Che Yahaya (Malaysiakini.com, Feb 11, 2008)

    On Jan 29, the Malaysian government banned 11 books, one of them The Two Faces of Islam: Saudi Fundamentalism and Its Role in Terrorism authored by Stephen Schwartz, a Muslim convert.

    Schwartz suggested that ‘Saudi-Wahhabi agents’ in Malaysia had become alarmed by the publication of the book in Bahasa Indonesia, Dua Wajah Islam.

    In a protest statement against the Malaysian ban, Schwartz commented: ‘It’s contemptible and, frankly, reveals the backward-looking attitudes of authorities in Malaysia, a country which prides itself on its alleged modernisation as an economic tiger.

    ‘In reality, books cannot be banned today. They are smuggled, pirated – especially in Southeast Asia – downloaded, and, in the case of my book, can easily be imported from Indonesia and read by Malaysians who do not know English’.

    Regardless of Schwartz’s wild guess, book banning in Malaysia of late has gone beyond ‘Saudi- Wahhabi agents’.

    Before The Two Faces of Islam, the Internal Security Ministry banned four titles on religious fundamentalism over two years.

    They are: Islamic Fundamentalism since 1945 (banned 07 June 2007), Feminism and Islamic Fundamentalism: The Limits of Postmodern Analysis (26 April 2007), The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam (8 June 2006) and, A Fundamental Fear: Eurocentrism and The Emergence of Islamism (8 June 2006).

    See the ministry’s full list of banned books here.

    Islamic fundamentalism is a broad phenomenon, not solely engineered or funded by the Saudi regime. In fact, fundamentalism is no longer a Christian or Muslim political landscape. It has gained currency and inflicted other religions too.

    Karen Armstrong, in her banned book, describes religious fundamentalism of the 20th century as a response to modern, liberal, materialist globalised civilization. She writes: ‘The West has developed an entirely unprecedented and wholly different type of civilisation, so the religious response to it has been unique’.

    Religious fundamentalists, she elaborates, ‘have absorbed the pragmatic rationalism of modernity, and, under the guidance of their charismatic leaders, they refine these ‘fundamentals’ so as to create an ideology that provides the faithful with a plan of action’.

    Therefore, it is of no surprise that even Buddhism, Sikhism, Hinduism and Confucianism have developed fundamentalist factions.

    That is why I find the banning is so overwhelming in that it shows the ‘two faces’ of Islam Hadhari as formulated by our present prime minister. On one hand, he tries to promote more tolerant, progressive and moderate Islam but on the other hand, his government has time and again banned such scholarly books on fundamentalism.

    Does it mean our government is protecting and nurturing a fundamentalist mindset among Muslims? Has his Islam Hadhari project been infiltrated by fundamentalist elements in his bureaucracy?

    Source: http://www.malaysiakini.com/letters/77904

  • fadz says:

    wah, menarik ni. Saya diberi oleh Jimadie sebuah buku ini, tak sempat nak baca, adik saya dari Indonesia sudah cilok. Saya suruh dia ulas, tak tahu ceritanya sekarang. Tetapi beliau memberitahu, buku itu memang tulisan (pengantar atau apa) seorang liberalis di Indonesia. Liberalis senang berkancang maju di Indonesia kerana etika pancasila mereka membuka budaya perkahwinan yang sangat terbuka antara agama (pihak agama mereka yang kebanyakannya ahli NU tidak ada kuasa dalam pengubahan dasar walaupun NU kuat di sana). Ya, buku ini harus dibaca dan dicari, sebagai ahl sunnah, mengikut aqidah Assari dan mazhab fiqh Syafiee, apa yang tidak kena dari konteks itu.

  • Yati says:

    Dear friends,

    Sisters in Islam (SIS) is taking part in the 1st KL Alternative Bookfest (KLAB) which will be held on the weekend of 3-4 May at The Annexe, Central Market. The KLAB is a space for small, independent publishers (like SIS) to sell, launch and discuss books. Apart from the SIS booth at the KLAB, we are also hosting a discussion on book banning.

    Details of the event are as follows:

    Wacana on Book Banning: Readers Want Answers

    Date : May 3, 2008
    Time : 4.00 — 6.00pm
    Venue : The Annexe, Central Market

    Presenters :
    V. Gayathry (Centre for Independent Journalism)
    Astora Jabat (bekas ketua pengarang Al-Islam dan bekas kolumnis soal jawab agama di Utusan Malaysia)
    Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam)
    Representative from Home Ministry (to be confirmed)

    Each presenter is given 15 minutes and we hope their input will spark a lively discussion from the floor. Input can be either in Bahasa Malaysia or English.

    Join us in this discussion as we scrutinise the history of book banning, including in the Muslim world, and consider the political, social and theological currents behind this form of censorship, especially in Malaysia. We hope to bring together publishers, writers (including those who have been banned), bloggers, journalists, and most importantly, readers and lovers of books.

    There is limited seating so please register with Mala at 03-7785 6121. We look forward to seeing you there!

    Sisters in Islam

  • Buku “Islam & Pluralisme” memang mengandungi kandungan yang terang-terangan salahnya dan sesatnya golongan Islam Liberal yang mendokong fahaman pluralisme agama (yang secara ringkasnya menekankan bahawa semua agama adalah sama taraf) tetapi saya setuju bahawa mengharamkan buku ini bukanlah caranya untuk menangani ideologi yang terkandung di dalamnya.

    - MENJ



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin