image_2.jpg

Islam & Pluralisme adalah buku pertama yang aku baca pada tahun 2008. Disusun oleh Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan Khairul Anam Che Mentri, buku ini memuatkan tulisan-tulisan yang menyentuh persoalan agama Islam dan pluralisme yang ditulis antara lain oleh Nurcholis Majid, Asghar Ali Engineer, Reza Shah Kazemi dan John Hick.

Buku ini diterbitkan oleh Middle-Eastern Graduates Centre dan sudah pasti kalian boleh mengagak bahawa tulisan-tulisannya adalah condong kearah konsep pluralisme agama. Walaupun aku sebagai pembaca tidak semestinya bersetuju dengan apa yang ditulis, tapi aku tetap merasa terkilan dengan kerakusan KDN mengharamkan buku ini bersama 10 buku lain berkaitan Islam (sila baca 11 More Books on Islam Banned).

Padaku, tidak salah malah wajar bagi setiap orang Islam yang mahu belajar, berfikir dan berdakwah untuk memahami apa yang dikatakan dengan pluralisme, mengapa ramai ulama menentang idea ini, dan apa pula hujah mereka yang pro pluralisme misalnya. Malah tidak salah rasanya untuk kita menerima saranan mereka dalam konteks untuk cuba memahami permasalahan antara agama, berlapang dada sesama manusia. Ya… memahami barulah difahami, bukan?

Kalau iya pun pluralisme itu sesat… disinilah perlunya peranan ulama. Balaslah hujah dengan hujah. Ambillah contoh daripada tradisi ulama silam, misalnya Al-Ghazali yang menulis buku Tahafut al-Falasifah kemudiannya dijawab oleh Ibnu Rusyd dengan buku Tahafut al-Tahafut.

Aku sendiri, selain buku Islam dan Pluralisme ini, memiliki satu lagi buku membincangkan soal Islam liberal dan pluralisme iaitu Pemikiran Islam Liberal oleh Dr Ugi Suharto dari Universiti Islam Antarabangsa. Nah… berapa ramai ulama Malaysia yang menulis buku untuk mengupas persoalan ini? Menggunakan kuasa untuk mengharamkan buku-buku tidak akan menyelesaikan masalah (kalaulah masalah sebenarnya ada).

Katakan tidak kepada penguasa rakus!

Popularity: 39% [?]

Related Articles:

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: