- Blog, tema, musang api dan statistik
-
Sejak blog ini mula menggunakan tema ini pada 30 Disember tahun lalu, aku mendapat banyak aduan daripada pengunjung-pengunjung yang tidak dapat membaca dan menulis komen. Aku dapati mereka ini adalah dikalangan yang menggunakan pelayar Internet Explorer. Adakah anda juga begitu? Untuk mengatasi masalah ini, ada tiga cara yang boleh dilakukan, dua untuk aku, dan satu untuk kalian:
- Aku perlu kenalpasti apa masalahnya dan cuba membetulkannya. Aku telah pun menghubungi pereka tema ini, Sdr. Nurudin Jauhari untuk membantu. Sedang menunggu maklum balas.
- Tukar ke tema yang lain. Masalahnya aku suka tema ini. Dan aku belum jumpa lagi tema-tema lain yang aku berkenan. Ada sesiapa pengguna Wordpress yang mahu cadangkan tema yang menarik dan sesuai untuk blog ini?
- Ini yang paling mudah! Kalian yang masih menggunakan IE tu… bertukarlah ke Firefox. Boleh muatturun dari sini.
Dah masuk bulan Februari pun… dibawah adalah entri paling banyak pengunjung di KKTM 3.0 pada bulan lalu:
Sila lihat arkib untuk entri-entri terdahulu, dan jangan lupa untuk subscribe ke feed blog ini.

Popularity: 27% [?]
Entri-entri berkaitan:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 18 Category: Blog



apa kata ko belanja pengunjung blog ni gi cuti-cuti kat taman tema genting ke… ekekeke…
gi cameron la lagi best..
Pakchik, Sis, jawapan standard aku bila Ummu Adam minta apa-apa… tunggu aku kaya dulu. Jadi jawapan aku untuk kamu berdua pun samalah. Tunggu aku kaya dulalah! (Mana tahu dapat kontrak pasang CCTV ke?) Hahaha!
HaHaHa… bila ko dah kaya jgn lupa masukkan nama ku sekali dlm program kemasyarakatan ittew!
Dulu masalah betul dgn IE, tp sejak bertukar kepada Serigala Api, kini saya boleh mengomen di blog ToK MuDiN dengan riang gumbira! Muekekekekeee!! — iklan pree la plak
—
Saya tak guna firefox. Firefox lembap lah cik mudin. Selesa dengan Opera… dapat synchronized dengan my hanset pda…
Ooooo….buleh buka dengan firefox ajer yer…kat ofis tu ada firefox tapi tak leh nak bukak…tak tau naper….kat rumah ni serba-serbi OK…hehehe
Deen, kamu doakanlah aku kaya cepat-cepat. Ok?
Azhar, apa-apa ajalah… asalkan jangan IE.
Kak Alex, IE pun sepatutnya boleh, aku punya IE boleh saja buka blog ni… mungkin yang kalian guna tak up-to-date kot?
kalau ie7 buleh kot…
guna ie7 buleh lah.. ie6.. hampeh..
daunlot ie7 kat sini
tetingkap lanun pun buleh guna ie7 dah la ni…
din.. pasa kawe rajing.. hehe.. belanja gi taman tema genting deh.. ekekeke…
Pakchik, betullah tu. Dan terima kasih kerana rajin do’oh. Belanja? Boleh… tunggu aku kaya! Haha!
huhu..
sy dh donlod dh smua pc opis dgn mozilla..
ha ha ha.. *gelak gila kuasa*
akirasuri, bagus… bagus! Nanti ajak boss kamu baca blog ini ya? Haha!
Bos saya yang ‘hitam-hitam’ semuanyalah.
Kalau Tok alih bahasa ke tulisan Taaaammmiilll ataupun ke bahasa penjajah.
Baru boleh ajak diorang akan baca.
He he he.
akirasuri, nanti aku buat KKTM 3.0 versi Tamil. Hehheh!
I like the term “musang api”
Vincent, thank you. For coming here and for the comment as well.