Pentadbiran Khir Toyo dah melampau!!!
Pertamanya aku terbaca tentang ini di blog Abu Amiir dan Elizabeth Wong. Kemudian aku mencari beritanya di klpos. Kerajaan Selangor dibawah Khir Toyo ini memang dah melampau. Lebih melampau dari menghadiahkan penyapu. Kali ini mendakwa air hujan itu milik mereka pula. Gila!!! Berita penuh seperti dibawah:
Selangor kenakan bayaran jika tadah air hujan
Wednesday, 30 January 2008Oleh Abdul Razak Ismail
KOLUMNIS R.Nadeswaran (Citizen Nades) dari The SUN hari ini membongkar ‘kegilaan’ kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Khir Toyo melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenakan caj bayaran kepada mana-mana pihak atau individu yang didapati menakong atau menadah air hujan dipremis masing-masing di mana-mana tempat di negeri Selangor.
Ini dinyatakan dalam satu surat pekelilingnya bertarikh 2 Januari lalu yang mengatakan sebarang penggunaan air hujan atau pihak LUAS menggunakan terma ” pengambilan air permukaan” adalah tertaklok dibawah seksyen 2, 6, 40, 41, 44 dan 107 Enakmen LUAS 1999.
Dimana pihak-pihak berkenaan perlu mendapatkan kebenaran LUAS terlebih dahulu lantaran kemudiannya akan dikena sejumlah caj bagi penggunaan ‘air permukaan’ tersebut.
Perkara ini di pertikaikan oleh pengusaha-pengusaha kelab-kelab golf yang mengatakan bahawa kolam-kolam takungan mereka merupakan sebahagian dari lankskap lapangan golf yang juga bertindak sebagai kolam takungan mencegah banjir disamping airnya digunakan untuk menyiram rumput di lapangan golf mereka.
Sesetengah kilang menggunakan air hujan kitar semula dipremis mereka untuk operasi kilang mereka dengan jumlah yang banyak dan berpendapat bahawa tindakan LUAS sudah keterlaluan kerana mereka menggunakan air
yang ‘turun dari langit’ dan mempersoalkan kenapa pulak LUAS mengenakan bayaran sedangkan air tersebut tidak diproses oleh LUAS.Walaupun apajua seksyen dan enakmen yang digunapakai oleh LUAS tetapi secara logiknya dimana letaknya ‘Hak’ LUAS terhadap air semulajadi yang turun dari langit kurnian Tuhan yang ditakungkan di premis
persendirian. Bila pulak LUAS mengeluarkan kos bagi membina takungan-takungan atau kolam-kolam di kilang-kilang ataupun kelab-kelab golf tersebut ?Apakah perbendaharaan kerajaan Selangor yang baru-baru ini telah diisytiharkan ‘negeri maju’ sudah kekeringan hingga memaksa mereka mengenakan bayaran bagi mengambil air hujan.
Mungkin satu hari nanti ada agensi kerajaan negeri Selangor akan mengetuk pintu rumah anda dan mengeluarkan resit meminta bayaran ke atas udara yang anda sedut.
Masih mahu Selangor di tangan mereka? Anda pengundi Selangor tentukan!
[KEMASKINI] Khir Toyo nafi. Berita di sini!
Entri-entri berkaitan:
- Pak PanDet dan Khir ‘The Blogger’ Toyo
- Geli-geli Khir
- Satu lagi kejayaan BN…
- Sokong BN, harga minyak turun!
- DPP Selangor, Pakatan Rakyat, Ella dan Mas Idayu
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
erk.
February 2nd, 2008 at 10:32 amkedekutnye…
apsal mereka2 ni kencang sgt mintak duit.
dh dekat dgn GE pun masih wat akal.
Tyrex, ini bukan masalah kedekut atau tidak. Air hujan itu bukan hakmilik mereka, malah bukan hakmilik sesiapa. Kalau hak depa, bolehlah kata kedekut. Ini bukan kedekut, ini merompak!
Erk!
February 2nd, 2008 at 12:09 pmApakah ini?
tak releben sungguh..
perbendaharaan kerajaan negeri dh deficit sgt ke disonglap oleh mereka mereka mereka dan mereka..
Hmmm..
gila!!!
February 2nd, 2008 at 12:14 pmoh melampau sungguh kebodohan kerajaan negeri selangor dan begitu rakus sekali si khir ni.
negara lain berlumba2 nak promosi kitar semula, mereka lain pula kisahnya. Tak rasional sungguh. Hujan milik semua dan kolam takungan dalam kawasan persendirian yang berbayar (i.e cukai tanah dan cukai pintu).
Kalau Allah tarik balik nikmat hujan di Selangor, macamana?
*tu sebab aku ngan izinni dulu suka sangat cari gaduh dengan dia*
February 2nd, 2008 at 1:44 pmkalu bene lagi dio di slangor… dok tahu nok kato lah lagu mano oghe negeri maju mikkir…
February 2nd, 2008 at 3:04 pmAku pun ada baca dalam The Sun hari itu. Nak ketawa guling-guling aku baca. Mengarut!
Agaknya kalau air banjir - contohnya yang macam di TTDI Jaya dulu tu - kalau tak surut-surut sampai sekarang, siapa yang kena bayar cajnya ek? Hahaha!
Negeri maju… Hahaha!
February 2nd, 2008 at 4:32 pmAkirasuri, KB, Khairyn, memang kegilaan melampu tu!
Pakchik, yep. Kalau menang lagi tu sebab hantulah kot.
JP, entah-entah yang selalu banjir kat TTDI Jaya tu… memang sebab kerajaan Selangor nak jadikan tempat tu kawasan tadahan hujan?
lain kali mau kentut pun kena bayar kompaun kerana didakwa mencemari udara malaysia yang nyaman.
February 2nd, 2008 at 6:31 pmanthraxxxx, haha!
Satu sahaja komen saya.
Mahu mengekang nikmat Allah? Tunggu sahaja nanti…
February 3rd, 2008 at 3:16 amsalam mudim
nasib baik dia cepat nafi…tak tahulah dia buat semua ni sebab ada ura-ura ia kena pergi pusat, kena tinggalkan kerusi empuk mb dia tu…dah dengar macam-macam cerita kat selangor ni pasal dia.
apapun kalau benarlah isu tu, memang ada yang tak kena dengan orang tua ni…
February 3rd, 2008 at 4:44 pmaku rasa mereka2 ni dah hilang akal..entah apa lagi yg hendak ditarah dibumi dan ditakung dr langit..semua tu hak Allah,depa perasan sendiri..nanti mati tak cukup tanah nak kambus kubur baru depa tahu.
February 5th, 2008 at 11:51 am