Semalam, aku bicara soal buku yang kubaca bulan lalu. Hari ini aku nak kecek-kecek pula soal buku yang aku tak baca. Ya… ada jutaan buku-buku diluar sana yang tak akan mampu untuk aku baca seumur hidupku. Maksudku ialah buku yang ada dalam koleksiku dan ingin kubaca tapi belum berpeluang membacanya.
Dinasti Bush Dinasti Saud sudah lama menjadi milikku, sejak 2006. Tapi aku berhenti membacanya ditengah jalan. Setepatnya tak sampai pun separuh, mahu menghabiskan bab pertama pun merangkak-rangkak. Mungkin kerana bahasa Indonesianya sukar atau… entahlah!
Novel Atonement karya Ian McEwan pula aku beli ketika jualan murah PayLessBooks sekitar pertengahan tahun lalu, dan tersadai sepi dikalangan buku-buku yang belum kubaca sejak dari itu. Membaca tulisan Sharon Bakar di Bibliobibuli tentang buku ini mengingatkan aku untuk memulakan membaca buku itu. Tengoklah, mungkin setelah aku menghabiskan novel Siddharta yang sedang kubaca sekarang.
Dan ini pula, buku yang masuk kategori not-my-type. Haha!
Hidupkan budaya membaca! Tapi ingat, ilmu boleh dipelajari, tapi kebijaksanaan tidak.
Jumpa lagi.
Popularity: 29% [?]
Related Articles:
- Januari dan apa yang aku baca
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme
- Bagaimana mahu membaca lebih banyak buku?
- 2007, buku dan aku
- Disember, buku dan aku
- Bersih di jualan gudang Times
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Kecek-kecek mengasah gunting...
- Memeluk Islam
- Muqabalah yang aku setuju...
- Aku homesick!
- Celaka kezaliman!
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (63)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Hi selamat pagi, awalnya? Mind checking my latest post? If you feel it’s worthy, hopefully, can help me submit it to digg/stumble/reddit, either one enough keke, really need some traffic! thanks, i dun mind if u feel it’s not good enough to vote. happy holiday!