Kecek-kecek Buku: Siddharta

Posted on February 12, 2008

Siddharta oleh Herman Hesse. BobbyT kata, tiada apa-apa yang istimewa tentang buku ini. Ya, mungkin benar. Tiada apa yang istimewa. Tapi bagi aku, buku ini sarat dengan pengajaran yang boleh diambil bagi mereka yang mahu berfikir. Mengisahkan tentang perjalanan seorang pemuda mencari diri. Dibesarkan dengan ajaran agama (Hindu) yang kuat, Siddharta tidak menemui apa yang dicari dari ajaran itu. Dia mengembara, menjadi samana (pertapa), kemudiannya meninggalkan pertapaan dan terjerumus dalam keseronokan dunia. Apa yang dicari masih belum ditemui. Dan akhirnya beliau berhenti mencari dan mula menemui.

Siddharta akhirnya berguru dengan sungai dan penambang sampan. Dia mengingatkan aku tentang kisah Imam Al-Ghazali yang selalu Abah ceritakan kepadaku, bahawa beliau (Al-Ghazali, mufti Mesir itu) juga pernah berguru dengan tukang kasut.

Jadi, apa yang aku pelajari dari buku ini? Kalaulah ada yang aku perolehi, lebih baik kuungkapkan dalam kata-kata Siddharta sendiri apabila ditanya oleh sahabatnya Govinda:

Aku mempunyai pandangan dan juga pemahaman. Kadangkala selama satu jam atau satu hari aku merasai pengetahuan dalam diriku sebagaimana orang merasai kehidupan dalam hatinya. Ada bermacam-macam pandanganku, tetapi sukar bagiku untuk menyatakannya kepadamu. Tengoklah, Govinda, ini adalah satu daripada pandangan yang menarik hatiku: kebijaksanaan tidak boleh diungkapkan. Kebijaksanaan yang cuba diungkapkan akan kedengaran seperti suatu kebodohan.

Oh… aku juga belajar politik dari Siddharta. Kata-katanya ini yang merujuk kepada Buddha, boleh juga diaplikasikan terhadap orang-orang politik:

Dengan gurumu yang agung itu, aku lebih menyukai benda dari kata-kata. Tindakan dan kehidupannya lebih penting bagiku daripada tutur katanya, gerak tangannya lebih penting daripada pendapatnya. Keagungannya tidaklah terletak pada ucapan dan pemikirannya, tetapi pada amalan dan cara hidupnya.

Nilai apa yang mereka buat, bukan apa yang mereka janjikan. Sebab itu, biarlah apa yang orang kata tentang TG Nik Aziz, biarlah orang kata beliau selalu tersalah cakap, aku menilai kehidupannya. Dan biarlah apa pun yang Pak Lah cuba sampaikan, kita tahu apa yang dia dan keluarganya buat!

Entri-entri berkaitan:

  1. Buku vs e-buku: Bakal tamatkah riwayat hidup buku tradisional?
  2. Kecek-kecek Buku: The Reluctant Politician
  3. Februari dan apa yang aku baca
  4. Kecek-kecek Buku: Pemikiran Islam Liberal
  5. Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

14 Responses

  1. zueika

    “Kebijaksanaan yang cuba diungkapkan akan kedengaran seperti suatu kebodohan.” <–quote ni terasa gue…

    Does what i wrote at my blog considered excellent writing, brilliant ideas or some kind of sounds stupid, too ordinary thingy? he he he….


  2. Kak Ieka, hanya kamu sendiri yang mampu menilai :)

  3. el

    pening eh… tok tau nok komeng gapo.. hahah…


  4. Siddharta Gautama Buddha, 7 lapis jalan kebahagian itu, patut diteladani….


  5. kata kawan aku pasal konsep siddharta

    my tree is MY tree. Go sit under YOUR OWN tree

    hahaha..

    bagi kawan aku tulah yang mengamalkan konsep individualistik


  6. Pakchik, komenlah gapo-gapo pun… asalkan ikhlas… haha!

    Azhar, ya… tapi ini bukan Siddharta itu, ini Siddharta lain yang bertemu dengan Siddhartha itu dalam pengembaraannya mencari diri.

    Khairyn, ada ya begitu? Tak tahu pula aku… heh!

  7. el

    haha… sah parlimen bubar… jom kita hancurkan rejim jahat itu!!!

    ni mesti mari pulok natang gilo tuh… hahaha…


  8. kebijaksanaan tidak boleh diungkapkan. setuju. orang yang bijaksana juga tak banyak cakapnya. kata denzel washington dalam american gangster the loudest in the room is the weakest. it augurs well..


  9. Aku beli buku itu semasa Pesta Buku tahun lepas. Terus baca. Aku tertarik dalam beberapa ‘point’, terutamanya kiasan dan falsafah hidup yang dalam di dalamnya. [Walaupun ada beberapa 'point' tak sesuai untuk pegangan kita sebagai Muskim]


  10. Muslim, maksud aku…


  11. owh! Tak tau nak kata apa gak. karang kata lebih2 terasa diri ini bodoh2 alang hahahahakkk …!
    Nanti aku cuba cari dan baca buku itu. Baru buleh berkata2 ;)


  12. Pakchik, said mirro, JP, Deen…. aku setuju semualah dengan apa yang kau orang komen tu! Haha!


  13. insaf. :|

    kebijaksaan yg diungkapkan menunjukkan kebodohan…
    betul gak tu.. ada mase tu trasa bodoh gak bila ckp2 bnyak.. :D

  14. abu saif al mahshari

    salam,

    saya membaca sidharta kerana Pak Prof Diraja kata buku tidak harus tidak dibaca …

    saya tidak menemui apa-apa didalam buku itu melainkan perjalanan hidup seorang manusia yang mencari Tuhan tanpa melalui medan ilmu lalu dia melalui jalan perjalanan yang membuang masa dan sehingga ke akhirnya bukan sahaja dia tidak menemui Tuhan bahkan dia juga tidak pasti apa yang benar dan apa yang salah.

    Saya tidak mencadangkan buku ini di baca kerana ia juga membuang masa. Sastera, pengkajian dan ilmu perlu ada tujuan. Tuhan tidak mengajar kita untuk teraba-raba untuk mencari DIA. DIA atau Tujuan Hidup hanya boleh dijumpai dengan ilmu. Walaupun jika seorang atheis, dia akan mampu menjumpai Tuhan walaupun kitab pertama yang di bacanya ada Marx The Comunist Manifesto.

    wasalam

    Bertam

1 Trackback(s)

  1. Mar 4, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Februari dan apa yang aku baca

Leave a Reply