- Aku akan balik mengundi. Kamu bagaimana?
-
Aku masih ingat lagi ketika kali pertama aku layak mengundi, iaitu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang lalu. Sebagai seorang yang bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan, selesai mengundi aku terus bertolak pulang ke ibu kota. Radio dipasang untuk mengikuti keputusan pilihan raya yang diumumkan dari masa ke masa. Sedih dan hancur perasaan apabila satu persatu keputusan yang diumumkan memihak kepada parti yang baru dipimpin oleh orang yang konon-kononnya baik dan Islamik itu.
Perasaan juga berdebar-debar kerana ada ura-ura bahawa Terengganu telah jatuh ke tangan parti yang konon-konon baik manakala Kelantan pula nyawa-nyawa ikan. Malah ada ura-ura bahawa TG Nik Aziz sendiri kalah. Apa yang lebih memilukan kerana ketika itu pembangkang (PAS terutamanya) dilihat begitu optimistik untuk menang di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Keputusannya, bak kata orang, sudah menjadi sejarah.
Kali ini, walaupun banyak isu yang dikatakan memihak kepada pembangkang. Tetapi pada pemerhatian aku yang kerdil ini, perkataan optimis tidak boleh diguna pakai untuk pembangkang kali ini. Rata-rata tidak boleh memberikan jaminan pembangkang akan cemerlang malah ramai yang meramalkan Kelantan juga akan jatuh ke tangan orang yang konon-konon baik tapi sah jahat macam syaitan itu. Dikalangan pekerja-pekerja PAS yang aku kenal sendiri, aku melihat ada pesimis dalam diri mereka. Entahlah, sama ada mereka memang tidak yakin untuk menang, atau telah bersedia untuk kalah? Takut terlalu kecewa bila kalah?
Walau apapun, aku tetap akan balik mengundi pada 8 Mac nanti. Letih pun letihlah. Sesak pun sesaklah. Habis duit pun habis duitlah. Kalau aku tak boleh buat benda lain pun, sekurang-kurangnya aku boleh pangkah PAS. Ya, aku akan pangkah PAS. Aku yakin bahawa Allah Taala tidak akan persoalkan apa yang tidak mampu aku buat. Tapi akan mempersoalkan apa yang aku boleh buat, tapi aku tidak buat. Dan aku yakin, satu undi aku mampu mengubah keputusan. Satu undi tetap bernilai. Boleh tanya Ustaz Nik Abduh, apa nilai satu undi?
Kepada anda di luar sana yang masih mengambil sikap tidak ambil tahu, kali ini ambillah tahu. (Jangan ambil Lah!) Mengundilah kali ini. Seperti komen aku di blog Tyrex yang kata dia tidak tahu parti politik mana yang dia suka, ini jawapanku:
Kamu tak tahu parti politik mana yang kamu suka. Tapi aku tahu… kamu pasti tak suka benda-benda ni:
1. Harga minyak naik.
2. Harga tol naik.
3. Harga barang-barang naik.
4. Duit rakyat disonglap untuk mengkayakan segelintir manusia.
5. Penjenayah bermaharajalela.
6. Macam-macam lagi…Betul tak? Kamu tahu apa yang perlu kamu lakukan!
Iya, kalau pun kamu tidak tahu siapa yang patut diundi, aku pasti kamu tahu siapa yang patut TIDAK diundi. Mengundilah untuk menolak kezaliman kepada rakyat.
Kepada semua rakyat Kelantan, sahutlah seruan TG Nik Aziz, baliklah mengundi bulan. Jangan fikir-fikir lagi. Tidak ada pilihan kedua selain menolak kezaliman.
Aku harap, entri pertama aku selepas 8 Mac nanti, tidak akan bernada seperti entri ini. Semoga kemenangan memihak kepada rakyat kali ini. Insya Allah!

Popularity: 31% [?]
Entri-entri berkaitan:
- Kecek-kecek: Awang Adek
- Husam Musa dan Anual Bakhri
- Panjangkan cuti bersalin!
- Lepas pecah perut, Bang Na-jib jadi batu?
- Kecek-kecek tentang bola sepak dan politik
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
- Comments: 19 Category: Isu Semasa, Politik




aku dok balik lah din.. dok leh balik… huhuhu…
dale dung kemuning, tepat aflah ngundi tuh… ada pat oghe ni, duk s’saboh nuh… mulonyo tok sir kelik.. pah guano tahu.. kelik jugok… ngundi bule… buat ko s’saloh pok demo tu tok kelik hari tu… kaloh duo undi lah pah…
so lagi.. oghe kapung nih.. hok t’tanding di kemuning tu… abe dio… dio dok wak leidei… pete tuh baru gi ngundi… dekat nok tutuk lolor doh… meme nyo dio nga tok laki dio… anok dio hok ngelah skali ngundi.., pah wak saloh ko tok de hari tu.. sajo pah kaloh so undi…
ni first time i masuk blog u…banyak maklumat gaak..i pun tak balik jugak..moga-moga kelate lebih cerah
hummmm…. saya pun tak tahu nak ngundi mana. Satu persoalan yang timbul di benak. Adakah pasti, jika kita mnegundi parti si polan-polan harga minyak akan jatuh… Hummm… Adeh, pesimis….
aku tak boleh balik. sob sob sob…
la sedih la pulok. tekeduh jugak sebab dah daftar shah alam. apa pun kalau dah nama kat kelantan, semoga dikuatkan keazaman utk balik ngundi…
Pakchik, kecek sungguh mung di blog aku nih deh… haha!
Kita, terima kasih dan sila datang lagi ya?
Azhar,
Sila baca komentar Pak Bakaq Penarik Beca tentang kenaikan harga barang di sini:
http://feeds.feedburner.com/~r/penarikbeca/~3/235927061/bn-barang-naik-rupa-rupanya-laris.html
Antaranya, Dr Mahathir mengatakan kenaikan harga minyak boleh dielakkan iaitu dengan mengukuhkan nilai ringgit. Dan Anwar Ibrahim juga mengatakan harga minyak sememangnya boleh diturunkan. Baca dan nilai sendiri.
Keraknasi, bakpo pulok tok leh kelik nyoh?
Said Mirro, shah alam pun shah alamlah, asalkan jangan undi Lah!
YUP! Musnahkan pemerintahan penipu yang ada sekarang! sebagai org terengganu, aku malu dengan berita2 pembangunan yg disiarkn dalam tv, kenapa? kerana rakyat terengganu masih kekal no.2 paling miskin! yang kaya kroni diaorg jer!! pastu orng miskin mana la yg nk g tempat2 mewah yg diaorg buat tu? Kt pulau duyung yg ad monsun cup tu org biasa x leh masuk, kena sekat…ape guna semua tu?
balik bro…kerugian besar kelantan kalo bro tak pangkah bendera diatas..
tok,
balik jangan tak balik.. tiket bas pergi balik dah beli.. lepas tahu je tarikh ngundi, mak saya terus call suruh beli tiket cepat2.. takut habis.. haha..
tahun ni pertama kali saya turun mengundi.
tetapi turun mengundi di kawasan ‘rumah sembelihan’ Wilayah Persekutuan, Parlimen Setiawangsa!
hahahhaha….
tapi… lamo ke takdok pembangune kalu tak dok amnu din…
ekekekek…
Aku mengundi di Puchong Utama. Aku dengar ’suku-sakat’ itu bayar tambang, siap bagi duit poket lagi kalau balik mengundi di Kelantan ya?
Hehehe!
huhu…semangat din! jika diizin Allah…juga bakal pulang. temu mato anak klate gi dok?
semangat tok mudin.
saya DUN subang jaya. payoh la…
mok sy balik kapung. dia tu smangat sket nok geng dengang tok & pokchik. huhu~
moga2 allah memberi saya petunjuk. AMin. kalau dok dapat petunjuk, duk umoh goreng kropok je.. huhu~
wan, pastikan Terengganu kembali kepada bulan ya?
afham, kamu tak mengundi ke? Jangan ingat Arsenal saja ya, haha!
Sis, ya… selamat mengundi, kali ini jangan sipi-sipi lagi ya!
Adi, dimana-mana pun, lawan tetap lawan.
Pakchik, mung nok pembangune lagu mano?
Wak, itulah! Aku pun ingat nak claim juga dengan suku-sakat tu, haha!
Kak Hany, mengundi di mana? Sorang balik Perlis, sorang balik Kelantan ke?
Tyrex, petunjuk dah ada lama…. Allah dah bagi lama. Dah 1400 tahun Allah bagi petunjuk. Tinggal nak ambil atau tidak sahaja
aah.. berjuang di tanah tumpah darah sendiri. perlis pun nak merasa ‘perubahan’ jugak…keh keh keh (gelak bukan batuk)
Kak Hany, selamat mengundi. Insya Allah ada rezeki Darul Sunnah dapat MB dari PAS, kan?
mari kita sokong PAS ramai2. Kalau tak ada PAS, KeADILan pun boleh. Janji jgn bagi puak2 penipu, kaki rasuah, kaki tido memerintah negara kita ni…