Aku masih ingat lagi ketika kali pertama aku layak mengundi, iaitu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang lalu. Sebagai seorang yang bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan, selesai mengundi aku terus bertolak pulang ke ibu kota. Radio dipasang untuk mengikuti keputusan pilihan raya yang diumumkan dari masa ke masa. Sedih dan hancur perasaan apabila satu persatu keputusan yang diumumkan memihak kepada parti yang baru dipimpin oleh orang yang konon-kononnya baik dan Islamik itu.
Perasaan juga berdebar-debar kerana ada ura-ura bahawa Terengganu telah jatuh ke tangan parti yang konon-konon baik manakala Kelantan pula nyawa-nyawa ikan. Malah ada ura-ura bahawa TG Nik Aziz sendiri kalah. Apa yang lebih memilukan kerana ketika itu pembangkang (PAS terutamanya) dilihat begitu optimistik untuk menang di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Keputusannya, bak kata orang, sudah menjadi sejarah.
Kali ini, walaupun banyak isu yang dikatakan memihak kepada pembangkang. Tetapi pada pemerhatian aku yang kerdil ini, perkataan optimis tidak boleh diguna pakai untuk pembangkang kali ini. Rata-rata tidak boleh memberikan jaminan pembangkang akan cemerlang malah ramai yang meramalkan Kelantan juga akan jatuh ke tangan orang yang konon-konon baik tapi sah jahat macam syaitan itu. Dikalangan pekerja-pekerja PAS yang aku kenal sendiri, aku melihat ada pesimis dalam diri mereka. Entahlah, sama ada mereka memang tidak yakin untuk menang, atau telah bersedia untuk kalah? Takut terlalu kecewa bila kalah?
Walau apapun, aku tetap akan balik mengundi pada 8 Mac nanti. Letih pun letihlah. Sesak pun sesaklah. Habis duit pun habis duitlah. Kalau aku tak boleh buat benda lain pun, sekurang-kurangnya aku boleh pangkah PAS. Ya, aku akan pangkah PAS. Aku yakin bahawa Allah Taala tidak akan persoalkan apa yang tidak mampu aku buat. Tapi akan mempersoalkan apa yang aku boleh buat, tapi aku tidak buat. Dan aku yakin, satu undi aku mampu mengubah keputusan. Satu undi tetap bernilai. Boleh tanya Ustaz Nik Abduh, apa nilai satu undi?
Kepada anda di luar sana yang masih mengambil sikap tidak ambil tahu, kali ini ambillah tahu. (Jangan ambil Lah!) Mengundilah kali ini. Seperti komen aku di blog Tyrex yang kata dia tidak tahu parti politik mana yang dia suka, ini jawapanku:
Kamu tak tahu parti politik mana yang kamu suka. Tapi aku tahu… kamu pasti tak suka benda-benda ni:
1. Harga minyak naik.
2. Harga tol naik.
3. Harga barang-barang naik.
4. Duit rakyat disonglap untuk mengkayakan segelintir manusia.
5. Penjenayah bermaharajalela.
6. Macam-macam lagi…Betul tak? Kamu tahu apa yang perlu kamu lakukan!
Iya, kalau pun kamu tidak tahu siapa yang patut diundi, aku pasti kamu tahu siapa yang patut TIDAK diundi. Mengundilah untuk menolak kezaliman kepada rakyat.
Kepada semua rakyat Kelantan, sahutlah seruan TG Nik Aziz, baliklah mengundi bulan. Jangan fikir-fikir lagi. Tidak ada pilihan kedua selain menolak kezaliman.
Aku harap, entri pertama aku selepas 8 Mac nanti, tidak akan bernada seperti entri ini. Semoga kemenangan memihak kepada rakyat kali ini. Insya Allah!
Popularity: 32% [?]
Related Articles:
- Hebahan: TTEMU MATA ANOK KELATE 2008
- Samy Vellu: I have solved every problem of the community???
- Kalau dah dasar pembohong...
- Pentadbiran Khir Toyo dah melampau!!!
- PMN oh PMN!
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Kecek-kecek mengasah gunting...
- Memeluk Islam
- Muqabalah yang aku setuju...
- Aku homesick!
- Celaka kezaliman!
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (63)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)
















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
aku dok balik lah din.. dok leh balik… huhuhu…