Kecek-kecek tentang orang utan

Posted on February 21, 2008

mam_1974_7160.jpg
(Sumber: Mari mengenali orang utan)

Tak pasal-pasal orang utan jadi famous. Jadi aku pun nak kecek-kecek jugalah tentang orang utan ni. Juga sebagai respon kepada dua tulisan Mamu Mahaguru58 di sini dan di sini.

Seperti yang telah aku nyatakan dalam komen terhadap salah satu tulisan tersebut, kenyataan TG Nik Aziz itu perlulah dilihat dan difahami dari konteks apa yang ingin disampaikannya. Jangan ambil perkataan ‘orang utan’ sahaja, yang sebelum dan selepas semuanya dibuang entah kemana.

“Saya yakin Kelantan akan terus menang dan saya bergantung pada Allah, tetapi yang menjadi masalahnya kerana kami berdepan dengan orang yang tak tahu undang-undang, tak tahu undang-undang macam Orang Utan; Orang Utan tak reti agama dan tak reti undang-undang,” tegas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Harakahdaily)

Jelas di situ, Tok Guru menyifatkan orang yang tak tahu undang-undang itu macam orang utan. Tidak ada apa yang salah dengan ayat itu. Ia tidak sama dengan mengatakan, semua orang UMNO itu orang utan. Jauh panggang dari api itu.

Senang cerita, pernah dengar tak apa yang dikatakan perumpamaan, atau dalam istilah modennya analogi? Orang Melayu kan terkenal dengan perumpamaan-perumpamaan seperti:

  • seperti kera kena belacan
  • seperti kera dapat bunga
  • Babi merasa gulai.
  • beruk berjumpa pisang masak setandan

Perumpamaan yang terakhir di atas misalnya, membawa maksud orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah[1]. Jadi apa salahnya mengumpamakan mereka yang tidak tahu undang-undang itu sama seperti orang utan? Yang melenting sangat ni apahal? Terasa ya? Pernah dengar peribahasa ini pula; siapa makan cabai, dialah yang terasa pedasnya. Haha!

Jadi tak perlulah nak melenting tak tentu fasal. Sebelum nak mengata Tok Guru apa-apa, lebih baik periksa di sekeliling kita dulu, terutamanya dikalangan bloggers. Mencarut dengan perkataan yang tidak sanggup aku letakkan di sini dengan wewenang itu boleh pula ya? Jangan double standard atau hipokrit.

Wallahua’lam.

Tok Mudin: Puok-puok tu… ggelar sikit pung nok maroh doh, mace budok-budok!

Entri-entri berkaitan:

  1. Kecek-kecek tentang orang utan (2)
  2. Februari, petisyen dan sajak
  3. Salam!
  4. Kecek-kecek tentang manifesto Najib (dari Malaysiakini)
  5. Kecek-kecek orang makan gaji: Manfaat

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

17 Responses

  1. el

    din,
    yak khairi do kato ko mung beruk tu.. lamo jame doh tuh… braluh benar bahaso dio.. hahaha…..

  2. sis_aflah

    tok,

    mace budok-budok aponyo tok.. teruk lagi pado budok-budok.. budok-budok pong cidik blako doh loni… haha


  3. Goblok, pondan, penipu dan beruk are some of the names the Ministers called bloggers but our DPM conveniently forgot those and said UMNO never calls people names. Memang hipokrit betul.


  4. # Babi merasa gulai.
    # beruk berjumpa pisang masak setandan
    HeHe .. yg kat atas tuh tak nah dengo pon.

    BiasaLah. Mo kata kat tibi ngan surathabaq, semuanya pakai main buat rumusan ikut suka saja. Pakai amik sekerat2 saja. Walhal ada lagi ayat yg kat depan dgn belakang yg jadi pelengkap ayat. Dalam bahasa melayu ianya dipanggil Ayat Pelengkap.

    Mungkin sudah tiba masanya kembali ke pangkal jalan yg BENAR. Mujuq aku jarang tengok berita / baca surathabaq. Sebab meluat nak baca cerita2 macam tuhLah. Sikit2 org tu salah, bodoh, miskin, tak bersyukur, dan macam2 adaLah! Hebat sangat ke depa. Ala, bulehLah dakyah macam2 sebab depa yg pegang semua benda alah tuh. Pastu sebar yg bukan2. Eiiiii … benci sungguh!

    Alamak, leh jadik entri daaa~ :D


  5. Entah. Biasanya kalau yang rasa bersalah saja terasa.

    Diaorang panggil kita blogger ni beruk dan monyet kita tak kisahpun. Betul tak Mudin? Hehehe!


  6. sy tak tgk tivi n bace berita.
    hehe… saje nak sejukkan telinga dan otak dari unsur2 tak besh cmni.
    musim pilihanraya ni mmg penuh dgn anasir.

    *nok pangkoh tu ke tak mboh… hmm..*

    hakhak.. :D


  7. Entahlah … aku lebih senang dgn perkataan/perumpamaan yg jelas dan mudah sampai maksudnya daripada hujah2 yg meleret dengan pelbagai petikan nas yg mungkin nampak begitu ilmiah tapi tak tahu apa yg nak disampaikan. Mungkin aku orang kampung dan tok guru Nik Aziz pun org kampung. Org kampung cakap benda yg mudah2 je, senang nak faham ;)


  8. Pakchik, dia kato kat aku ko? Tak teraso pun… haha!

    Sis, itulah… puok-puok ni meme tok cidik…

    Lilian, tak perlu layanlah mereka itu, panggillah nak panggil apa pun, kita peduli apa, kan?

    Deen, haha…aku pun tengok kamus peribahasa tu. :D

    Wak, entah… tak terasa pun, rasa nak gelak adalah!

    Tyrex, pilihanraya ke tak pilihanraya ke… anasir itu memang sentiasa ada. Seba itulah, masa pilhanraya kita kena buat sesuatu. Gunakan kuasa memilih yang kita ada sebaiknya.

    Kamal, aku pun oghe kampung jugok! :)


  9. Perumpamaan yang Tok Guru buat tu betul la. dah tak reti bahasa, tak tau undang2, asyik menipu je…macam orang utan la tu. Orang utan bukan ada undang2 pun….


  10. Zuhairy, selamat datang dan terima kasih :)


  11. Saya juga tertipu berkali-kali dengan laporan media perdana. Saya kesal Nik Aziz guna perkataan itu pada mulanya. Tapi dengan penerangan Tok, saya lega, saya tahu tuan guru tak akan guna perkataan sewenang-wenangnya.

    Seorang rakan mempertikai, Nik Aziz tak seharusnya guna sebarang perumpamaan begitu. Mungkin ada perkataan lain yang lebih manis dan baik sesuai dengan kedudukan dan martabat Nik Aziz sendiri.

    Saya hanya diam. Ini isu pilihanraya.

  12. sis_aflah

    tok guru kata… mujur dia guna ‘orang’ utan.. bukan binatang terus.. masih ada perkataan orang tu.. haha..

    orang yang anggap tok guru tak sesuai guna perumpamaan begitu menunjukkan yang dia tak biasa dengar tok guru bercakap.. bagi dia dengar ceramah atau kuliah tok guru banyak-banyak sikit.. nanti dia akan faham sendiri cara tok guru bercakap dan menyampaikan ilmu.. :)


  13. sebenarnya dalam Al-Quran, ada mengatakan bila manusia ada mata tapi tak boleh melihat, ada telinga tapi tuli, mereka lebih teruk dari binatang!
    Saya tak ingat ayat tu dalam surah mana, tapi maksudnya lebih kurang macam tu lah…


  14. Bayan, Alhamdulillah, tok juga lega kalau tulisan yang kecil ini dapat membantu :)

    Sis, itulah, kalau tak tahu apa-apa tu… baik jangan komen apa-apa. Orang dah terang tak mahu dengar pula!

    Zuhairy, ya betul… nanti jangan undi puok-puok tu… ok?


  15. Kata TG tu dah betul sangat, tak perlu nak komen2 lagi. Siapa yang tak tahu undang2 tu mmg cam orang utan. Yang lebih parah lagi, undang2 dah tahu tapi langgar jugak! Ni kategori orang utan bangang ni!

    Kenapa nak melenting? Kata2 TG tu ditujukan kepada orang yang berbuat begitu, bukan dikhaskan kepada sapa-sapa. Kalu dah terasa tu maknanya tau pun selama ni langgar undang2, tapi sebab orang tak kata dia tu orang utan dia buat do no jer..bila dah kena, baru heboh nak mengaku jadi orang balik! huhuhu…orang utan zaman sekarang ni dah pandai malu pulak dah…ni la dia hasil kemajuan negara kita! Orang utan pun ada perasaan cam manusia…huhuhuu


  16. Terbaru..Tok Guru Hj Hadi..dok mahu salang dgn calon BN pulok..harap tok muding bagi ulasang dan penerangan sikit masaloh ni..


  17. Ustaz abu aslam, hok tu tok tak boleh nak komenlah, tok tak tahu apa yang sebenarnya jadi kat sana. :)

2 Trackback(s)

  1. Feb 27, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Salam!
  2. Mar 3, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Februari, petisyen dan sajak

Leave a Reply