• Undi aku untuk PAS dan PKR
  • BARA_bm_small.jpg

    Selesai sudah penamaan calon. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada PAS dan rakyat di kerusi DUN Kijang. Bagaimanapun, aku agak kecewa kerana BN diberi laluan mudah di beberapa kerusi yang telah dimenangi mereka. Sementara kehilangan calon PKR untuk DUN Sementa masih menjadi misteri, kenapakah agaknya Azalina diberi laluan mudah untuk kali kedua berturut-turut? Puas aku mencari berita kenapa tiada calon pembangkang muncul melawan Azalina, tadi tidak berjumpa. Ada sesiapa tahu? Apa jadi dengan janji Anwar bahawa pembangkang akan bertanding di semua kerusi?

    Apa pun, masih banyak kerusi yang akan ditandingi 8 Mac nanti. Jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab kalian. Aku?

    Nama : MOHD NAJMUDDIN BIN YUSOFF
    Tahun Lahir : 1981
    Jantina : L
    Lokaliti : 030 / 38 / 06 / 001 – KG.BUKIT JERING
    Daerah Mengundi : 030 / 38 / 06 – JERIMBONG
    DUN : 030 / 38 – KUALA BALAH (BN- Ab Aziz Derasid vs PKR- Mat Sulaiman Daud)
    Parlimen : 030 – JELI (BN- Mustapa Mohamed vs PAS- Mohd Apandi Mohamad)
    Negeri : KELANTAN
     

    Ya, 8 Mac nanti, undi aku adalah untuk PAS dan PKR.
    Selamat mengundi!

    Bacaan Pilihan:

    Blog Widget by LinkWithin

    Popularity: 38% [?]

    Entri-entri berkaitan:

    1. Alahai PAS… (2)

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

  • Comments: 12 Category: Isu Semasa, Politik
  • Tags: , , , ,

12 Responses



Leave a Reply

Tentang Tok Mudin

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com It's Me

Lensa Tok Mudin