Undi aku untuk PAS dan PKR

Posted on February 25, 2008

BARA_bm_small.jpg

Selesai sudah penamaan calon. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada PAS dan rakyat di kerusi DUN Kijang. Bagaimanapun, aku agak kecewa kerana BN diberi laluan mudah di beberapa kerusi yang telah dimenangi mereka. Sementara kehilangan calon PKR untuk DUN Sementa masih menjadi misteri, kenapakah agaknya Azalina diberi laluan mudah untuk kali kedua berturut-turut? Puas aku mencari berita kenapa tiada calon pembangkang muncul melawan Azalina, tadi tidak berjumpa. Ada sesiapa tahu? Apa jadi dengan janji Anwar bahawa pembangkang akan bertanding di semua kerusi?

Apa pun, masih banyak kerusi yang akan ditandingi 8 Mac nanti. Jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab kalian. Aku?

Nama : MOHD NAJMUDDIN BIN YUSOFF
Tahun Lahir : 1981
Jantina : L
Lokaliti : 030 / 38 / 06 / 001 - KG.BUKIT JERING
Daerah Mengundi : 030 / 38 / 06 - JERIMBONG
DUN : 030 / 38 - KUALA BALAH (BN- Ab Aziz Derasid vs PKR- Mat Sulaiman Daud)
Parlimen : 030 - JELI (BN- Mustapa Mohamed vs PAS- Mohd Apandi Mohamad)
Negeri : KELANTAN
 

Ya, 8 Mac nanti, undi aku adalah untuk PAS dan PKR.
Selamat mengundi!

Bacaan Pilihan:

Entri-entri berkaitan:

  1. PMN oh PMN!
  2. Manifesto dan janji kosong
  3. Aku akan balik mengundi. Kamu bagaimana?
  4. Sanglang dan balak di Kedah
  5. Kecek-kecek ringkas sebelum balik mengundi

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

11 Responses


  1. Good luck :)

  2. zueika

    oitss..org kata undi adalah rahsia…
    yg ni dah terang bersuluh2 dgn sport light ni.. ahhaha


  3. Mmg teruk on happened in Sementa (DUN jiran aku) entah mana la perginya calon PKR tu. Tahun lepas PAS ada letak calon ‘backup’ kt kws tu in case calon PKR tarik diri, tapi tahun ni diaorg tak buat camtu plak.. tgk, kan dah senang2 si Rahman Palil menang..

    Ko org Kelantan ye? Well, good luck. Aku kt DUN Sg. Pinang (DAP lwn BN) Parlimen Kapar so kena pilih the lesser of two evils… hahha…

    Anyway, kt media massa sibuk dok cakap, Be End menang 9 kerusi tanpa bertanding. Kira ‘berjaya’ sgt la tu. Tapi kalau kita tgk on 2004, diaorg ‘menang’ 17 Parlimen dan 12 DUN tanpa bertanding… so actually merosot laa… bukan nya sesuatu yg perlu dibanggakan..

  4. ina

    undi yang tak rahsia.. hehe

    apa pun, salute!!

  5. el

    nanti cuba tanya blekpepel, mungkin azalina ada gi jumpa wak rahmat nih…. hahahaha….


  6. decypher, terima kasih.

    Kak ieka, undi yang sepatutnya rahsia, yang atas kertas undi tu. Sepatutnyalah!

    Arni, ya betul. Selamat mengundi :)

    ina, ya… tiada apa yang nak dirahsiakan.

    Pakchik, haha.. jolo jugok deh? :D


  7. pakcik sy ade citer psl kt sementa. dia duduk sana. bengang gila dia! dia ckp calon PKR ilang kena culik. wallahualam.


  8. ummm. undi kamu tak rahsia dah. hahaha.

  9. pakdosaid

    pakdo terjumpo gambar ore melutut depe tok guru… boleh kito share pakat tengok

    http://jiwokelate.wordpress.com/2008/02/26/hok-sengoti-nyo-lagu-ni/


  10. Azhar, tanggungjawab merahsiakan undi, ialah tanggungjawab SPR untuk melindungi pengundi. Bukan tanggungjawab aku. Undi aku, aku punya fasallah!

    Pakdo, terima kasih. Tengok doh takdi… hehheh!


  11. open ar bro..mantap2..

1 Trackback(s)

  1. Mar 3, 2008 : Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 | Februari, petisyen dan sajak

Leave a Reply