ShipJump_1980.jpg


(Hari ini tiada cerita politik mahupun pilihan raya. Kalau mahu juga sila lihat di ruangan Dari Blogosfera di sebelah kanan, atau klik saja di sini)

Hari ini, aku menyerahkan surat perletakan jawatanku untuk kali kedua dalam masa setengah tahun. Majikan aku, asalnya dari Jerman. Tahun lalu, kahwin dengan pesaingnya dari Finland. Hasil perkahwinan ini, maka aku punya majikan dengan nama baru. Nama saja baru, tapi masing-masing anak si Jerman dan anak si Finland bersaing untuk mengekalkan status quo masing-masing. Siapa yang menang? Sudah tentulah si Finland kerana namanya yang lebih gah, walau belum tentu produk dan teknologinya lebih baik. Anak-anak si Jerman mula merasa dianaktirikan. Dan ramailah yang mula mencari tempat baru untuk bergantung. Termasuk aku.

Dan adalah satu syarikat dari China yang sedang meningkat naik pasarannya, sudi menerima aku. Sila teka siapa si China ini? Sebagai pembayang, ini ada berita tentang si Jerman. Elok sangatlah aku lompat kapal cepat-cepat. Haha!

Popularity: 21% [?]

Related Articles:

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: