Aku jarang sekali meletakkan video dalam blog aku, tapi kali ini adalah pengecualian. Aku suka sangat lagu dikir ini (terima kasih Pakdo). Adam pun suka juga. Berkali-kali minta dimainkan. Agi, agi, agi (lagi, lagi lagi), kata Adam. 18 tahun comel sengoti, layan!

18 tahun Kelantan dibawah pentadbiran PAS, adalah keterlaluan jika ingin mengatakan ianya sempurna. Namun, sekurang-kurangnya Kelantan berada pada landasan yang betul. Bandingkan dengan Malaysia yang sejak merdeka tidak pernah ditadbir selain Barisan Nasional, bukan sahaja jauh dari sempurna, bahkan jauh pula dari landasan yang betul. Politik perkauman yang semakin menjadi-jadi, kezaliman terhadap rakyat marhaen, penyalahgunaan kuasa dan media dan banyak lagi. Ironik, kerana mereka inilah yang mendakwa (melalui media-media lidah syaitan) berada di landasan yang betul.

Kalianlah yang menjadi hakim. Ayuh, berikan kemenangan kepada rakyat!

Popularity: 31% [?]

Related Articles:

Silakan membaca entri-entri dibawah juga:

Entri dengan komen terbanyak: