Archive for February, 2008

Kecek-kecek tentang orang utan

February 21, 2008 by mudin001 19 Comments

mam_1974_7160.jpg
(Sumber: Mari mengenali orang utan)

Tak pasal-pasal orang utan jadi famous. Jadi aku pun nak kecek-kecek jugalah tentang orang utan ni. Juga sebagai respon kepada dua tulisan Mamu Mahaguru58 di sini dan di sini.

Seperti yang telah aku nyatakan dalam komen terhadap salah satu tulisan tersebut, kenyataan TG Nik Aziz itu perlulah dilihat dan difahami dari konteks apa yang ingin disampaikannya. Jangan ambil perkataan ‘orang utan’ sahaja, yang sebelum dan selepas semuanya dibuang entah kemana.

“Saya yakin Kelantan akan terus menang dan saya bergantung pada Allah, tetapi yang menjadi masalahnya kerana kami berdepan dengan orang yang tak tahu undang-undang, tak tahu undang-undang macam Orang Utan; Orang Utan tak reti agama dan tak reti undang-undang,” tegas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Harakahdaily)

Jelas di situ, Tok Guru menyifatkan orang yang tak tahu undang-undang itu macam orang utan. Tidak ada apa yang salah dengan ayat itu. Ia tidak sama dengan mengatakan, semua orang UMNO itu orang utan. Jauh panggang dari api itu.

Senang cerita, pernah dengar tak apa yang dikatakan perumpamaan, atau dalam istilah modennya analogi? Orang Melayu kan terkenal dengan perumpamaan-perumpamaan seperti:

  • seperti kera kena belacan
  • seperti kera dapat bunga
  • Babi merasa gulai.
  • beruk berjumpa pisang masak setandan

Perumpamaan yang terakhir di atas misalnya, membawa maksud orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah[1]. Jadi apa salahnya mengumpamakan mereka yang tidak tahu undang-undang itu sama seperti orang utan? Yang melenting sangat ni apahal? Terasa ya? Pernah dengar peribahasa ini pula; siapa makan cabai, dialah yang terasa pedasnya. Haha!

Jadi tak perlulah nak melenting tak tentu fasal. Sebelum nak mengata Tok Guru apa-apa, lebih baik periksa di sekeliling kita dulu, terutamanya dikalangan bloggers. Mencarut dengan perkataan yang tidak sanggup aku letakkan di sini dengan wewenang itu boleh pula ya? Jangan double standard atau hipokrit.

Wallahua’lam.

Tok Mudin: Puok-puok tu… ggelar sikit pung nok maroh doh, mace budok-budok!

Cerita dalam sajak

February 20, 2008 by mudin001 5 Comments

Abu Saif kata, Tok Mudin pandai bercerita. Tapi rasanya, Tok Mudin tuan punya blog ini tak termasuk dalam jenis itu. Tok Mudin yang ini hanya gheti kecek-kecek saja. :D

Dan hari ini, Tok Mudin tak ada cerita. Jadi nikmati saja dua sajak dari Abah Tok Mudin, Lori Sampah dan Menelan muntah hantu.

Abah, sajak ‘Orang Utan’ tak adakah? Hehe!

Aku akan balik mengundi. Kamu bagaimana?

February 18, 2008 by mudin001 19 Comments

poster1.jpg

Aku masih ingat lagi ketika kali pertama aku layak mengundi, iaitu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang lalu. Sebagai seorang yang bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan, selesai mengundi aku terus bertolak pulang ke ibu kota. Radio dipasang untuk mengikuti keputusan pilihan raya yang diumumkan dari masa ke masa. Sedih dan hancur perasaan apabila satu persatu keputusan yang diumumkan memihak kepada parti yang baru dipimpin oleh orang yang konon-kononnya baik dan Islamik itu.

Perasaan juga berdebar-debar kerana ada ura-ura bahawa Terengganu telah jatuh ke tangan parti yang konon-konon baik manakala Kelantan pula nyawa-nyawa ikan. Malah ada ura-ura bahawa TG Nik Aziz sendiri kalah. Apa yang lebih memilukan kerana ketika itu pembangkang (PAS terutamanya) dilihat begitu optimistik untuk menang di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Keputusannya, bak kata orang, sudah menjadi sejarah.

Kali ini, walaupun banyak isu yang dikatakan memihak kepada pembangkang. Tetapi pada pemerhatian aku yang kerdil ini, perkataan optimis tidak boleh diguna pakai untuk pembangkang kali ini. Rata-rata tidak boleh memberikan jaminan pembangkang akan cemerlang malah ramai yang meramalkan Kelantan juga akan jatuh ke tangan orang yang konon-konon baik tapi sah jahat macam syaitan itu. Dikalangan pekerja-pekerja PAS yang aku kenal sendiri, aku melihat ada pesimis dalam diri mereka. Entahlah, sama ada mereka memang tidak yakin untuk menang, atau telah bersedia untuk kalah? Takut terlalu kecewa bila kalah?

Walau apapun, aku tetap akan balik mengundi pada 8 Mac nanti. Letih pun letihlah. Sesak pun sesaklah. Habis duit pun habis duitlah. Kalau aku tak boleh buat benda lain pun, sekurang-kurangnya aku boleh pangkah PAS. Ya, aku akan pangkah PAS. Aku yakin bahawa Allah Taala tidak akan persoalkan apa yang tidak mampu aku buat. Tapi akan mempersoalkan apa yang aku boleh buat, tapi aku tidak buat. Dan aku yakin, satu undi aku mampu mengubah keputusan. Satu undi tetap bernilai. Boleh tanya Ustaz Nik Abduh, apa nilai satu undi?

Kepada anda di luar sana yang masih mengambil sikap tidak ambil tahu, kali ini ambillah tahu. (Jangan ambil Lah!) Mengundilah kali ini. Seperti komen aku di blog Tyrex yang kata dia tidak tahu parti politik mana yang dia suka, ini jawapanku:

Kamu tak tahu parti politik mana yang kamu suka. Tapi aku tahu… kamu pasti tak suka benda-benda ni:

1. Harga minyak naik.
2. Harga tol naik.
3. Harga barang-barang naik.
4. Duit rakyat disonglap untuk mengkayakan segelintir manusia.
5. Penjenayah bermaharajalela.
6. Macam-macam lagi…

Betul tak? Kamu tahu apa yang perlu kamu lakukan!

Iya, kalau pun kamu tidak tahu siapa yang patut diundi, aku pasti kamu tahu siapa yang patut TIDAK diundi. Mengundilah untuk menolak kezaliman kepada rakyat.

Kepada semua rakyat Kelantan, sahutlah seruan TG Nik Aziz, baliklah mengundi bulan. Jangan fikir-fikir lagi. Tidak ada pilihan kedua selain menolak kezaliman.

Aku harap, entri pertama aku selepas 8 Mac nanti, tidak akan bernada seperti entri ini. Semoga kemenangan memihak kepada rakyat kali ini. Insya Allah!