Kali ini, aku mahu berhenti seketika bicara soal politik. Aku mahu kecek-kecek pula tentang sesuatu yang aku suka bersembang, buku. Bulan lalu, aku berjaya menghabiskan tiga buah buku. Buku pertama, Siddharta, telah pun aku tulis mengenainya di sini.
Kedua, buku yang berjudul Hari-hari dalam Hidupku, oleh Zainab al-Ghazali al-Jubaili, ketua Jama’ah Muslimat yang merupakan sayap Ikhwan Muslimin di Mesir. Buku ini menceritakan seputar kisah beliau ketika ditahan di penjara tentera Mesir pada zaman pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser. Penyeksaan-penyeksaan yang dikenakan kepada beliau semasa dalam tahanan, adalah melampaui imaginasi. Sangat zalim. Berkali ganda lebih zalim dari cerita-cerita tahanan ISA di Malaysia yang pernah aku baca. Boleh menitis air mata membacanya.
Seterusnya buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969, oleh Kua Kia Soong. Penerbitan buku ini tahun lalu menimbulkan kontroversi kerana kandungannya yang mendakwa tragedi 13 May itu adalah didalangi oleh Tun Razak - and the gang - yang cuba merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman. Tidak mahu komen apa-apa tentang buku ini, cuma mengharapkan tragedi sebegitu tidak akan berlaku lagi. Politik perkauman sepatutnya sudah tidak ada tempatnya di negara Malaysia yang sudah berusia lebih 50 tahun. Walau apapun keputusan pilihanraya umum ke-12 yang bakal tiba nanti, tidak ada sebab untuk rusuhan kaum berlaku. Yang pasti, andai kita dapati SPR masih meneruskan kebebalan mereka pada kali ini, kita sahut seruan Pak Bakaq Penarik Beca. Kita turun ramai-ramai 9 Mac nanti!!!.
Opss… kata tak mahu bicara soal politik, hahaha!
Popularity: 30% [?]
Related Articles:
- Wajah Pemimpin Rakyat
- Kecek-kecek Buku: Siddharta
- Januari dan apa yang aku TAK baca
- Januari dan apa yang aku baca
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Tiada siapa pun menafikan jasa TG Hj Hadi!
- Ya Allah, panjangkanlah umur TG Nik Aziz!
- Siapa jumpa Pak Lah, angkat tangan!
- Daulat Tuanku!
- Debat minyak: 24 jam kemudian...
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (59)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
mudin
i bought buku 13 Mei Sebelum dan Selepas by Tunku Abdul Rahman tapi tak tahuler apa dia..belum buka lagi.. hehehe