
(Sumber: Indelible Ink)
Hari ini pun aku nak kecek-kecek tentang buku lagi. Kita tinggalkan dulu soal politik. Tapi bukan bermakna aku tak suka politik. Kepada pengunjung blog ini yang tak suka politik, sila baca tulisan Faisal Tehrani ini untuk membezakan apa itu politik dan aktiviti berpolitik. Kita tinggalkan juga soal Rashid dan SPRnya. Allah Yang Maha Adil akan mengadili mereka, itu aku pasti. (Masih mahu politik? Klik sini.)

Dah ada rumah sendiri nanti nak buat rak buku macam inilah. Boleh Ummu Adam? (Sumber)
Baik, berbalik kepada topik asal. Seperti juga bulan lalu, aku akan kecek-kecek tentang beberapa buah buku yang aku mahu baca tapi belum terbaca. Tersadai sepi di atas meja dihurung habuk. The Kite Runner adalah salah satu daripadanya yang masih menunggu giliran. Sudah banyak yang aku baca tentang buku ini, dan telah pun dibawa ke layar perak. (Pautan itu adalah tulisan tentang filemnya, bukan bukunya.)
Setelah membaca From Beirut to Jerusalem tulisan Thomas Friedman, aku kemudiannya membeli buku dengan tajuk yang sama oleh Dr Ang Swee Chai. Puan Nurazzah ada menulis tentang buku ini. Dan Isnin lalu, selesai menjalani pemeriksaan kesihatan untuk lompat kapal di sebuah klinik di KLCC, aku lepak di Kinokuniya sementara menanti Ummu Adam habis kerja. Walaupun bajet buku untuk tahun ini sudah habis, aku tidak dapat menahan diri membeli New Malaysian Essays 1.
Ahh! Dimanakah mahu kucuri masa untuk membaca buku-buku ini?
Popularity: 24% [?]
Related Articles:
- Februari dan apa yang aku baca
- Wajah Pemimpin Rakyat
- Kecek-kecek Buku: Siddharta
- Januari dan apa yang aku TAK baca
- Januari dan apa yang aku baca
Silakan membaca entri-entri dibawah juga:
- Tiada siapa pun menafikan jasa TG Hj Hadi!
- Ya Allah, panjangkanlah umur TG Nik Aziz!
- Siapa jumpa Pak Lah, angkat tangan!
- Daulat Tuanku!
- Debat minyak: 24 jam kemudian...
Entri dengan komen terbanyak:
- Blog ini ada peminat baru, malangnya dia pengecut (59)
- Teka buku dan menang! (52)
- Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin! (28)
- Kecek-kecek Pesta Buku (27)
- Tidak perlu alasan untuk lompat (27)
- Jangan tunjukkan kebodohan! (24)
- Terpesona? (22)
- Bersih di jualan gudang Times (22)
- Kecek-kecek soal pengharaman buku Islam & Pluralisme (22)
- Kecek-kecek selepas mengundi (21)















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah.
Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
New Malaysian Essays 2 sedang mencari penyumbang. Topik terbuka. mudin, apa kata?