Kecek-kecek ringkas sebelum balik mengundi
Assalamualaikum semua.
Kurang 48 jam lagi maka tarikh keramat 8 Mac 2008 akan tiba. Dakwat kekal atau tidak, mengundi tetap mengundi. Ini adalah entri terakhir sebelum aku bertolak pulang ke Kelantan esok. Entri seterusnya Insya Allah, seawal-awalnya pada hari Ahad setelah aku tiba dari sana. Beberapa poin ringkas:
1. MSO melaporkan Dato’ Pa sedang panas tak senang duduk di Jeli. Tak ramai yang tahu sebenarnya Dato’ Pa ini bukan orang Jeli. Dia ialah orang yang tidak diterima ditempat sendiri iaitu Bachok. Ayuh orang-orang Jeli, sudah sampai masanya kita semua menghantar beliau jauh-jauh dari Jeli. Hj Apandi Mohamad, lawannya kali ini sepertimana pada dua PRU yang terdahulu, pernah menewaskannya pada 1999. Dan aku kira, beliau melaksanakan tugasnya dengan baik pada tika itu. Antara MP PAS yang agak lantang di Dewan Rakyat. Ayuh orang-orang Jeli, kita hantar beliau sekali lagi ke Dewan Rakyat sebagai suara kita!
2. Sila baca kenapa BN mahu sangat rampas Kelantan.
3. Kepada mereka yang masih bertenggek di atas pagar. Masih tidak boleh menetapkan pendirian dan membuat pilihan. Atau lebih teruk masih tidak tahu mahu balik mengundi atau tidak. Sila baca tulisan Abu Saif ini.
4. Walaupun mengundi di Jeli, Kelantan, aku sekarang menetap di Batu Tiga, Shah Alam. Calon Barisan Rakyat untuk DUN Batu Tiga ialah Rodziah Ismail (PKR), manakala untuk Parlimen Shah Alam ialah Khalid Samad dari PAS. Semoga mereka berjaya!
5. Esok aku akan bersama Abah duduk di muka pintu rumahku.
Selamat mengundi kepada semua. Kita semua tahu apa yang perlu kita buat. Ayuh cipta sejarah. Tumbangkan kerajaan zalim, berikan harapan baru kepada Malaysia.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!
(Harapnya sekembalinya aku nanti, aku akan kecek-kecek tentang kemenangan, bukan kekecewaan. Insya Allah.)
Entri-entri berkaitan:
- Aku akan balik mengundi. Kamu bagaimana?
- Kecek-kecek ringkas sebelum tidur (dari Malaysiakini)
- Kecek-kecek selepas mengundi
- Kecek-kecek ringkas (23/10/08)
- Februari, petisyen dan sajak
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
Salam Tok Mudim,
Ana ucapkan selamat pulang ke Kelantan. Pandu kereta dengan cermat. Ana sentiasa berdoa semoga Pas dapat mempertahan kerajaan Negeri Kelantan.
Salam. Takbir!
March 6th, 2008 at 4:31 pmselamak la boh… semogo tuhe lindungi pejalane mu so femeli…
March 6th, 2008 at 5:14 pmTakbir!
Tak sabar aku nak tengok ‘puak-puak’ yang sombong dan bebal itu tumbang.
March 6th, 2008 at 7:14 pmtakbir.
selamat mengundi.
selamatkan muda mudi yang masih belum mampu mengundi.
March 6th, 2008 at 8:14 pmselamat mengundi! Semoga Allah memberkati semua. Pertahankan Kerajaan PAS Kelantan…Walaupun saya bukan org kelantan, saya bangga ada sorang tok guru mcm Dato’ Nik Aziz yang bersusah payah berjuang untuk rakyat. Alangkah bagusnya lebih ramai tok guru macam Dato Nik Aziz di negeri2 lain…
March 6th, 2008 at 8:50 pmtakbir!
March 6th, 2008 at 9:21 pmselamat mengundi dan mengekalkan pemerintahan Tuan Guru.
ambo br sapa sakni.. tok saba nok tunggu hari sabtu.
Sheikh, terima kasih. Harapnya di Teluk Intan juga dacing ditolak
Pakchik, terima kasih
Wak, macam tak tumbang aje diorang tu, almaklumlah…
CikRynn, kamu masih dibawah umur kan? haha!
Zuhairy, nak dapat ramai orang macam Tok Guru memang mustahil. Tapi nak cari orang yang sayangkan orang macam Tok Guru, Insya Allah ramai. Nak cari orang yang sayangkan Islam pun ramai, Insya Allah. Moga kita masuk dalam golongan itu.
fizzy, Insya Allah. Kamu mengundi di mana?
selamat pulang mengundi!

March 6th, 2008 at 10:18 pmberhati2 di jalan raya.
Semoga Allah memberi bantuanNya setelah berbagai ikhtiar dilakukan demi kemenangan Islam dan keadilan..Takbir!!!
March 6th, 2008 at 11:19 pmTakbir!
March 6th, 2008 at 11:58 pmAllah membantu org yg membantu agamaNya
selamat pulang untuk mengundi, tok mudin!
March 7th, 2008 at 10:18 amTok mudin, selamat berjuang! Kami di sini pun sayangkan tok guru. Semoga dia terus diberi kekuatan untuk memerintah kelantan…amin
March 7th, 2008 at 2:47 pmselamat mengundi..
March 8th, 2008 at 12:44 amtahniah, mereka gagal perolehi 2/3 kerusi.
March 9th, 2008 at 7:44 amtok…tahniah.
March 10th, 2008 at 12:38 ammunajat tok guru dan rakyat kelantan berjaya menjahanamkan perancangan hantu-hantu di sana.
walaupun tok pa menang, tapi tetap terubat dengan kemenangan besar Pas di Kelantan.
terima kasih rakyat kelantan kerana memulangkan kembali ‘ubat merawat kelantan’ kepada tuan empunya ‘ubat’.
semoga dia muhasabah dgn cerutnya.