Malaysia baru yang buta warna
Agak dukacita rasanya apabila kejayaan besar rakyat pada PRU12 dicemari oleh anasir-anasir yang cuba memainkan api perkauman. Media massa arus perdana (lidah syaitan) dilihat cuba memecahbelahkan pakatan PAS-PKR-DAP. Harapnya rakyat akan lebih matang dalam menilai berita-berita yang dilaporkan itu, dan ini adalah satu lagi alasan untuk terus memboikot media lidah syaitan tersebut.
Seperti yang aku telah nyatakan ketika mengulas tentang buku May 13 baru-baru, politik perkauman sepatutnya sudah tidak ada tempatnya di negara Malaysia yang sudah melangkau lebih 50 tahun usianya. Dan seperti biasa, Abu Saif sekali lagi berjaya melihat dan mengulas dengan bernas tentang ini dalam tulisan terbarunya, Sikap Baru Untuk Malaysia Baru.
Aku juga merasakan istilah ‘buta warna’ yang digunakan oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa untuk menggambarkan kemenangan rakyat kali ini amat tepat sekali. Orang-orang India memenuhi ceramah-ceramah PAS, bendera-bendera PAS,PKR,DAP bergantungan pada kenderaan milik orang Melayu adalah fenomena luar biasa yang menjadi biasa pada pilihanraya kali ini.
Sikap sangka baik dan berlapang dada amatlah perlu pada ketika ini. Kepada rakan-rakan berbangsa Melayu, ingatlah bawah rakan-rakan kita berbangsa Cina dan India tidak pernah meminta dilahirkan sebagai Cina dan India di sebuah negara bernama Malaysia. Mereka tidak ada pilihan, sama seperti kita tidak mempunyai pilihan untuk lahir sebagai Melayu.
Bersama-samalah bersikap baru untuk Malaysia yang baru. Pemerhatian Sagaladoola dalam tulisan ini juga amat sesuai untuk dibaca.
Wassalam.
Entri-entri berkaitan:
- Siapa kata rakyat Malaysia tidak membaca?
- Tahun baru 2008, tema baru
- Chelsea ke Malaysia, apa kata kamu?
- DPP Selangor, Pakatan Rakyat, Ella dan Mas Idayu
- Februari dan apa yang aku baca
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
khijo’e oghe bodo nok b’bodo oghe bodo…
March 12th, 2008 at 9:19 amdok pasa pasa nok cari baloh…
aku mengalami kegelisahan pabila mendgr isu2 semcm ini dimomok-momokkan.. tolonglah jgn main api..
March 12th, 2008 at 11:04 amBila batil disembah2, abislah semua kebaikan. Nampak yg negative tp positif tolak tepi. Walhal dalam Islam sudah jelas ruang lingkup yg telah digariskan. Ikut! Ikut! Ikut! Jangan tersangkut.
March 12th, 2008 at 12:18 pmJangan biarkan tragedi menyelubungi semua rakyat Malaysia!
Wallahu’alam!
Walau penat,berbaloi balik sana
March 12th, 2008 at 4:38 pmterEnter lak, Sebenarnya nak tulis tak puas hati laporan media arus perdana hari ni.Isu perkauman dibesar-besarkan.
March 12th, 2008 at 4:40 pmGeng-geng pembangkang di tempat aku ini [FYI, aku di Selangor ni, hehehe!] memainkan isu ketuanan Melayu. Entah apa-apa. Macamlah kerajaan yang dulu, di negeri ini, memperjuangkan Melayu sangat…
March 12th, 2008 at 4:41 pmPakchik, aku minta jauh dari jadi bodoh
So’od, ya… aku pun risau, dan marah.
Deen, aku tak fahamlah… haha!
Jumie, selamat datang. Bo bolah baco hok puok-puok lidoh sete tu tulihnyoh…
Wak, entah… ketua pembangkangnya pula… dah empat hari, hari ni baru nak bersuara. Haha!
mungkin isu perkauman akan terus dimainkan secara lebih buruk. Bengap sungguh.
nyway tok, emel aku alamat kau. kalau tak ada aral esok aku pi pejabat pos. Doakanlah ye royal mail ngan pos malaysia nak berbaik2 ngan aku dan sampailah parcel tu ke tuan yang berhak. InsyaAllah.
March 12th, 2008 at 10:27 pmSaya - Terkesima antara cita-cita bangsa dan agama. Agama patut didahulukan bukan. CUma, kenapa susah nak seiring… Hummmm
March 13th, 2008 at 3:43 am