Genap seminggu

Posted on March 15, 2008

Genap seminggu. Dari tarikh keramat 8 Mac 2008. Bermacam-macam perkara berlaku, dan bermacam-macam emosi dapat dirasai. Gembira, terkejut, marah, kecewa… semua ada. Oh sebelum itu… maafkan aku kerana tidak memberi maklum balas kepada komen-komen kalian dalam entri sebelum ini. Sebenarnya, aku hampir malas untuk berbicara soal politik lagi. Satu minggu penuh dengan politiking, it’s too much!

Genap seminggu. Abdullah Ahmad Badawi. Apalah agaknya yang sedang dibuatnya, tanya MSO. Aku rasa… baiklah Pak Lah mula kemaskan barang-barang di Seri Perdana tu. Oh ya… ambil barang sendiri sahaja ya. Apa yang dibeli dengan duit rakyat, jangan pandai-pandai nak bawa sekali. Sambil-sambil tu, bolehlah mula fikir untuk tulis memoirkah apakah (itupun kalau ada yang nak baca). Dan bolehlah dicatatkan hari ini sebagai antara hari yang terburuk (kalau tidak yang terburuk) dalam hidupnya. Iyalah… diminta berhenti oleh Mukhriz Mahathir (yang mungkin mewaliki suara majoriti dalam UMNO), Raja Perlis menolak calon MBnya dan melantik orang lain, Sultan Terengganu juga tidak mahu melantik calonnya, apa lagi yang lebih teruk? Daripada rakyat bawahan, yang telah menolak UMNO/BN pada seminggu yang lalu, pimpinan UMNO sendiri, malah raja-raja, semua telah menolak Pak Lah. Tak sedar diri lagi tak tahuLah!

Genap seminggu. Perak hampir selesai. Tapi Lim Kit Siang, berundurlah. The damage has been done!

Genap seminggu. Selangor hampir selesai. Tapi cerita yang sangat tidak enak didengar. Kalau benar. Pi mampuslah, aku tak mahu campur. Kurang ajar punya orang!

Genap seminggu. Aku nak cuti sekejap dari bicara soal politik.

Jumpa lagi. Wassalam.

Entri-entri berkaitan:

  1. Aku akan balik mengundi. Kamu bagaimana?
  2. Siapa jumpa Pak Lah, angkat tangan!
  3. Malaysia baru yang buta warna
  4. DPP Selangor, Pakatan Rakyat, Ella dan Mas Idayu
  5. Salam!

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

7 Responses

  1. akirasuri

    Huahuahua!
    Gagal betul itu olang..
    haish!

  2. akirasuri

    Kakakaka!
    Tetiba saya teringat dekat name, sis_uk dan sama waktu dengannya =))
    apa cite la budak2 tu agaknya..
    adeii.. *tergelak*
    huahuahua..

  3. el

    gaki,
    uk_sis lah…

    err… nampak gaya, puak amnu pulak yang suka berdemonstrasi sekarang ye… hehehe… ini bukan budaya kita.. ekekek…

  4. saidmirro

    genap seminggu. ya hanya seminggu saja kawan saya dah muak dengan politik. kecewa geram dan bermacam. ingatkan kit siang anak beranak atau melayu pulau pinanag yang dilanda emosi!


  5. Akirasuri, haha… kamu jangan disebut-sebut nama itu, rindu aku! Haha!

    Pakchik, baguslah tu… baru diorang tau!

    Bro Saidmirro, memang muak. Nak baca blog politik pun dah hilang selera. Hrm…


  6. Aku pun dah malas nak cerita pasal politik. Dengar sajalah.

    Yang aku geram sindrom penafian masih berleluasa. Baik pihak yang kalah, baik media…


  7. Hummmm…. hopefully, benda yang baik-baik sahaja akan berlaku. Aminnn…

Leave a Reply