Kahwinlah, jangan main kahwin-kahwin!

Posted on March 18, 2008

(Entri ini ditujukan khusus untuk rakan-rakan diluar sana - blogger dan bukan blogger - yang masih membujang, dengan doa agar kalian cepat bertemu jodoh. So’od terkecuali, sebab dia kata dia dah nak kahwin. Kad jangan lupa ya? :D)

Kahwin Penyelesai Masalah?, tanya rakan blogger Azhar Ahmad. Jawab aku:

Manusia mana yang tidak ada masalah, sama ada yang bujangkah, kahwinkah, dudakah, jandakah?

Aku pernah jadi bujang, dan pernah merasai masalah sebagai orang bujang. Aku sedang berkahwin, dan merasai masalah sebagai orang kahwin.

Dan aku lebih suka mempunyai masalah sebagai orang kahwin. Sekurang-kurangnya, aku ada isteri… dan anak-anak.

Ya…kami yang tersenyum di dalam gambar diatas juga tidak pernah sunyi dari masalah. Tapi percayalah, masalah orang kahwin, lebih manis dan sedap dari masalah orang belum kahwin. Percayalah!

Tak percaya? Tanyalah mana-mana pasangan yang telah berkahwin. Tuan punya blog Fitrahzh nak tolong jawab? Hehheh!

[KEMASKINI] Kebetulan terbaca tulisan ini: Rugi lengah berkahwin

Related Articles:

About The Author

mudin001

Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Telah berkahwin, punya seorang anak, dan sedang menanti kelahiran anak kedua. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com Salam perkenalan!

Other posts by mudin001

Author's web site http://mudin001.com

28 Responses


  1. Sokong 110% peratus !!! Tapi kalau orang yang nak kawen lebih dari satu tu CARI masalah !


  2. setuju.. jgn main kawin2..

    kawin pun ada hal dia.. tapi well worth it.. itu sunnah paling mudah nak dibuat sementelahan banyak sangat cekadak nak amal sunnah lain..

  3. el

    kalau kawen main-main buleh?


  4. HeHeHeHeHe …..
    No komen! No Komen!
    Tapi aku penah dengo org cakap camtuh gak.
    HaHaHaaHaHa….


  5. Tajuk karangan hari ini adalah “Sebuah Keluarga Bahagia”.
    Murid-murid dikehendaki membuat lima ayat berdasarkan gambar di atas.


  6. haha rasa macam aku mengintai kat forum.cari pulak. Board apa tu? relationship? haha

    semoga Allah terus memberkati kau dan famili :)


  7. enche mudin, aku dah nak kawen tp xtau bila lg.. ekeke..
    insya Allah.. akan dichanangkan seantero pelusuk ruang siber kelak.. :D
    oh ya! semoga enche mudin berbahagia & diberkati selalu bersama keluarga yg terchenta..


  8. Kahwin akan membuatkan kita segar bugar apabila bangun dari tidur pada hari-hari biasa, dan lemah longlai apabila bangun dari tidur di pagi Jumaat yang mulia..!

    Itu adalah sebahagiannya, bahagian yang lain engko dah ‘kisahkan’!

    Sekian terima kasih!


  9. uiks..bakponyo kena tanya fitrahzh. ;)
    setiap masalah yang datang pastinya mematangkan kita.
    Baik kahwin atau tidak…kan? Setidaknya apabila kita ada pasangan hidup, kita punya lebih kekuatan untuk mengharunginya bersama. Carilah mawaddah & rahmah yang dijanjikan Allah dalam rumahtangga yang dibina. Moga kita bertemu dengan syurga dunia dan dapat bersamanya hingga ke syurga.

    Apa pun, selalu2lah ingatkan diri…bercinta di dunia (i mean for husband-wife)…jangan sampai mendatang fitnah di akhirat kelak. Sering2kanlah memperingatkan agar dapat berkasih sayang hingga ke ’sana’.


  10. Kahwin-kahwin?
    Main kahwin-kahwin?
    Kahwin main-main?
    Kahwin, main. Kahwin, main?

    Aku nak main kahwin-kahwinkan perkataan sekejap boleh?

    Hehehe!


  11. Cord, aku tak CARI masalah, aku GOOGLE. Haha!

    alamkekal, kalau kahwin betul sunnah, baguslah. Kalau tak… hrmm!

    Pakcik el, kamu nak kahwin main-main dengan siapa? Maya Karin erk? :D

    Deen, aku tunggu kad kamu ya!

    Said Mirro, demo start dululah bro!


  12. Khairyn, amin. Terima kasih :)

    So’od, yang penting ada perancangan.

    HH, takkan pagi Jumaat saja lemah longlai? Hahaha!

    Kak Hany, saja nak suruh komen. Terima kasih atas nasihat :)

    Wak, kau bila?


  13. salam tok mudin,

    Betul kawin bukan untuk nafsu sahaja..kawin itu satu tanggungjawab…kalau dah ada anak lebih rasa manis…. inilah zuriat kita dunia akhirat….


  14. Aku dah tag engko tok!


  15. heheh… macam senang nak carik jodoh ye… kalau senang, dah lama kawen… ish ish…

  16. zueika

    :)
    senyum ajelah..
    itu je yg mampu orang2 macam ‘kami’ buat lepas segala usaha dan doa, kan mudin.. :P
    anyway, amiinn. moga Allah permudahkan .. :D


  17. huhu…nampak sangat dah lama tak ngomel kat sini kan? tengok dah ramai orang dah :P, so…lepas baca balik rumah sendirilah :P


  18. huhu… tok mudin ni nak trigger sy yang gatal merenyam ni supaya kawin! hakhakhak!
    *larik……..

  19. achik

    kalau saya kawin nanti, insya-Allah akan jemput tok sekeluarga.. err tapi cam lambat lagi la.. ekekeke.. ;)


  20. Dekerinchi, doakan moga anak-anak membesar jadi anak yang soleh.

    HH, aku dah tengok, nantilah aku buat.

    Pijah, K. Ieka, teruskan berusaha. Dan mintalah pertolongan. :)

    K Hany, sekali sekala tinggallah jejak ya?

    Tyrex, bahaya tuh… lagi gatal lagi cepat kamu kena kahwin!

    Achik, jangan lama-lama sangat.


  21. hoh!

    kahwin nak tp x mampu,makruh.

    tetibe rase cam nak kawen.

    sesape kat sini yg :-

    a. beragama
    b. kachak
    c. kaya
    d. bergaya

    boleh la hantar resume ke email saye. saye single.
    ehh. terpromote diri lak :P


  22. Aduhhh…ni wat aku tak leh tahan nak kahwin ni. memang dah sangap ni,hehe


  23. Zuhairy, kamu tengok requirement Cik Rynn tu… kena tak dengan kamu? Kalau cukup kira oklah tu… CikRynn kan? :D


  24. Tok Mudin dan keluarga yang dirahmati Allah.

    Selepas diperhalusi, bukanlah satu masalah untuk berdua (berkahwin). Tetapi, perjalanan untuk satu perkahwinan itu penuh liku. Saya berfikir seperti orang yang belum cukup syarat untuk berkahwin.

    Pemikiran ini, acapkali tersasar apabila memikirkan, wajarkah kita berkahwin, sedangkan masalah sedang menghimpit? Itu timbulnya karya Perkahwinan Penyelesai Masalah?

    Ya saya akui, lebih manis dan indah, bila masalah dikongsi berdua. Contoh paling jelas, mak dan ayah saya. Namun, bagi saya, adalah zalim, jika masalah sebelum kahwin di bawa masuk ke gerbang perkahwinan yang indah lagi suci.

    Biar saya selesaikan masalah besar ini dahulu.

    Masalah yang kecil bukan penghalang satu akad.

    Salam ukhuwah, dari saya.

    Azhar Ahmad di Teratak Nurani.


  25. Azhar, no hard feeling ya… semoga kamu dipermudahkan Allah dalam segala urusan :)


  26. Ye memang kawin tu ikut sunnah, tapi kalau kahwin pun memudharatkan diri buat apa kan?

    Contohnya di zaman sekarang ni ramai lelaki yg suka jadi parasit cari perempuan2 yg berkerjaya utk diaorg ‘tumpang’, so bila dah ada anak pinak esok, wife ni jugak la yg cari nafkah, layan suami dan anak2.

    Laki dok rumah gentel telur ajer.

    Kalau begitulah gayanya, bukankan single lebih baik?

  27. Adzane

    Kahwin….. ijabkabul..nikahkahwin.baru nak masuk 18 tahun usia perkahwinan saya dengan isteri yang tercinta’ dianugerahkan dengan empat cahayamata tiga puteri satu putra yang sedang membesar didepan mata…jika nak diungkapkan dengan kata2 …didalam menikmati erti sebuah kebahagian didalam Perkahwinan yang dianugerahkan oleh yang MAHA PENCIPTA memang tak boleh nak digambarkan dengan ……. suatu nikmat yang dianugerahkan kepada orang2 yang berkahwin sahaja….orang yang tak nikahkahwin tak dapat. heeeheee…asalamualaikum semua.


  28. ambo pun tok nikah lagi…………….dalam ramai-ramai ni boleh tolong cari ko kawe sore………tolong cari muslimah hook juruh,hok boleh jadi isteri solehah dan ibu misali………..

    http://www.sharimi.com

Leave a Reply