Hari Terakhir dan Menyelongkar Beg
MAKLUMAN: Hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja di Nokia Siemens Network Sdn Bhd (sebelumnya Siemens Communications), setelah menimba pengalaman bekerja di sini semenjak 1 Oktober 2004. Ini bermakna, aku akan memulangkan laptop yang sedang aku gunakan ini kepada tuan punyanya. Maka aku tidak ada laptop mahupun komputer lagi di rumah, sehingga aku dapat laptop baru. Jadi blog ini akan bercuti buat seketika. Jangan serik untuk datang ke sini, sementara tiada entri-entri baru, sudi-sudilah menjengah arkib blog ini. Boleh juga subscribe saja pada RSS blog ini, kalian akan tahu bila blog ini dikemaskini nanti.
MENYELONGKAR BEG: Seorang mamat Taiping yang mengaku adik Rosyam Nor menyibuk mahu tahu isi kandungan beg aku. Tidak mahu mengecewakannya (manalah tahu suatu hari nanti dia benar-benar jadi aktor, bolehlah aku tumpang glamour), aku pun selongkarlah beg yang aku sentiasa bawa ke tempat kerja, yang akan berkurangan isinya hari ini. Inilah isinya:
[1] Ini begnya, bukan isinya. Beg ini beg percuma dari Maxis.
[2] USB Floppy Disk Drive.
[3] Cat-5 LAN cable.
[4] USB2.0 All-in-1 card reader.
[5] Buku catatan, digunakan untuk mencatat apa yang aku nak catat.
[6] 256MB USB pendrive.
[7] Pen
[8] Higlighter, digunakan sebulan sekali untuk menghighlightkan panggilan-panggilan peribadi dalam bil telefon.
[9] 80GB External harddisk.
[10] Kertas-kertas setebal setengah inci. Mengandungi nota-nota, borang-borang juga manual kerja yang setengahnya telah berada didalam beg ini sejak minggu pertama aku kerja sampai hari terakhir, hari ini. Yang paling atas itu adalah borang terakhir yang aku kena hantar sebelum balik hari ini, Cessation of Employment Checklist.
[11] Laptop Dell Latitude D600 yang telah pun patah ‘leher’nya. Perlu disandarkan pada dinding atau sebarang objek yang berdekatan untuk digunakan.
[12] Maxis Broadband USB Modem.
[13] Tetikuslah, apa lagi?
NOTA1: Item no. 2, 3, 11 dan 13 adalah kepunyaan syarikat yang akan dipulangkan hari ini. Kalau tidak dipulangkan, habislah gaji aku bulan ini.
NOTA2: Majikan baru aku adalah pengeluar kepada item no.12, berpejabat di Etiqa Tower (dulu MNI Tower) berdekatan KLCC. Dekatlah dengan Ummu Adam yang kerja di KLCC, boleh carpool dan lunch sama-sama setiap hari. Aku akan mula bekerja di sana Isnin depan, 24 Mac 2008.
Itu sahaja, jumpa lagi. Wassalam.
Entri-entri berkaitan:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















Aku. Aku bukanlah Tok Mudin yang potong orang punya itu. Aku lelaki yang telah pun disunatkan. Suami kepada seorang isteri. Bapa kepada seorang putera dan seorang puteri, Adam Naqiuddin dan Alya Wafiyah. Apa lagi yang kalian mahu tahu? Email aku di admin@mudin001.com
bolehlah i pon join u all lunch sekali..ahhahah
March 21st, 2008 at 12:37 pmmudin selamat maju jaya:P
patah leher? hahah macam armada aku. Sandar di dinding atau sandar di kamus tebal.
March 21st, 2008 at 12:45 pmselamat berkerja di tempat baru..
March 21st, 2008 at 2:18 pmsenanglah xyah Ummu Adam naik lrt lagi ek..
Barang No 12 tu ok tak prestasi diaMudin? Mana ok banding dengan Celcom punya?

March 21st, 2008 at 2:48 pmselamat bertugas di tempat baru.. makin syokla.. dekat.. hehe..
March 21st, 2008 at 3:07 pmDopod ada update ler pakai Dopod
March 21st, 2008 at 3:57 pmSelamat berhijrah dan berjaya di tempat baru
March 21st, 2008 at 4:22 pmbukang kata lektok bini mu ade? apdek dumoh la… nate… sajo wak alasang dok sei apdek la tuh….
selamak lah weh kat khijo baru… mitok-mitok cepak naik pakak ngan naik gaji de jadi kayo.. buleh blanjo aku gi disnilen jepung ko… ekekek…
March 21st, 2008 at 6:24 pmMahu cari kerja barukah? Atau…. Ada apa2 yang berlaku?
March 22nd, 2008 at 3:16 pmGud luck in your future undertaking ….
March 22nd, 2008 at 3:36 pmdah tiba masanya ya. Selamat bertugas di tempat baru.
March 22nd, 2008 at 3:43 pmTok!!
Etiqa tower?
Ha ha ha! Kalau saya tak berhenti kerja, boleh ajak tok dengan ummu Adam deting [baca: belanja saya lunch]..
Keh keh keh!
by the jalan, selamat bekerja di tempat baru
March 22nd, 2008 at 7:05 pmtok,laptop saye pun tergeliat lehernya.
tp sebelah jek.
ayahanda masih belum tahu.
matilah kalau dia tau anak gadisnya ini terpatahkan leher laptop.
ahaks!
dah la dua keypad tercabut sebab terkejut semut berjalan atas tangan lalu terhentak laptop. terbang dua keypad.
ganehnya la anak gadis Encik K pakai laptop
March 23rd, 2008 at 10:38 amkerja mana pula sekarang?
March 24th, 2008 at 10:53 amHeHeHe …
Nampak gayanya ToK mungkin opismate kawanku jua di sana.
Selamat bekerja di tempat baru!
Selamat merasai suasana kerja di tempat baru!
Selamat! Selamat!

March 24th, 2008 at 1:42 pmSalam. Cantik template baru. Selamat bekerja di tempat baru. Bestnya keje tempat yg dekat dgn wife.
March 24th, 2008 at 3:34 pmbarang makeup tk de ke?
March 26th, 2008 at 11:39 pm